Bab 59

34.7K 724 90
                                    

HADIFF memarkirkan motosikal cabuk milik Pak Hassan di sebelah sebuah kereta Porsche idamannya. Bergelintar matanya memerhatikan badan kereta yang berkilat itu. Haih! Kalaulah dia ada duit banyak, memang dah lama dia beli kereta idamannya tu.

"Fuh, cantik gila kereta ni," pujinya.

Berdetak hebat jantung Syakilla memandang fugura lelaki tinggi lampai yang sedang berdiri di muka pintu rumah ibunya sambil memandang ke arahnya. Beku terus dia di atas motorsikal.

"Hah, dah balik pun budak bertuah tu." Pak Hassan terus mendekati Syakilla bersama Hadiff yang masih lagi duduk di atas motosikal.

Tajam mata Hazril Irfan menikam ke dalam mata Syakilla yang masih membonceng motosikal bersama lelaki yang tidak dikenalinya. Kedua-dua belah buku limanya dikepal kuat.

Hadiff menepuk perlahan peha sepupunya. Memberikan isyarat supaya Syakilla turun dari motosikal. Takkanlah sampai ke malam mereka nak duduk di atas motosikal? Kematulah punggungnya nanti.

"Itu ke suami kau?" soalnya.

Mengangguk tidak menggeleng pun tidak. Syakilla hanya membisu.

"Boleh tahan. Nasib baik aku ni jantan sejati." Hadiff tergelak kecil di hujung ayatnya. Sesekali matanya mengerling Hazril Irfan.

"Killa, tu suami datang. Katanya nak ambil Killa bawa balik," beritahu Pak Hassan. Dijuihkan bibirnya ke arah Hazril Irfan.

"Tak..." Syakilla menggelengkan kepalanya. Dia takkan balik semula kepada suaminya. Hazril Irfan telah berjaya menoreh luka di hatinya.

"Sayang..." Hazril Irfan mempamerkan reaksi paling manis sekali. Digamit isterinya supaya turun dari motorsikal.

"Jangan sentuh aku lah!" Syakilla menempelak. Tangan Hazril Irfan ditepis kasar. Jijik nak bagi Hazril Irfan menyentuhnya.

"Killa, apa tengking suami macam tu? Abah tak ajar biadab dengan suami!" Herdik Pak Hassan. Tak pernah-pernah dia nampak Syakilla sebiadab itu. 

Yusman mengatur langkahnya merapati Hazril Irfan. Dihulurkan tangannya kepada lelaki itu. Mak Timah pula berdiri tegak di belakangnya.

"Itu hari abang call kenapa terus reject?" soal Yusman. Ingin tahu.

"Oh, bateri mati," jawab Hazril Irfan bersahaja. Matanya melirik Syakilla.

Syakilla lekas turun dari motorsikal sementara Hadiff mengeluarkan telefon bimbitnya. Beberapa keping gambar diambil berlatarkan kereta mewah itu. Buka dua jari. Peace!

"Mak nak tanya ni. Hazril dengan Killa bergaduh ke sampai Killa lari datang sini? Sudahlah lelaki entah mana-mana yang hantar anak mak pulang," leter Mak Timah.

"Oh, gaduh kecil je mak. Biasalah perempuan mengandung, kan?" Hazril Irfan mengulum senyuman kelat.

Bengkak terus hati Syakilla mendengarnya. Gaduh kecil? Mudah sekali lelaki itu menjawab. Ringan saja mulutnya ingin memberitahu bahawa suaminya telah berlaku curang. Disabarkan juga hatinya.

"Gaduh pasal apa?"

"Hazril..."

"Oh, malam tu Killa merengek nak makan ayam golek tapi tak dapat. Biasalah, ibu mengandung perangai lain sikit. Itu yang dia lari rumah dengan kawan saya." Hazril Irfan terlebih dahulu memotong percakapan isterinya. Tak naklah Syakilla memecahkan tembelang rumah tangga mereka.

"Haih, benda kecil rupanya. Abah ingatkan pasal apalah tadi. Pelik juga tengok isteri kamu tu menangis sakan. Tak mengapalah, kamu berdua selesaikan masalah rumah tangga baik-baik. Kami semua tak nak ganggu." Pak Hassan bersuara lagi.

Hazril Irfan mengangguk. Langkah ibu bapa mentua bersama abang iparnya dihantar dengan ekoran mata.

"Hadiff, cukup-cukuplah ambil gambar kat kereta orang tu. Masuk!" panggil Mak Timah.

"Baik, mak su. Killa, aku tunggu kat dalam tau." Hadiff melambaikan tangan kepada sepupunya.

Kini, tinggal pasangan suami isteri itu berdua di luar rumah. Syakilla berpeluk tubuh. Wajah dipalingkan ke arah lain.

"Bukan main seronok sayang ya menggedik dengan jantan lain. Siapa lelaki tu?" soal Hazril Irfan. Bahu Syakilla dicengkam kuat.

"Sakitlah! Kau nak apa datang sini? Aku tak nak jumpa kau lagi. Kau dah dapat apa yang kau nak. Perempuan yang kau sayang pun dah balik. Kau nak apa lagi? Tak boleh ke kau biarkan aku bahagia?" Marah Syakilla.

"Jaga bahasa tu. I'm your husband"

"Husband atas kertas!" bidas Syakilla.

Panas hati Hazril Irfan dibuatnya. Diheret tangan Syakilla. Dipaksa wanita itu masuk ke dalam perut keretanya.

"Kau nak bawa aku pergi mana!" jerkah Syakilla. Perut yang membuncit disentuh. Sakit.

Kereta Porsche itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah kayu milik Mak Timah dan Pak Hassan. Jerkahan dan jeritan Syakilla tidak diendahkan. Sebelah tangannya memegang stereng kereta manakala sebelah lagi mengunci pergerakan tangan Syakilla.

Setibanya di Dataran Tanjung Emas, Hazril Irfan terus mematikan enjin kereta tetapi pintu kereta masih dikunci.

"Abang tanya siapa lelaki tu?" soalnya sekali lagi. Selagi tak dapat jawapan selagi itulah dia akan menyoal soalan sama. 

"Kau nak menyibuk, apehal? Kau dengan Mariam bercinta belakang aku tak apa pulak. Kenapa nak marah? Sakit hati? Cemburu? Macam tu lah aku rasa bila kau tipu aku," ujar Syakilla. Dingin nada suaranya.

"Aku tanya kau siapa jantan tu! Tak payah nak kona sana sini. Jawab ajelah!" Hazril Irfan menengking. Kuat.

Syakilla tersentak. Dicerlung muka suaminya. Bukannya nak pujuk lagi dimarah adalah. Macam manalah dia nak lembut hati kalau cara Hazril Irfan memujuknya pun macam gengster.

"sepupu aku," jawabnya bersahaja.

"Oh, sepupu. Naik satu motor. Duduk rapat-rapat. Kau sedar tak kau tu isteri aku? Anak dalam perut ni anak aku. Kau sedar ke tak?!" Herdik Hazril Irfan. Jari telunjuknya menunjal-nunjal perut Syakilla.

"Masa kau pura-pura cintakan aku, kau sedar tak apa yang kau dah buat? Kenapa kau boleh tapi aku tak boleh? Kau siapa!"

"Aku suami kau."

"Kau cakap terang-terang ajelah apa motif kau cari aku? Tak payah berselindung lagi." Syakilla memalingkan mukanya ke luar tingkap.

"Aku nak kau. Aku nak hidup dengan kau. Aku tak nak Mariam. Faham?"

"Kau buat lawak ke apa? Bukan ke kau cinta sangat dengan Mariam? Kenapa sibuk dekat aku lagi?" soal Syakilla. Sarkastik.

"She is not virgin anymore."

Syakilla menoleh memandang suaminya. Bibir diketap kuat. Jadi, itukah alasan paling kukuh untuk mereka kembali bersatu? Dia menggeleng.

"Apa urusannya dengan aku?" soalnya.

"I want you. Aku nak hidup dengan kau dan besarkan anak kita sama-sama. Aku yang rasmikan kau, Kella. Aku kena tipu hidup-hidup dengan kenaifan dia."

"Selama ni aku cuba nak beritahu kau yang Mariam tu bukan perempuan baik tapi, kau sibuk agungkan dia. Padanlah muka kau. Serious talk, Hazril. Kau dah hancurkan hati aku. Susah aku nak terima kau semula."

"Kau kena terima aku dan wajib terima aku. Kau tak ada hak nak buang aku daripada hidup kau sebab aku bapak kepada anak yang kau kandungkan," balas Hazril Irfan agak memaksa.

"Kau tak boleh paksa aku!" jerit Syakilla.

"Aku akan paksa kau!"

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now