Bab 72

33.9K 659 42
                                    

MARIAM memberhentikan keretanya di hadapan rumah agam milik Dato' Imran. Kelihatan kereta mewah milik Hazril Irfan turut berada di sana. Nafas ditarik dalam-dalam. Langkah diatur dengan penuh sopan. Keretanya dibiarkan tersadai di luar pagar. Memandangkan pagar terbuka luas, maka dia boleh masuk tanpa menekan loceng terlebih dahulu.

"Assalamualaikum." Dia menyapa. Tegak tubuhnya berdiri di muka pintu. 

"Waalaik..." Tergendala terus sahutan Datin Bahiyyah. Tunak matanya memandang Mariam.

Syakilla yang sedang sibuk membelek-belek kasut bayi yang baru sahaja dibeli oleh Datin Bahiyyah turut memandang gerangan itu. Dengusan kasar dilepaskan.

"Nak apa lagi datang sini?" soal Dato' Imran. Kasar. Sakit hatinya memandang Mariam yang pernah mengisi kekosongan hati anak lelakinya itu.

"Papa..." Mariam tersedu-sedu.

"Jangan panggil aku papa selepas kau menjadi punca adik aku menanggal dunia!" Herdik Dato' Imran. Hatinya cukup terluka setelah mendapat tahu bahawa Mariam adalah punca Sarimah, iaitu adiknya meninggal dunia.

Kalaulah Mariam tak ada hubungan sulit dengan Eusoff, mesti adiknya tak terseksa. Disebabkan Mariamlah adiknya mendapat serangan jantung setelah mendapat tahu suami sendiri ada membela sugar baby.

Mariam menangis pilu. Bukannya dia sengaja nak menjadi punca kematian adik kepada Dato' Imran. Semasa dia cuba hidup di Kuala Lumpur ni kehidupannya teramatlah susah. Dia tak pandai bawa diri sampailah dia berjumpa dengan Eusoff. Disebabkan bantuan Eusoff dia mampu membina hidup di bandar besar seperti ini walaupun harga dirinya terpaksa digadaikan.

"Baliklah, Mariam. Cukuplah dengan apa yang kamu dah buat. Jangan ganggu keluarga kami lagi," ujar Datin Bahiyyah. Senada.

Terbit rasa kasihan di hati Hazril Irfan tetapi perasaan itu lekas diusir pergi. Hanya Syakilla yang menjadi permaisuri di hatinya kini. Nama Mariam sudah lama terkubur.

"Mariam nak minta maaf jika Mariam dah buat salah kat keluarga ni. Kalau dapat diundurkan waktu, Yam tak akan buat semua ni," ujar Mariam dalam sendu.

"Sudah terlambat nak menyesal, Mariam. Nasi dah menjadi bubur. Jika dari awal lagi kau berfikiran waras, semua ni tak akan berlaku." Dato' Imran membidas.

"Tak mengapalah. Terima kasih mama, papa sebab pernah sayang Yam sebelum Syakilla rebut kasih sayang tu. Terima kasih Hazril sebab pernah hadirkan bahagia dalam hidup saya walaupun akhirnya awak beralih arah. Dan... Terima kasih Syakilla. Kau layak menang award sebagai perempuan perampas terbaik," ujar Mariam berjela-jela.

Panas hati Syakilla dibuatnya. Dia lekas berdiri ingin menerkam Mariam tetapi dihalang oleh Hazril Irfan. Lengannya dicengkam kuat oleh suaminya.

"Terima kasih semuanya." Mariam terus berlalu. Dia akan pergi jauh. Pergi daripada melihat kebahagiaan yang mampu melukakan hatinya.

Firdaus? Biarlah lelaki itu mencari perempuan yang jauh lebih baik daripadanya. Dia sekadar mempergunakan Firdaus untuk menjadi benteng bagi melupakan rasa cintanya kepada Hazril Irfan. Malangnya, rasa itu tidak pernah luntur.

Jika dahulu kepulangannya diharapkan oleh seseorang yang amat dicintai, tidak lagi kini. Dia seorang diri menikmati hidup yang tidak seberapa indah. Lelaki yang diharapkan mampu menjadi imamnya sudah beralih arah dan lebih memilih sahabatnya. Perit. Namun, dia perlu belajar untuk menerima.

PETANG yang damai. Hazril Irfan membawa Syakilla bersiar-siar di Pantai Port Dickson memandangkan Syakilla teringin pergi ke sini. Mereka beirringan berjalan di gigi pantai. Rangkulan pada pinggang Syakilla tidak dilepaskan walaupun seminit.

"Bestnya..." Syakilla tersenyum manis.

"Best, kan? Sayang nak duduk sini berapa lama?" soal Hazril Irfan.

"Err, tiga hari? Kita anggaplah macam honeymoon yang kedua," balas Syakilla.

Hazril Irfan mengangguk. Dia ikutkan sahaja kehendak Syakilla asalkan isterinya bahagia. Tidak lama lagi anak yang dikandung oleh Syakilla bakal lahir menatap dunia. Dia tidak sabar ingin mencium dan memeluk anaknya itu. Ingin dicurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada si anak.

"Eh, Reza..." Syakilla menggumam sebaik saja matanya tertancap pada sepasang kekasih yang sedang duduk sambil menghadap pantai.

"Jom, kita sapa dia. Abang pun dah lama tak tegur dia," ajak Hazril Irfan. Tangan isterinya dicengkam lembut.

"Reza..." Lembut suara Hazril Irfan memanggil nama itu.

Reza mengangkat muka. Mendongak memandang gerangan yang memanggil namanya. Sekilas, matanya mengerling Syakilla. Dia lekas berdiri.

"Eh, kau orang berdua buat apa kat sini?" soal Reza, mesra. Dihulurkan tangannya kepada Hazril Irfan. Dihulurkan pula tangannya kepada Syakilla tapi, Hazril Irfan yang tolong sambutkan. Haih! Cemburu yang amat.

"Honeymoon kali kedua," balas Syakilla lebih laju daripada suaminya.

"Oh, faham. By the way, kenalkan bakal isteri aku. Nama dia Kamalin Mastura. Boleh panggil Mas." Reza merangkul kemas pinggang Kamalim Mastura. Diperlakukan wanita itu seperti mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri.

"Tahniah, bro. Finally kau jumpa pun tulang rusuk kiri kau. Tak payahlah kita berebut Kella lagi," ujar Hazril Irfan. Dia tergelak di hujung ayatnya.

"She is my past, Ril. Aku dah move on." Balas Reza seraya tersenyum.

"Baguslah kalau macam tu. Apa-apa pun aku nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Kau sudi tak nak kawan semula dengan aku?" soal Hazril Irfan.

"Come on, man!" Reza tersengih. Tubuh sahabatnya ditarik ke dalam pelukan.

Syakilla tersenyum melihat dua orang jejaka yang dah berbaik semula. Tangan dihulurkan kepada Kamalin Mastura untuk bersalaman.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now