Bab 33

29.7K 696 17
                                    

SYAKILLA menahan tindakan abangnya yang ingin memijak engkol motorsikal. Handle motorsikal milik Yusman dipegang. Tercungap-cungap nafasnya mengejar Yusman dari dapur sehingga ke depan.

"Adik nak apa?" soal Yusman. Kasar.

"Abang tak payahlah pergi Kuala Lumpur semata-mata nak jumpa Mariam. Dia memang tak sayang kat abang," ujar Syakill bersungguh-sungguh.

"Sudahlah. Adik memang macam ni. Masa abang couple dengan Kak Dina pun adik cakap Kak Dina tak baik. Abang couple dengan best friend sendiri pun adik tak suka. Apa yang adik nak sebenarnya? Boleh tak jangan atur hidup abang?" Yusman memarahi adiknya.

Syakilla mengeluh. "Masalahnya dia dah curang dengan abang, kan? Dia dah bercinta dah pun dengan lelaki lebih tua daripada abang tu. Lagipun, lelaki tua tu kaya."

"Hesy! Adik jangan nak tuduh awek abang yang bukan-bukan. Abang sayangkan Mariam tu!" Bentak Yusman.

"Adik ada buktilah. Dia sendiri yang cakap kat adik. Kami kan best friend. Semua benda dia cerita kat adik," tempelak Syakilla.

Yusman mengherotkan bibirnya kemudian topi keledar dibuka. Yusman mendekatkan wajahnya ke wajah Syakilla. Mata bundar adiknya dipandang tunak.

"Mana bukti tu?" soal Yusman. Mencabar Syakilla membentangkan bukti-bukti itu kepadanya.

"Abang tak percayakan adik lah ni? Okey, tak apa. Sekejap." Syakilla lekas mencicit masuk ke dalam bilik tidurnya. Telefon pintarnya dibawa keluar.

"Adik sempat screenshot mesej adik dengan dia. Abang bacalah sendiri." Telefon pintarnya diserahkan kepada Yusman.

Bergerak-gerak bebola mata Yusman membaca tangkapan skrin tersebut. Bibirnya menguntum senyuman membunuh.

"Adik, please jangan jadi bodoh semata-mata nak abang putus dengan Yam. Adik ingat abang tak tahu ke yang adik sengaja reka-reka chatting ni, kan? Adik download fake WhatsApp lepas tu adik acah-acah macam adik tengah bermesej dengan Mariam. Cara ni dah lapuklah, dik." Yusman memulangkan semula telefon pintar itu kepada empunyanya.

"Ya Allah! Adik tak pernah tipu. Apa yang adik screenshot ni memang betul. Adik tak tipu," ujar Syakilla bersungguh-sungguh.

"Sudahlah! Malam ni juga abang nak gerak ke Kuala Lumpur. Abang nak jumpa Mariam. Abang rindu dia." Yusman sudah nekad ingin bersua muka dengan teman wanitanya yang amat dirindui.

"Abang, jangan pergi. Hari pun dah nak hujan. Jalan kat lebuh raya pun bahaya." Syakilla menahan lagi.

"Adik masuk dalam. Jaga emak dengan abah. Jangan sibuk hal abang." Arah Yusman, tegas.

"Takkan disebabkan perempuan tak guna tu abang sanggup abaikan nasihat adik!" Syakilla menengking. Kuat sekali ton suaranya. Biarlah kalau jiran-jirannya dengar sekalipun. Salah Yusman juga sebab tak nak dengar nasihatnya.

Pang!

Syakilla tersedar dari lena yang cukup panjang sebaik sahaja telefonnya menjerit-jerit minta diangkat. Nama Reza tertera di skrin. Butang hijau ditatal ke tepi. Kuyu matanya memandang ke luar. Sudah malam. Kelibat suaminya masih tidak kelihatan.

"Hai, Kella." Reza menyapa.

"Hai, kenapa you call I?" soal Syakilla, lembut. Matanya ditenyeh-tenyeh menggunakan tepi jari telunjuk.

"Saja. I tak sempat nak wish selamat pengantin baru untuk you." Kedengaran ketawa halus yang sengaja dibuat-buat di corong telefon.

Syakilla serba salah. Dia lekas berdiri. Dibuang pandangan ke luar dinding kaca yang menjadi penghadang. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Reza, I minta maaf. I tahu I dah kecewakan you. I minta maaf sangat-sangat. I harap you boleh lupakan I. Kita still boleh jadi sahabat tapi tak lebih daripada tu," ujar Syakilla separuh merayu.

"It's okay lah, Kella. I faham. I doakan you dengan Hazril bahagia sehingga ke Jannah. Mungkin bukan takdir kita untuk bersama." Lirih nada suara Reza mengutarakan ayat itu.

Teringat akan kes Reza yang meletakkan jawatannya secara tiba-tiba, terus Syakilla mengajukan soalan walhal dia dah tahu sebab Reza berhenti kerja.

"By the way, kenapa you berhenti kerja? You di mana sekarang?" soal Syakilla. Risau.

"I ada di Negeri Sembilan, di rumah ibu tiri I. Insya-Allah, lusa I balik Kuala Lumpur. Pasal berhenti kerja tu memang I yang pilih sendiri untuk berhenti. I nak cuba angin baru," jawab Reza.

Pelipis dipicit lembut. Syakilla mengeluh lagi. Telefon ditukar ke sebelah kiri pula.

"I harap you boleh jumpa dengan perempuan yang jauh lebih baik daripada I, Reza. Lupakan I. You berhak dapat yang lebih baik," ujar Syakilla lagi.

"Maybe? Doakan I."

"I akan doakan you."

"Okeylah, Kella. Sorry kacau you. I got to go. Selamat pengantin baru." Reza terus mematikan panggilannya.

Syakilla merenung ke luar agak lama sebelum dia berpusing. Terkejut terus dia dibuatnya melihat sosok tubuh Hazril Irfan yang tiba-tiba berada di belakangnya. Bibir dikebam.

"Wah, aku tak ada kau menggatal dengan bekas kekasih. Dah berapa lama on the phone dengan dia? Dah lepaskan rindu belum?" soal Hazril Irfan sambil berpeluk tubuh.

"Oh, sudah." Syakilla tersenyum sinis.

"Kau sedar tak kau tu siapa!" Hazril Irfan menengking.

"Of course, aku sedar siapa aku. Aku adik kau." Syakilla terus melintasi suaminya. Punggung dihenyak ke birai katil.

Hazril Irfan bengang. Rambut disebak ke belakang sebelum dia menjerit untuk melepaskan amarah. Bungkusan berisi makanan dibaling ke lantai.

"Aku bawa kau datang sini untuk honeymoon tapi, kau boleh pulak menggatal dengan jantan lain masa aku tak ada."

"Apa kurangnya dengan kau?" Syakilla menjongket sebelah keningnya. Puas hatinya dapat menyakitkan hati Hazril Irfan.

Hazril Irfan menarik kuat tirai putih menutup dinding kaca. Kemarahannya tidak dapat dibendung lagi. Tambah-tambah lagi, suara isterinya sungguh mendayu-dayu semasa berbual dengan sahabatnya.

"Kau jangan nak buat benda tak elok kat aku, Hazril. Aku report kat papa kau nanti!" Gertak Syakilla separuh menjerit apabila kakinya ditarik oleh Hazril Irfan.

"Aku dah bilang, kan jangan contact dengan ex-boyfriend kau lagi. Apa susah sangat kau nak dengar cakap aku?" Hazril Irfan meraup wajahnya. Boleh kena sakit jiwa dia melayan perangai tak semenggah Syakilla.

"Kalau macam tu, boleh tak kau stop ingat kat Mariam and buang semua kenangan kau dengan dia?" soal Syakilla pula.

Hazril Irfan terdiam.

"See! You can't do that for me. Then, kau desak aku untuk lupakan Reza? Macam tu?" Syakilla melorekkan senyuman sinisnya. Sengaja hendak diuji suaminya itu.

"Lupakan dia. Aku suami kau bukannya Reza." Suara Hazril Irfan mengendur.

"Sama dengan kau juga. Lupakan Mariam sebab aku isteri kau bukannya dia. Win win situation!" Balas Syakilla bersahaja.

Hazril Irfan menghempas tubuh di sebelah isterinya. Bungkusan makanan yang dicampak tadi dibiarkan. Pandai-pandailah penjaga resort itu membersihkannya nanti.

"Sekali lagi aku dapat tangkap kau bermesej atau on the phone dengan lelaki lain, kau siap! Kau tak cukup kenal aku siapa." Gertak Hazril Irfan dan terus baring membelakangkan Syakilla.

Syakilla terkedu menerima ugutan suaminya itu. Lain macam pula aura Hazril Irfan ketika mengutarakan ayat ugutan seperti itu.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now