Bab 79

37.8K 605 27
                                    

SYAKILLA mengekori langkah Hazril Irfan ke dalam butik pengantin yang telah dipilih oleh Datin Bahiyyah. Kerusi ditarik. Affan Mikdam didudukkan ke atas ribanya. Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki lembut yang memakai pakaian serba merah jambu mendekati mereka.

"Hello, you all. Hmm, you all yang nak bersanding tu, ya?" soal lelaki lembut itu sambil menggerak-gerakkan tangannya.

"Ya. My mum dah cakap kat you, kan?" soal Hazril Irfan. Geli melihat kaumnya menggeletis seperti sotong darat.

"Oh, ya. Datin dah beritahu I konsep apa yang you all berdua nak. Pakaian pun dah siap. You all dah boleh tengok," ujar lelaki lembut itu sambil melarikan jari-jemari runcingnya ke lengan Hazril Irfan.

Syakilla menahan gelak melihat suaminya digoda oleh lelaki itu. Dia tidak berasa cemburu kerana lelaki dengan lelaki. Jika wanita lain yang berbuat sedemikian ke atas suaminya, memang dia akan kejar pakai parang. Hazril Irfan haknya seorang!

"Cakap pakai mulut. Tangan tak payah ikut," sembur Hazril Irfan. Tangan lelaki lembut itu ditepis.

"Hesy! Kacau sikit pun tak boleh. By the way, panggil I Jiji."

"Apa, jijik?" Sengaja Hazril Irfan buat-buat tidak dengar.

"Jiji lah. Bukan Jijik!" Lelaki lembut itu membentak sambil menghentak-hentakkan kakinya.

"Oh, Jiji. Okey, Jiji. Mana baju my wife dengan I?" soal Hazril Irfan. Tak betah berlama-lamaan di butik itu. Mamanya pun satu. Ada dipilihnya butik lelaki songsang seperti ini. Seram!

"Come..." Jiji menarik tangan Hazril Irfan manakala dibiarkan Syakilla berjalan sendirian di belakang.

Menggeleng kepala Syakilla melihat adegan itu. Mujur suaminya bukan lelaki songsang. Gigit jari dia jikalau Hazril Irfan mempunyai nafsu kepada kaum sejenis.

"Ini yang you minta. Konsep kuning diraja. Macam mana, cantik tak?" soal Jiji. Lengan disangkutkan ke bahu Hazril Irfan.

"Hmm, not bad." Hazril Irfan membelek-belek pakaian itu. Bahunya digoyangkan memberikan arahan supaya lelaki lembut itu menjatuhkan tangannya.

"By the way, kenapa you all bersanding sekarang? Yalah, isteri you dah melahirkan anak. Kenapa you all tak bersanding masa awal-awal kahwin?" soal Jiji ingin tahu.

"Sepatutnya lepas tiga bulan nikah terus sanding tapi my wife pregnant," jelas Hazril Irfan.

"Eh, macam mana boleh pregnant? You buat apa kat your wife sampai dia pregnant?" soal lelaki lembut itu.

Hazril Irfan tercengang. Wajah tenang isterinya dipandang sekilas. Ringan saja mulutnya hendak menghamburkan kata makian kepada lelaki lembut itu. Disabarkan juga hatinya untuk berbuat sedemikian.

"Bila I boleh ambil pakaian ni?" soal Hazril Irfan sekali gus menukar topik perbualan.

"Kalau ikutkan, majlis you all tinggal lagi empat hari. Kalau you nak ambil hari ni pun boleh. Tapi your mum cakap kat I suruh ambil sehari sebelum sanding," jelas Jiji.

"Okey. Pelamin pulak macam mana?"

"Pelamin on the way. Tiga hari boleh siapkan sebab orang I ramai boleh buat," jawab Jiji seraya tersenyum manis.

"Hmm, baguslah kalau macam tu. Bila dah siap semuanya nanti terus call I. Biar I tengok." Hazril Irfan berpusing memandang lelaki lembut itu.

Syakilla menyentuh perlahan baju persandingannya yang ala-ala songket tetapi berwarna kuning diraja. Dia tersenyum. Tidak sabar ingin memakai baju itu.

"Pelamin you all nak yellow black, right?" soal lelaki lembut itu meminta kepastian buat kali yang kedua.

"Ya." Hazril Irfan mengangguk.

"Isteri you nanti I boleh make up,"

"No!" Hazril Irfan membantah.

"Why?" soal Jiji tidak puas hati.

"Make up tu biar perempuan yang buat. I tak izinkan you sentuh muka dia walaupun seinci," tegas Hazril Irfan.

"Tapi I perempuan juga." Jiji merengek.

Loya tekak Hazril Irfan dibuatnya apabila lelaki lembut itu mengaku sebagai wanita. Pergelangan tangan Syakilla digenggam kemas.

"I rasa dah tak ada apa nak bincang. I nak balik dulu. Bila dah settle semua nanti terus call," pesan Hazril Irfan sebelum berlalu.

Jiji menghantar langkah pasangan suami isteri itu melalui sorotan mata. Kakinya dihentak-hentak. Geram kerana Hazril Irfan taka tergoda langsung dengannya.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now