Bab 52

27.3K 583 89
                                    

DATIN Bahiyyah menghulurkan satu dua set pakaian bayi yang terdiri daripada set pakaian bayi lelaki dan set pakaian bayi perempuan kepada Syakilla. Tersungging senyuman manis di dua ulas bibir nipisnya tatkala matanya bertembung dengan mata Syakilla.

Dua set pakaian bayi itu telah dibeli lama. Saja disimpan dahulu sebelum diberikan kepada menantunya itu.

"Dalam tu ada lima helai baju bayi lelaki dan lima helai baju bayi perempuan. Kalaulah anak pertama kamu ni lelaki, set pakaian perempuan tu boleh simpan untuk cucu yang akan datang," ujarnya. Teruja.

Tersentuh hati Syakilla dibuatnya. Tak sangka ibu mentuanya sebaik itu sedangkan dia telah buat perkara yang tidak baik kepada anak Datin Bahiyyah, iaitu suaminya sendiri. Disebabkan jeratnyalah dia dan Hazril Irfan berkahwin.

"Cantik sangat, mama. Terima kasihlah sebab susah-susah belikan set pakaian bayi ni untuk anak Kella dan Hazril. Itu hari pun Hazril ada juga belikan baju untuk anak dia ni," ujar Syakilla sambil telapak tangannya mengusap perut.

"Mana ada susah... Dalam perut tu cucu mama dengan papa juga. Kami tak sabar nak tengok cucu kami tu keluar," balas Datin Bahiyyah bersahaja. Dilekapkan telapak tangannya dibelakang telapak tangan Syakilla.

"Tak sabar nak tunggu cucu kedua pula," seloroh Datin Bahiyyah.

Hazril Irfan yang sejak tadi menjadi tunggul terus tercengang mendengar mamanya menyebut anak nombor dua. Terkejip-kejip matanya memandang Datin Bahiyyah dan Syakilla silih berganti.

Parah...

Cucu yang pertama pun masih seronok bergolek-golek dalam perut si ibu, mamanya dah fikirkan pasal cucu nombor dia.

"Bagilah Kella ni lahirkan bayi pertama tu dulu, mama. Nanti-nantilah fikir pasal cucu nombor dua," tegurnya.

"Selagi masih subur ni eloklah beranak banyak-banyak. Tak payahlah merancang sangat. Hazril kena bagi mama cucu banyak-banyak," balas Datin Bahiyyah seolah-olah tak terkesan langsung dengan teguran anak lelakinya itu.

Hazril Irfan mendengus kasar. Menggeleng kepalanya memandang Datin Bahiyyah. Bertabahlah wahai hati!

REZA dan Kamalin Mastura saling berpandangan. Kedua-dua mereka berasa kekok. Masing-masing berfikiran positif.

Sekali... Nah!

Takdir mempertemukan mereka semula. Patutlah ayahnya sibuk ingin menyatukannya dengan perempuan itu, memang dia sudah kenal pun. Si wanita bermulut laser dan tidak malu menegurnya semasa di pantai dahulu.

"Mana anak-anak?" Dia bertanya.

"Err, dengan mak." Kamalin Mastura menunduk merenung mi hoon sup di hadapan matanya.

"Kenapa tak bawa sekali?"

"Mak tak bagi."

"Kenapa mak tak bagi?"

"Takut kacau daun."

Reza mengangguk faham. Yalah, mereka masih dalam sesi suai kenal setelah beberapa lama berkenal-kenalan di dalam aplikasi WhatsApp.

"Awak betul ke nak kenal saya dengan lebih dalam dan hidup dengan saya?" soal Reza.

Bukannya soalan menjerat pun cuma dia nakkan kepastian. Tidak dapat tidak, rasa cintanya kepada Syakilla semakin memudar. Perasaan itu tidak sekuat dahulu tapi, dia perlu juga dapatkan jawapan daripada Kamalin Mastura. Gusar kalau sekali lagi dikecewakan.

Kamalin Mastura menjongketkan bahunya. "Entahlah, ikut awak. Lagipun, awak lebih muda daripada saya. Apa pun keputusan awak, saya ikut. Saya serahkan semua ni dekat keluarga saya sebab saya tak nak tersalah pilih lagi."

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now