Bab 58

34.2K 674 99
                                    

MESEJ yang dihantar oleh Mariam dibaca dengan hati yang panas. Berjela-jela mesej itu. Konon-kononnya nak menjelaskan semuanya. Kalau betullah Mariam memang nak berubah, kenapa tak beritahu awal-awal? Kenapa dia mesti tahu dari mulut pak sunya sendiri? Kalau Eusoff tak beritahu perkara sebenar mesti sampai ke sudah dia tertipu dengan kenaifan Mariam.

Dibalas mesej Mariam. Walaupun ayatnya agak kejam tapi, dia nak Mariam sedar diri. Sejahat-jahatnya pun dia tak pernah rosakkan anak dara orang. Lelaki masih teruna sepertinya layak dapatkan wanita masih mempunyai kesucian diri. 

Tiba-tiba telefonnya berdering. Panggilan daripada Mariam diangkat. Tahu sangat Mariam nak menyerangnya dengan pelbagai soalan bila dia menolak untuk menerima Mariam.

"Mana awak tahu saya dan tak suci? Awak tak pernah sentuh saya pun, Hazril." Sembur Mariam dengan suara yang tertahan-tahan. Sakit hatinya kerana Hazril Irfan enggan memaafkannya.

"Awak ikut pak su saya ke hulu ke hilir. Tidur sama-sama dalam hotel. Mustahillah kau orang tak pernah buat benda terkutuk tu! Selama ni saya selalu tuduh Kella dah tidur dengan jantan tapi, rupa-rupanya orang yang saya agungkan ni yang murah!" Herdik Hazril Irfan.

Perkataan 'murah' itu menyentap tangkai hati Mariam. Tergamak Hazril Irfan menggelarkannya perempuan murah. Harga dirinya dipijak-pijak.

"Jaga sikit mulut awak, Hazril. Dah tu, Syakilla tu masih sucilah?" Sinis Mariam menyoal. Wanita seliar Syakilla, mustahil masih suci.

"Ya! Dia masih suci. Saya lelaki dan saya boleh tahu bini saya tu suci lagi atau tak," balas Hazril Irfan dengan lagak angkuhnya.

Lama Mariam membisukan diri sebelum menghamburkan air matanya. "Sampai hati awak, Hazril. Sampainya hati awak!"

Tidak betah mendengar tangisan hiba Mariam, terus dimatikan panggilan itu. Nombor Mariam disenarai hitamkan. Terlalu berat untuk dia menerima hakikat yamg Mariam itu adalah bekas perempuan simpanan bapa saudaranya sendiri.

Damn! Aku dah buat satu kesilapan yang paling besar, desis hati kecilnya. Wajahnya diraup berkali-kali. Satu per satu kata-kata nista yang dihamburkan kepada Syakilla terlayar kembali di benaknya.

HADIFF sengaja menekan brek secara mengejut. Tubuh Syakilla dan tubuhnya terus melekat. Terkekeh-kekeh dia menggelakkan Syakilla yang dah menjerit ketakutan. Ditongkatkan motosikalnya di depan kedai runcit Pak Ali.

"Bodohlah kau ni!" Marah Syakilla. Bahu Hadiff ditampar kuat. Nasib baiklah anak di dalam kandungannya tak terkejut sama.

"Relaks... Janganlah marah, mak buyung. Dahlah, kau pergilah beli apa yang mak su nak. Aku tunggu di luar," ujar Hadiff dalam sisa tawa.

Syakilla terus melangkah turun dari motosikal cabuk itu dengan penuh berhati-hati. Bawah perutnya dipegang manakala sebelah tangan lagi memegang kertas senarai belanja yang ditulis oleh Mak Timah.

"Dah kahwin dengan anak orang kaya, menggatal pulak dengan sepupu sendiri. Itu buncit tu tak tahulah anak siapa," sindir Mak Jah selaku wartawan kampung tidak bertauliah.

Bengang terus Syakilla dibuatnya. Dia terus menerpa mendekati ibu saudara bekas kekasihnya, Firdaus.

"Kenapa Mak Jah nak panas pulak saya dapat kahwin dengan anak orang kaya? Jealous? Oh, lupa. Anak perempuan Mak Jah, kan kelengkang dia hitam. Mana ada orang kaya nak. Lepas tu, anak saudara Mak Jah pulak gemuk. Sampai sekarang tak laku." Balas Syakilla bersahaja. Puas hatinya dapat menyakitkan hati wanita tua tak sedar diri tu.

Membulat mata Mak Jah memandang Syakilla. Pedas betul semburan Syakilla tu. Tepat terkena di hatinya.

"Eh, Killa. Kau jaga sikit mulut kau, ya. Kau kahwin dengan anak orang kaya pun sebab gambar tak senonoh kau yang dah viral tu. Memalukan mak bapak saja kau ni!"

"Mak bapak saya yang malu tapi Mak Jah pulak yang melebih. Ini mesti nak cakap yang anak Mak Jah tu jadi bintang porno, kan?" Syakilla mengherotkan bibirnya.

Semakin panas hati Mak Jah dibuatnya. Macam nak disiat-siat aje kulit muka Syakilla tu. Diangkat sebelah tangannya. Telapak tangannya dah bersedia nak melempang muka wanita muda di hadapannya tapi, satu suara garau mematikan tingkahnya.

"Mak long, sudahlah!"

"Biadab betul mulut perempuan ni. Kalau anak aku macam ni memang aku tak mengaku anak," hambur Mak Jah. Berombak dadanya menahan marah.

"Saya pun tak ingin nak mengaku Mak Jah sebagai mak," balas Syakilla bersahaja. Dirempuh bahu Mak Jah.

Firdaus mengejar langkah Syakilla sehingga ke kaunter. Lengan Syakilla dipegang agak kuat. Benarlah kata orang, kalau sudah jodoh memang tak ke mana. Tengok, Syakilla pulang ke kampung semata-mata nak menemuinya.

"Saya tahu awak masih cintakan saya, Killa. Sweet juga awak ni. Sanggup balik kampung sebab nak jumpa saya," ujar Firdaus sambil tersengih lebar.

"Seriously? You cermin diri you boleh tak? I tak ingin nak jumpa you apatah cinta kat you. I lebih rela bercinta dengan babi kat dalam hutan berbanding dengan you. Eeeww! You're not my taste!"

Sakit hati Firdaus mendengar kata-kata hinaan daripada Syakilla. Dia mengejar langkah Syakilla sehingga ke luar kedai.

"Killa, kita perlu bercakap!" Firdaus menarik sekali lagi lengan Syakilla. Dihalang Syakilla membonceng motosikal dengan seorang lelaki katik yang tak dikenali.

Hadiff yang nampak Firdaus menarik-narik lengan Syakilla persis menarik barang terus bersuara. Dia melangkah turun dari motosikalnya.

"Eh, kau ni. Nak tarik-tarik lengan sepupu aku, apehal? Kau tak nampak ke dia tengah mengandung? Kalau jadi apa-apa kau nak jawab ke dengan suami dia?"

"Kau diam boleh tak, pendek!" jerkah Firdaus. Eh, panaslah hati ni!

Hadiff terus berlari ke belakang Syakilla. Takut melihat Firdaus mengangkat tangan ingin menumbuk wajahnya.

"Besarnya tangan dia. Kalau kena muka aku memang pecah," bisiknya di tepi telinga Syakilla.

"Syakilla, please?!" Firdaus mendekat lagi.

"I bagi last warning kat you, Daus. Jangan ganggu I. Dulu you hina I lepas tu tinggalkan I sebab Mariam, kan? You pergi kejar dia. Jangan ganggu I lagi. I'm married! Remember that."

"Stop it, Killa. Suami awak pun curang. Dia bercinta dengan Mariam. Awak nak harapkan apa lagi? Balik dengan saya. I swear! Saya boleh bahagiakan awak."

Syakilla tersenyum sinis. "Kalau I balik semula dengan you, agak-agak you sudi tak terima I bila I hodoh macam dulu?"

Firdaus terdiam.

"See! You cuma sukakan kecantikan. I berubah macam ni pun sebab I sakit hati bila kena tinggal and kena hina dengan orang yang I suka. I bodoh sebab tersuka kat you, faham? Sekarang ni you dah gemuk and hodoh tapi you masih demand nak perempuan cantik. Get your life! Jangan ganggu I," omel Syakilla.

Hadiff menjelirkan lidahnya kepada Firdaus apabila Firdaus tidak berani melawan sepupunya. Puas hati!

"Itu baru kena mulut Killa belum kena tangan aku lagi," celah Hadiff.

"Kau..." Firdaus menerpa ke arah Hadiff. Bersedia ingin menumbuk muka cengkung lelaki katik itu.

Mencicit Hadiff menunggang motosikal semula. Disuruh Syakilla naik. Motosikal cabuk itu memecut laju meninggalkan kedai runcit Pak Ali.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now