Bab 49

24.4K 611 35
                                    

FIRDAUS mengunyah roti telur yang dipesan sebentar tadi. Melilau matanya memerhatikan pelanggan-pelanggan di restoran mamak. Tiba-tiba, matanya tertancap pada seorang wanita bertubuh gemuk sedang menarik kerusi.

Prakk!

Bunyi kerusi patah menyentakkan orang ramai. Firdaus terus menggelakkan perempuan itu. Baru duduk dah patah.

"Amboi, seronok betul kau gelakkan orang?" sindir Hazim. Lengan berlemak sahabatnya ditampar agak kuat.

"Gila tak seronok? Dah tahu gemuk macam kingkong pergi duduk kat kerusi plastik. Itu makan dia." Firdaus tergelak lagi.

"Eh, yang mengutuk ni macam tak sedar diri pulak. Tak baik tau body shaming orang. Kau pun gemuk juga, kan?"

Firdaus terus terdiam. Tajam matanya menjeling Hazim. Baru nak gelakkan orang dah terbantut niatnya.

SYAKILLA mengikut Hazril Irfan ke pejabat memandangkan dia berasa bosan duduk terperap di dalam rumah. Sementara Hazril Irfan berbual-bual dengan setiausahanya, Syakilla meminta izin untuk ke pantri.

Coklat bear yang berada di dalam balang dicapai pantas. Disuakan beberapa keping biskut bear itu ke dalam mulutnya.

"Hmm, sedapnya," gumamnya. Terpejam-pejam matanya menahan nikmat kemanisan biskut itu.

Kebetulan, Firdaus melangkah ke pantri untuk mengambil pembersih hempagas yang diletakkan di situ sementara dia melepaskan hajat di dalam tandas. Dua ulas bibir tebalnya mengoyak senyumam sebaik saja melihat Syakilla turut berada di situ.

Rezeki... Tak pernah salah alamat!

"Kalau dah jodoh memang tak ke mana," bisiknya, perlahan.

Dia melintasi belakang tubuh Syakilla. Dirapatkan jarak tubuhnya dengan belakang tubuh Syakilla yang masih tidak sedar akan kehadirannya. Leka sangat mengunyah biskut. Tersenyum dia apabila berjaya merapatkan badannya dengan badan Syakilla.

Syakilla yang terasa perut boroi seseorang menolak-nolak badannya, terus memusingkan tubuhnya. Membuntang matanya memandang Firdaus. Beberapa inci saja jarak muka mereka berdua. Cepat-cepat dijauhkan tubuhnya dari tubuh lelaki itu.

"You buat apa, huh?!" Melengking tinggi suaranya memarahi Firdaus.

"Buat apa?" soal Firdaus semula.

"You sengaja rapat-rapat dengan I, kan?" soal Syakilla. Buku limanya dikepal kuat.

Soalan Syakilla dibiarkan tergantung tak bernyawa. Dihampiri Syakilla lalu ditolak tubuh genit itu ke kabinet. Dikepung pergerakan Syakilla. Haruman minyak wangi berjenama Silky Girl itu menusuk ke dalam rongga hidungnya.

"Kalau saya tahu yang awak akan berubah jadi cantik dan seksi macam ni, memang saya tak pilih Mariam. Kenapa bukan dari dulu awak cantik, Killa? Kenapa baru sekarang? Menyesal pulak sebab lepaskan awak," luahnya.

Syakilla berdecit. Langit terbelah dua sekalipun dia takkan terima lelaki yang telah menghinanya suatu ketika dahulu.

"Pandang muka saya, Syakilla." Firdaus semakin berani menyentuh rahang Syakilla. Sakit hatinya kerana Syakilla tak mahu menatap wajahnya. Apa, buruk sangatkah dia?

"Bukankah muka ini yang awak tergila-gilakan dahulu?" soalnya, lembut.

Syakilla menahan tekaknya daripada mengeluarkan muntah. Wajah Firdaus dipandang. Diperhatikan dalam-dalam wajah lelaki yang pernah menolak cintanya suatu ketika dahulu.

"Harap-harap anak I tak terkenan muka you. Seram!" Kutuknya. 

"Sampai hati awak cakap macam tu kat saya. Syakilla, terima cinta saya. Beri satu satu lagi peluang. Saya janji akan jaga awak. Anak ni... Gugurkan." Firdaus melekapkan telapak tangannya ke perut Syakilla.

"You gila ke apa?!" Membulat besar mata Syakilla mendengar kata-kata Firdaus. Sudah hilang akalkah lelaki itu?

"Ya, saya memang dah gila. Saya gilakan awak. Saya menyesal sebab tinggalkan awak," jawab Firdaus bersahaja.

Syakilla menolak Firdaus berulang kali tetapi tidak berjaya. Tubuhnya yang kecil molek tidak dapat melawan kudrat Firdaus yang bertubuh besar.

"Baik you blah sebelum I report pasal you kat bapa mertua I. Sedar sikit diri you tu siapa!" Herdik Syakilla.

"No, Killa. Saya tak akan pergi selagi awak tak terima cinta saya. Please, sayang." Firdaus merayu. Tangannya naik menjalar mengusap bibir Syakilla.

"Bangsat!"

Hazril Irfan menerpa ke arah Firdaus. Tubuh lelaki itu ditolak kuat. Ditumbuk wajah Firdaus berkali-kali. Sakit hatinya melihat adegan intim di antara Firdaus dan isterinya di pantri.

Niatnya masuk ke pantri sebab nak cari keberadaan Syakilla tapi, lain pula yang dia nampak. Galak Firdaus mengusik bibir isterinya. Suami mana yang tak naik hantu melihat haknya diusik dek orang luar.

Syakilla terkejut. Dia berlari ke tepi. Diperhatikan suaminya sedang membelasah Firdaus. Dia takut hendak masuk campur.

"Kau nak apa, huh?! Dah pupus sangat ke perempuan dalam dunia ni sampai bini aku juga yang kau nak sebat?" jerkah Hazril Irfan persis orang gila. Kolar baju Firdaus dicekak kuat.

"Dia awek aku." Dengan penuh berani Firdaus membuat satu pengakuan.

"Bila masa I jadi awek you? I tak ingin pun nak jadi awek you. Sedarlah diri sikit!" Syakilla mencelah.

"Kau dengar apa dia cakap? Dia pun jijik dengan kau lah, setan! Kau masuk office bapak aku sebab nak kerja, kan? Buat cara nak kerja. Bukan menggatal dengan isteri orang!"

Dato' Imran terkocoh-kocoh ke pantri setelah mendapat tahu anak lelakinya sedang bergaduh dengan tukang cuci yang baru sahaja bekerja selama tiga bulan setengah.

"Hazril, sudah!" Dato' Imran menarik Hazril Irfan supaya menjauhi tukang cuci itu.

"Jangan masuk campur, pa. Biar Hazril pecahkan muka hodoh dia ni. Suka-suka hati dia je nak sentuh-sentuh isteri orang." Hazril Irfan mengeraskan tubuhnya semasa Dato' Imran menariknya.

"Papa cakap, sudah! Malu staff tengok. Kita settle benda ni dalam bilik." Dato' Imran menarik pula lengan anak lelakinya.

Firdaus memegang rahangnya yang sakit selepas menerima tumbukan demi tumbukan daripada anak majikannya itu. Tajam matanya merenung ke dalam mata Hazril Irfan.

"Firdaus, masuk bilik saya. Aina, awak panggil Encik Fattah. Suruh dia masuk bilik saya," arah Dato' Imran.

"Baik, dato." Aina selaku setiausaha baharu Dato' Imran akur dengan arahan yang diterima.

Firdaus membuka langkah longlai mengekori langkah Dato' Imran. Sempat dia melirikkan mata kepada Syakilla. Dendamnya kepada Hazril Irfan semakin meluap-luap.

"Encik Hazril, saya harap encik dap..."

"Shut up!" Cantas Hazril Irfan.

Hazim terus terdiam.

"Korang semua pergilah sambung kerja! Tunggu apa lagi kat sini?!" jerkah Hazril Irfan.

Pekerja-pekerjanya terus mencicit ke tempat masing-masing. Kini, tinggal Hazril Irfan berdua dengan Syakilla di pantri.

Syakilla mengundur setapak demi setapak apabila suaminya mendekat. Wajah bengang Hazril Irfan membuatkan jantungnya berdegup kencang.

"Seronok?" soal Hazril Irfan. Sinis.

"Ab...Abang janganlah salah faham. Firdaus yang mulakan semua ni," terang Syakilla. Terketar-ketar.

Pinggang Syakilla dirangkul kuat sehingga Syakilla berasa tidak selesa. Hazril Irfan mendekatkan bibirnya ke telinga Syakilla sebelum dia berbisik sesuatu.

"Abang pantang betul kalau orang usik hak abang. Setiap inci tubuh sayang ni, abang seorang saja yang boleh usik. Faham?"

"Faham." Syakilla mengangguk seperti burung belatuk.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now