FIRDAUS menutup laman sesawang yang mempamerkan video-video lucah sebaik sahaja dia menerima panggilan daripada Mariam. Lantas panggilan itu dijawab.
"Daus, kau single lagi?"
Terbatuk Firdaus menerima soalan begitu. Bagi salam tak, cakap 'hai' pun tak, tiba-tiba diaju soalan sensitif macam tu. Boleh demam seminggu dia gamaknya.
"Ya, aku masih single dan available lagi. Kenapa kau tanya?" Firdaus mengigit bibir bawahnya. Takkanlah Mariam nak ajak dia bercinta semula, kut?
"Kalau kita teruskan hubungan kita macam masa zaman sekolah dulu kau nak tak?" soal Mariam teragak-agak.
Dengan lelaki mana lagi dia nak menempeng kalau bukan dengan Firdaus. Ada ke lelaki yang nak terima perempuan seperti dia selain Firdaus? Sah-sahlah tak ada.
"Kau merepek apa ni? Bukan kau dah bercinta semula dengan bekas tunang kau?" tebak Firdaus, kebingungan.
"Dia tinggalkan aku sebab Syakilla. Aku nak tunjuk dekat dia yang aku pun boleh bahagia tanpa dia," ujar Mariam. Sebak.
Firdaus terdiam sejenak. Dah alang-alang dia pun single, apa salahnya mencuba, kan? Daripada dia tunggu anggur jatuh ke riba baik dia cekup saja mana yang datang dulu.
"Aku tak nak reject sebab bukan senang perempuan cantik nak suka dekat lelaki hodoh tapi, kau jangan kongkong hidup aku macam dulu. Boleh?"
"Okey, aku tak kongkong hidup kau macam dulu lagi dah," balas Mariam.
"Aku percayakan kau. Okeylah, aku nak matikan call dulu." Butang 'end call' ditekan. Dia dah tersenyum simpul membayangkan dia dan Mariam naik pelamin.
Jika hendak dibandingkan antara Mariam dengan Syakilla, dia lebih memuji kecantikan yang dimiliki oleh Mariam. Sehingga kini pun, Syakilla tidak mampu menandingi kecantikan Mariam."Kecantikan paras rupamu seindah namamu, Mariam." Firdaus tersengih.
Status single di Facebook terus ditukar kepada 'in relationship'. Dia tersengih lagi. Dia ingin membuktikan kepada teman-temannya bahawa lelaki gemuk sepertinya mampu memiliki seorang gadis jelita.
Akaun Instagram kepunyaan Syakilla dicari. Kemudian, dia menaip sesuatu untuk dihantar kepada wanita yang telah menghinanya. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
Kau pikir kau cantik? Kau tu dari zaman sekolah sampai lah sekarang, hodoh! Selama ni aku usik kau sebab nak test market je. Kau tu bodoh lepas tu hodoh. Aku tak heranlah kau reject aku. Puih! - Firdaus.
MENGGELEGAK darah Syakilla selepas membaca pesanan yang dihantar oleh Firdaus melalui Instagram. Gatal saja jari-jemarinya ingin membalas. Sabar, Kella. Sabar! Butang sekat terus ditekan. Puas hati.
"Wei, Daus bercinta dengan siapa?" soal Hadiff yang tiba-tiba muncul di ruang tamu.
"Hah?"
"Kau tengok ni. Dia baru tukar status sepuluh minit lepas. Dalam perhubungan dengan siapa? Perempuan mana yang buta nak kat dia?" soal Hadiff. Dia tergelak di hujung ayatnya.
Syakilla berdecit. Patutlah beria-ia hina aku. Rupanya dah ada perempuan yang nak dia. Macamlah aku kisah, gerutunya dalam hati.
"Entah. Biarlah dia," jawab Syakilla.
Ehem!
Dehaman seseorang membuatkan Hadiff dan Syakilla menoleh serentak. Hazril Irfan terus menghenyak punggung di sebelah isterinya tanpa meminta izin terlebih dahulu. Bahu Syakilla dirangkul kemas.
"Bukan mak su kau suruh kau cari buah kelapa ke? Kau sibuk kat sini nak mengayat bini orang dah kenapa?" Marah Hazril Irfan kepada Hadiff.
"Apa masalah kau? Bila masa aku mengayat isteri kau?" Bengang Hadiff dibuatnya. Hazril Irfan selalu sangat cari pasal dengan dia.
"Dah tu, kau menyemak kat sini kenapa? Tak ada kerja ke?" sindir Hazril Irfan.
"Gi mati ah kau!" gumam Hadiff sebelum berlalu.
Syakilla melepaskan nafas kasar. Wajah suaminya dipandang geram. Tangan Hazril Irfan ditarik kasar supaya melepaskan bahunya.
"Apa masalah kau? Apa sepupu aku dah buat sampai kau anti sangat dengan dia?" tanya Syakilla, tidak puas hati dengan tindakan suaminya yang memusuhi Hadiff tanpa sebab.
"Dia lelaki. Abang tak suka," beritahu Hazril Irfan. Wajahnya sugul tanpa reaksi.
"Cemburu?" tebak Syakilla.
"Yes! I'm jealous. Nak tahu sebab apa abang jealous?" Hazril Irfan merapatkan lagi jarak mereka. Dilingkarkan tangannya ke bahu Syakilla.
"I'm jealous because I love you." Luah Hazril Irfan kemudian pipi isterinya dikucup pantas. Syakilla nak marah? Marahlah... Dia tak takut pun.
Geli-geleman Syakilla dibuatnya. Dia tak nak percayakan kata-kata Hazril Irfan walaupun hatinya yang membeku tu semakin mencair. Bukan apa, dia takut kalau Hazril Irfan mempermainkan keikhlasannya lagi.
"Lakonan kau hebat. Tahniah! Aku harap anak aku tak ikut perangai bapak dia. Pandai berlakon," ujar Syakilla. Sarkastik.
"Do you want me to remind you how you used to trap me?" Hazril Irfan tersenyum manis namun berbaur sindiran.
Syakilla terdiam seribu bahasa. Belum sempat dia berdiri, tangan kekar itu terlebih dahulu mengepung pergerakannya.
"Don't challenge me. I can do what I want with you. Remember!" ugut Hazril Irfan.
"Gila!" gumam Syakilla.
"Seem like that. Gilakan sayang."
HADIFF menjerit kerana dia tak sempat menekan brek. Motosikal cabuk kepunyaan Pak Hassan terus mencium belakang kereta berjenama Viva. Tergamam terus dia dibuatnya. Empat biji kelapa muda yang berada di dalam motosikal itu jatuh berterabur di atas jalan tar.
Dup! Dap! Dup! Dap!
Jantungnya berirama kencang sebaik saja seorang gadis jelita bertubuh tinggi dan berkulit putih mulus melangkah turun. Seketika dia seperti di awang-awangan.
"Are you, okay?" soal si gadis.
"O...Okey. This... This... Little bit senak," jawab Hadiff sambil menudingkan jari ke arah kelengkangnya.
Si gadis tergelak kecil. Buah kelapa yang terabur di atas jalan itu dikutip sebelum dimasukkan ke dalam bakul motor yang ditunggang oleh lelaki itu.
"I'm sorry. My fault sebab parking kereta suka-suka," ujar gadis itu.
"Eh, melayu?" Terkejut Hadiff dibuatnya. Mati-mati dia ingat perempuan itu berbangsa Cina.
"I mualaf." Gadis itu tersenyum.
Bunga api mula terpercik di dalam hati si lelaki. Tidak berkedip matanya memandang gadis itu. Adakah ini yang dinamakan jodoh? Ah, bahagianya hidup.
"Nama I Shaikhah. You?"
"Hadiff. Tapi orang biasa panggil saya Salman Khan. Ikut youlah nak panggil mana satu. Lagi better if you panggil saya baby. Auch!"
Si gadis tergelak lagi. "Okeylah. I got to go. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Hadiff mempamerkan riak hampa. Tak cukup kacakkah aku? Cepatnya dia minta diri. Desis hati kecilnya.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...