REZA membelek-belek buku yang dibeli semalam. Segala tips-tips yang dikongsi di dalam buku itu dibaca kemudian dihadam. Pelupuk mata diseka. Dua jam menghadap buku, akhirnya dia mengalah. Buku ditutup agak kasar sebelum dicampak ke meja sisi.
"Susah juga nak move on ni," monolognya.
Kedudukan bantal ditegakkan. Kelopak mata ditutup. Tiba-tiba, wajah perempuan yang ditemui semasa di Negeri Sembilan tempoh hari berlegar-legar di minda. Reza terus mencelikkan mata.
"Dah kenapa aku teringat kat janda tu pulak?" gerutunya.
Malas mahu memikirkan perihal itu, dia mengiring ke kanan. Kelopak mata ditutup semula.
"KENAPA abang like pautan yang Mariam share tu, huh!" Suara Syakilla melengking tinggi. Sakit betul hatinya melihat Hazril Irfan mengetik tanda suka pada pautan yang dikongsikan oleh Mariam tentang perampas di akaun Facebook.
Hazril Irfan ternganga. Takkan dia mengetik tanda suka pun salah? Sikap mengada Syakilla semakin menjadi-jadi. Kalau ikutkan hati, nak saja dia berterus-terang bahawa dia tidak mencintai isterinya langsung. Geram!
"Like saja, kan? Bukan abang menggoda dia, kan?" Tajam mata Hazril Irfan merenung Syakilla.
"Block Mariam. Sayang tak nak abang berkawan dengan dia lagi baik kat, Facebook, Instagram and semua tempat. Now!" Syakilla mendesak.
"Apa masalah sayang ni? Sejak mengandung makin menjadi-jadi pulak perangai." Hazril Irfan bengang. Mana mungkin dia menyekat Mariam. Bagaimanakah dia hendak melepaskan rindu nanti?
Syakilla terasa hati. Telefonnya ditutup. Dia lekas bangun menjauhi suaminya. Kalau benar cinta, mesti Hazril Irfan akan akur dengan permintaannya itu.
"Block Mariam!" Syakilla menjerit. Kuat.
"Kenapa nak block? Dia tak ganggu kita pun, kan?!" Hazril Irfan turut menjerit.
"Block dia, Hazril!" Syakilla menjerit sekuat hati. Geram apabila Hazril Irfan enggan mengikut arahannya.
Hazril Irfan mengendahkan arahan itu. Dia mengiring membelakangi Syakilla. Galeri foto dibuka. Malas melayan isterinya sedang meroyan.
Syakilla menghamburkan air mata dengan keengganan suaminya. Jam loceng diambil kemudian dibaling ke dinding. Fikirannya terganggu.
"Syakilla Izzati!" jerkah Hazril Irfan. syakilla sudah membuat perangai lamanya semula.
"Kenapa abang susah sangat nak block dia? Abang masih suka dia? Abang masih cintakan dia?" soal Syakilla bertalu-talu.
"Sayang tu tengah mengandung. Tak payah nak mengamuk macam ni. Benda kecil tak payah dibesarkan," ujar Hazril Irfan.
Syakilla menghempas pula lampu meja. Sakit hati tentang semalam belum hilang lagi ditambah pula dengan sakit hati malam ini. Mariam sengaja mahu menyakitkan hatinya.
"Hempas! Hempas semua barang dalam rumah ni kalau itu yang buat sayang puas. Hempas!" Tengking Hazril Irfan sebelum melangkah keluar dari bilik tidur.
Syakilla melorot jatuh ke lantai. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Hazril Irfan tidak mahu memujuknya langsung. Cadar katil ditarik-tarik. Dibaling bantal ke dinding. Dia menjerit sepuas-puasnya. Dia takut jika Hazril Irfan masih menyimpan perasaan kepada Mariam. Dia takut sekiranya Hazril Irfan sekadar berpura-pura mencintainya.
"Kau sengaja nak psiko aku kan, Mariam? Kau sengaja share benda macam tu sebab nak psiko aku. Kau sengaja, kan!" Syakilla menjerit lagi.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...