Bab 53

28.6K 573 39
                                    

"KATA nak balik sebelum Maghrib? Dah pukul sebelas malam baru nampak jalan balik rumah. Abang sengaja, kan?"

Syakilla terus menyerang Hazril Irfan dengan soalan panasnya sebaik saja jasad lelaki itu berdiri tegak di muka pintu.

Hazril Irfan menepuk dahi. Disebabkan terlalu terleka berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur bersama Mariam, dia jadi lupa akan isterinya. Ligat otaknya memproses idea munasabah untuk menipu isterinya. 

"Maaf, sayang. Abang terlupa. Abang rancak sangat borak dengan client tadi," katanya.

"Borak apa dari  pukul tiga petang sampai pukul sebelas malam?" soal Syakilla lagi. Hazril Irfan seolah-olah sedang menipunya.

"Biasalah... Business talk. Sayang mana tahu." Balas Hazril Irfan bersahaja.

Syakilla menarik muka. Disebabkan kelewatan suaminya jugalah lauk-pauk yang telah dimasak jadi sejuk. Tak sedap dah kalau nak dimakan lagi.

"Tapi abang dah janji nak balik sebelum Maghrib. Abang tipu." Suara Syakilla berubah sayu. Tubir matanya bergenang. 

"Ya, abang tahu abang dah mungkir janji. Abang minta maaf. Sekarang abang dah balik, kan? Sinilah lepas rindu." Ditarik tangan Syakilla supaya mendekatinya.

Syakilla mengeraskan tubuhnya. Dia masih terasa hati dengan sikap lelaki itu. Dia mahu meluangkan masa bersama Hazril Irfan kerana dia rindu akan suaminya tapi, suaminya malah selalu sibuk.

"Sayang..."

Mendayu-dayu suara Hazril Irfan memanggil isterinya. Dia pula yang melangkahkan kakinya merapati Syakilla.

"Dah pukul sebelas malam. Nak luangkan masa apa? Esok abang kerja." Tanpa sedar air mata Syakilla merembes keluar menjamah pipi.

Terbit rasa serba salah dalam hati Hazril Irfan. Ditarik tubuh isterinya itu ke dalam pelukan. Belakang badan Syakilla diusap-usap. Ibu mengandung tak bagus layan perasaan macam ni. Boleh bagi kesan buruk dekat anak yang dikandung.

"Sayang nak abang buat apa?" soalnya, memujuk. 

"Esok petang, lepas balik kerja terus balik rumah. Malam pulak kita jalan-jalan. Sayang nak tengok baju baby," ujar Syakilla.

"Aik, kan dah banyak baju baby. Abang belikan lepas tu mama hadiahkan lagi. Jangan membazir," balas Hazril Irfan.

Syakilla menarik muncung. Dirungkaikan pelukan suaminya. Belum sempat kakinya melangkah ke dapur, lengannya terlebih dahulu disambar.

"Kalau macam tu abang bawa sayang jalan-jalan. Sayang nak luangkan masa dengan abang. Only two of us. Esok!" tegas Syakilla.

Hazril Irfan terkelu. Esok malam dia nak menikmati makan malam bersama teman wanitanya. Dia dah rancang perkara itu bersama Mariam. Tak tergamak dia ingin melukakan hati Mariam.

"Kalau abang tunda lusa, boleh?"

"Why?"

"Esok malam pun abang ada deal dengan client. Tak boleh nak arrange waktu lagi."

Syakilla menunduk menekur lantai. Dia terpaksa bersetuju walaupun dia tidak mahu. Kerja suaminya lebih penting. Senyuman palsu terukir di dua ulas bibirnya.

"Okey..." Syakilla mengangguk.

"That's my girl! Abang nak mandi sekejap. Sayang tunggu kat bilik tau. Nanti abang datang abang terkam sayang." Seloroh Hazril Irfan. Dikucup pantas pipi Syakilla sebelum beredar.

Syakilla menghantar langkah Hazril Irfan melalui ekoran mata. Dia melangkah longlai menuju ke bilik tidur. Punggung dihempas ke birai katil. Telefon pintarnya dicapai kemudian aplikasi Facebook dibuka.

Cinta palsu mu buatku kehausan.
Cinta palsu mu buatku ketandusan.
Wahai wanita kesiannya kau, kena tipu hidup-hidup. #cintabersatu - Mariam Hamid.


Dahi Syakilla berkerut. Berkali-kali dia cuba memahamkan status sahabatnya itu tetapi satu patah haram pun dia tidak mengerti. Dan, apa yang dimaksudkan dengan cinta bersatu?

"Gila..." gumamnya.

Syakilla mengambil beberapa keping gambar perutnya yang sedang membuncit itu kemudian dimuat naik ke dalam Facebook.

Bukti cinta suami isteri. Counting days! - Syakilla Hazril.

Tidak lama kemudian, dia menerima satu komen berbaur sindiran daripada Mariam. Kening Syakilla terjongket tinggi.

Tahniah sahabat. Tumpang gembira. - Mariam Hamid.

Tatkala terasa gerakan di sebelahnya, Syakilla terus melarikan pandangannya di skrin telefon. Terangkat sebelah keningnya memandang Hazril Irfan yang dah bertuala separas pinggang. Cepat betul dia mandi. Mandi ayam ke apa ni?

"Cepatnya abang mandi?"

"Dah malam-malam buta ni dapat jirus segayung dua tu cukuplah. Sejuklah nak mandi malam," balas Hazril Irfan bersahaja.

Mulut Syakilla membulat kecil. Telefonnya terus diletakkan di meja sisi. Dibaringkan tubuhnya secara menelentang. Terrkebil-kebil matanya memandang lelangit bilik.

Hazril Irfan memerhatikan Syakilla yang dah terlena. Lekas diangkat punggungnya dari birai katil. Pintu almari pakaiannya dibuka. Sehelai baju T-shirt plain berwarna putih bersama seluar pendek paras lutut dicapai dan dikenakan ke tubuhnya.

"Kella...Kella..." Hazril Irfan menggelengkan kepalanya. Dihenyak tubuhnya di sebelah Syakilla. Dipusingkan tubuhnya menghadap Syakilla yang dah lena diulit mimpi indah.

KAMALIN MASTURA memimpin tangan dua orang anak kembarnya ke dalam restoran. Esok dia sudah pulang semula ke Negeri Sembilan. Dia bekerja sebagai guru sekolah rendah di sana. Tak mungkinlah dia mahu cuti lama-lama. Kasihan nasib anak didiknya nanti.

"Silakan duduk." Reza lekas berdiri. Ditarik kerusi untuk perempuan itu. Senyuman tidak lekang di bibirnya.

"Terima kasih," ucap Kamalin Mastura. 

Reza mengangguk. Ditarik pula kerusi untuk si kembar. Pipi Anis dan Anissa dicuit manja. Tidak lama lagi anak-anak kecil itu akan menjadi sebahagian daripada keluarganya juga. Tak tergamak dia mengambil si emak tapi, mengabaikan si anak.

"Comel. Ada iras-iras muka awak," Reza memuji sambil memandang wanita yang memakai tudung selendang labuh berwarna biru itu.

"Anak saya, ikut muka saya lah." Kamalin Mastura tersengih.

Reza mencebik.

"Saya dah order menu special. Sekejap lagi sampai. Hmm, awak sure ke nak balik Negeri Sembilan esok?" soal Reza.

"Ya. Saya masih kerja kat sana. Permintaan saya untuk ditukarkan sekolah kat sini masih belum diluluskan lagi," jelas Kamalin Mastura. Jenuh juga dia menunggu keputusan sama ada permohonannya untuk ditukarkan ke sekolah di Negeri Sembilan ni lulus ataupun tak tapi sampai sekarang tak ada jawapan lagi.

Reza mengangguk-anggukkan kepalanya. Takkanlah nak dihalang pula Kamalin Mastura pergi? Mereka belum bergelar suami isteri lagi. "Yalah, hati-hati drive kereta."

Kamalin Mastura mengangguk. Diperhatikan saja tindak-tanduk pelayan restoran yang sedang menyusun hidangan istimewa yang dipesan oleh Reza.

"Wah, kambing golek. Sedapnya!" Anis menghidu dalam-dalam aroma makanan tersebut.

Berona merah wajah Kamalin Mastura ketika anaknya buat perangai tak semenggah. "Maaflah, anak saya ni memang pantang nampak kambing golek.

"Tak apa. Small matter. Saya order pun sebab awak cakap anak awak suka kambing golek. Makanlah." Reza mencuilkan daging kambing ke dalam pinggan si kembar.

Tersenyum-senyum Kamalin Mastura memandang lelaki itu. Reza sangat bijak melayan karenah anak-anaknya walhal Reza masih muda. Pengalaman jadi seorang bapa pun belum diperolehi lagi.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now