Bab 61

35.9K 692 66
                                    

HAZRIL IRFAN bangkit dari tidur. Tempat di sebelahnya diraba-raba. Jasad Syakilla tiada di situ. Bergegas dia melangkah ke ruang tamu. Sakit hatinya melihat Syakilla sedang berdua-duaan dengan Hadiff sedangkan ibu bapa mentua dan abang iparnya sibuk menyiapkan sarapan di dapur.

"Bak guli kau sikit." Hadiff mengacah-acah ingin mengambil guli kepunyaan Syakilla.

"Janganlah, Hadiff. Kau ni!" Syakilla menderam marah. Tangan sepupunya ditampar kuat.

Laju diayun langkahnya merapati Syakilla. "Sayang, pergi bangun. Buatkan abang kopi. Abang haus."

"Malas."

Memicing mata Hazril Irfan memandang Syakilla. Amboi, senangnya jawapan si puan isteri. Tajam matanya merenung Syakilla yang sedang memasukkan guli ke dalam lubang papan congkak.

Terus dia berjalan di tengah-tengah Hadiff dan Syakilla. Papan congkak sengaja ditendang. Bertaburan guli-guli di atas lantai.

"Eh, maaf. Tak nampak." Selamba Hazril Irfan berkata. Puggungnya dihenyakkan ke atas sofa lusuh berkuisyen ungu itu.

Syakilla bingkas bangun merapati suaminya. Dia berdiri betul-betul di depan Hazril Irfan. Dadanya berombak kencang menahan marah yang dah membuak-buak.

"Kau sengaja, kan? Kau boleh lalu belakang aku atau belakang Hadiff tapi, kau sengaja lalu depan kami. Kau sengaja, kan?" Lengan Hazril Irfan ditumbuk-tumbuk. Air matanya terhambur keluar.

Suara tangisan Syakilla mengejutkan Mak Timah yang sedang memasak sambal tumis di dapur. Terus api dapur dimatikan. Terkocoh-kocoh dia melangkah ke ruang tamu ingin menjengah keadaan anak perempuannya.

"Eh, apa jadi ni?" soal Mak Timah. Diperhatikan Syakilla yang sedang menangis di depan menantunya manakala Hadiff terbongkok-bongkok mengutip guli yang terabur di atas lantai.

"Tak ada apa-apalah, mak. Haz tak sengaja tertendang papan congkak tu. Lepas tu, Kella nak marah-marah pula." Hazril Irfan terlebih dahulu mengadu kepada ibu mentuanya.

Pak Hassan dan Yusman turut ke ruang tamu. Berkerut dahi Yusman melihat sepupunya yang sedang mengutip guli.

"Kenapa ni?" soalnya.

"Hazril tak sengaja tertendang papan congkak tu. Salah Kella dengan dia juga sebab main kat tengah-tengah rumah," kata Hazril Irfan. Jari telunjuknya lurus menuding Hadiff.

Tajam mata Syakilla memandang ke dalam anak mata suaminya. Dia benci dengan perangai Hazril Irfan yang tak mahu mengaku salah.

"Kella... Benda kecil tak payah dibesar-besarkan. Dosa tinggikan suara dekat suami," tegur Pak Hassan.

"Dia sengaja buat macam tu. Siapa anak abah? Dia atau Killa? Abah bela dia sebab dia anak orang kaya, kan?" Tuduh Syakilla secara melulu.

"Abah tak bela sesiapa. Abah cakap berdasarkan hukum. Sudah termaktub yang suami perlu dihormati!" Tegas Pak Hassan.

Hazril Irfan menyimpan senyum. Dia berasa seronok kerana Pak Hassan selalu membelanya.

"Sukalah abah aku backup kau!" Syakilla menengking sebelum menguncikan diri di dalam bilik tidur.

"Maafkan anak abah ya, Hazril. Dia memang macam tu," ujar Pak Hassan merendah diri.

"Tak apa, saya maafkan dia." Hazril Irfan tersenyum.

Selesai mengutip guli-guli yang bertaburan di atas lantai, Hadiff terus meletakkan papan congkak itu di atas meja berhadapan dengan Hazril Irfan.

"Jauhkan diri kau daripada isteri aku," ujar Hazril Irfan. Perlahan dalam tegas.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now