Bab 42

27.1K 634 77
                                    

Tiga bulan kemudian...

HAZRIL IRFAN terjaga dari lenanya tatkala halwa telinganya menangkap suara seseorang sedang muntah-muntah. Diraba-raba tempat di sebelahnya yang kosong tidak berpenghuni.

"Sayang..." Lembut suaranya memanggil. Tidak betah berterusan berbaring di atas katil, diatur langkahnya ke bilik mandi.

Syakilla bersandar di dinding selepas mengeluarkan segala isi perutnya. Kepalanya pun semakin berdenyut-denyut.

"Sayang demam?" soal Hazril Irfan. Diletakkan belakang telapak tangannya di dahi Syakilla.

Syakilla menepis lembut tangan suaminya. "Tak tahulah, bang. Tiba-tiba rasa mual-mual lepas tu sakit kepala."

"Aik, rasanya tadi abang bawa makan western food. Ada elergic apa-apa ke?" soal Hazril Irfan lagi.

"Tak ada." Syakilla menggeleng.

Hazril Irfan mencempung tubuh sehingga ke katil kemudian dibaringkan Syakilla di tengah-tengah katil.

"Sayang rehatlah. Esok kalau sakit kepala lagi kita pergi klinik. Manalah tahu sayang keracunan makanan ke apa," ujar Hazril Irfan. Dahi Syakilla dikucup sekilas.

"Sini lah. Nak peluk." Syakilla merengek manja. Tangannya didepangkan. Dia nak bermanja dengan suaminya. Tiba-tiba pula rasa rindu dekat Hazril Irfan membuak-buak.

Hazril Irfan tersengih. Macam-macam hal! Dihenyak tubuhnya di sebelah Syakilla. Tubuh Syakilla ditarik ke dalam pelukan. Ubun-ubun isterinya dikucup sekilas.

"Nak cium tapi dekat sini." Syakilla menjuihkan bibirnya.

Terangkat sebelah kening Hazril Irfan. Lain macam betul mood Syakilla malam ni. Manjanya tak boleh dibawa bincang.

"Kenapa manja sangat malam ni?" soalnya. Pipi isterinya dicubit manja.

"Nak kiss..." Syakilla merengek. Dijuihkan lagi bibirnya.

"Yalah, yalah." Hazril Irfan mendekatkan mukanya dengan Syakilla. Bibir Syakilla dikucup sekilas.

"Alah, kejapnya. Lagilah..." Semakin panjang dijuihkan bibirnya tu.

Tergeleng-geleng kepala Hazril Irfan melayan karenah pelik isterinya malam itu. Dikucup bertalu-talu bibir Syakilla sehingga isterinya sendiri yang rimas. Dirangkul kemas tubuh Syakilla. Tak lena malamnya tanpa Syakilla.

AWAL pagi, Firdaus sudah menjengah-jengah ke dalam ruang kerja Hazril Irfan. Kening tebalnya saling bertaut. Biasanya, waktu-waktu begini pasangan suami isteri itu sudah datang. Dia bercekak pinggang menggunakan sebelah tangan manakala sebelah lagi memegang batang penyapu.

"Kau duk terintai-intai apa kat dalam bilik anak bos?" soal Kak Dotty. Bahu Firdaus ditampar kuat.

"Oh, mak kau!" Firdaus tersentak dan terus memusingkan badannya menghadap Kak Dotty. Terkantoilah pula!

"Eh, akak buat apa kat sini?" soalnya.

"Akak yang patut tanya kau. Buat apa kat sini? Intai-intai bilik anak bos pulak tu. Kau dah bersihkan bilik Encik Hazril belum?" soal Kak Dotty tidak puas hati.

Firdaus menggeleng kemudian mengangguk. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Mana satu? Dah ke belum?" Kak Dotty bercekak pinggang.

"Err, dah."

"Kalau macam tu, kau pergi turun bawah. Bersihkan bilik staff kat bawah tu. Dah berhabuk," arah perempuan bertubuh besar itu.

"Baik, kak." Firdaus mengangguk.

Apa entah yang duk diintaikan. Gumam hati Kak Dotty kemudian dia menjenguk sebentar ke dalam bilik kerja Hazril Irfan. Tiada apa-apa yang mencurigakan pun.

SYAKILLA berdebar-debar menanti keputusan doktor. Setengah jam dia berada di klinik untuk memeriksa tahap kesihatannya itu dengan ditemankan oleh suami tercinta.

Bibir yang kering dibasahkan. Dia tidak mahu mati awal. Dia mahu berada di sisi Hazril Irfan sehingga lanjut usia.

"Tahniah, puan." Doktor wanita yang memakai selendang hitam itu tersenyum lebar.

"Tahniah untuk apa?" Dahi Syakilla berkerut.

"Tahniah, puan mengandung. Dah satu bulan," terang doktor wanita itu, senada.

Syakilla mengalirkan air mata kebahagiaan. Dia berasa sungguh gembira. Tiga bulan dia menantikan cahaya mata dan kini doanya telah dimakbulkan. Perut yang masih kempis diusap-usap penuh kasih.

"Abang, sayang pregnant." Syakilla memandang suaminya.

Hazril Irfan tersenyum paksa.

"Tahniah, sayang." Hazril Irfan semakin mekarkan senyuman palsunya.

"Tak lama lagi kita akan jadi mummy and daddy. Tak sabar nak share berita ni kat family sayang and family abang. Mesti mereka happy," ujar Syakilla. Air matanya diseka.

"Kalau tak ada apa-apa, kami pulang dulu, doktor. Terima kasih," Hazril Irfan lekas berdiri. Lengan Syakilla dipaut lembut.

"Sama-sama."

Syakilla melentokkan kepalanya di bahu Hazril Irfan sambil berjalan. Mindanya mula bekerja untuk meneka jantina bayi yang dikandung walaupun masih awal untuk dia menebak.

"Abang happy tak?" soal Syakilla semasa berada di dalam perut kereta.

"Happy. Benih abang, kan?" Hazril Irfan tersengih kecil. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu.

"Tapi abang macam tak gembira pun?" Syakilla memuncung.

"Hesy! Abang gembiralah. See, abang senyum ni. Jaga baby elok-elok," balas Hazril Irfan. Pedal minyak ditekan.

Mariam. Bila awak nak pulang? Saya rindu awak. Saya nak awak yang mengandungkan benih saya. Hati lelakinya merintih.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now