Bab 71

38.1K 692 19
                                    

SYAKILLA menghenyak punggung di atas sofa. Lutut diurut-urut perlahan. Dipandang Hazril Irfan yang sedang menekan suis televisyen. Kata-kata Mariam berlegar-legar di dalam ingatannya. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Betul ke abang cakap macam tu kat dia?" soal Syakilla yang dah mula menggelarkan suaminya sebagai 'abang'.

Tingkah Hazril Irfan terhenti. Halkumnya bergerak-gerak menelan air liur. Mulut pun satu. Menderhaka!

"Ma...mana ada. Sayang percaya ke abang cakap macam tu? Dalam perut sayang tu benih abang. Mestilah abang sayang," jawab Hazril Irfan agak gugup. Cukuplah mereka pernah bergaduh sebelum ini. Dia tak nak hubungannya dan Syakilla rosak sekali lagi.

Syakilla diam tidak berkutik. Entahlah, hatinya berat nak mempercayai kata-kata suaminya sendiri. Mungkin trauma kerana pernah ditipu oleh lelaki itu.

"Mariam sengaja nak rosakkan hubungan kita, sayang. Tak sampai seminggu kita berbaik, dia nak rosakkan lagi hubungan kita," ujar Hazril Irfan. Cuak jugalah dia bila Syakilla diam membisu.

Syakilla memandang tajam ke dalam anak mata suaminya. Dia ingin mencari kebenaran disebalik kata-kata Hazril Irfan. Bagaimanakah sekiranya Hazril Irfan menipunya lagi? Penipuan itu sungguh menyakitkan.

"Sayang..."

"Okey, sayang percaya abang. Tapi betul abang tak pernah cakap macam tu dekat dia? Betul abang sayang baby ni?" soal Syakilla. Jari telunjuknya menuding perut yang membuncit.

Air liur diteguk. Dia mengaku memang dia pernah cakap begitu kepada Mariam tapi, ketika itu dia tidak nampak 'true colours' Mariam lagi. Dia benar-benar menyesal kerana sanggup menidakkan kehadiran benihnya sendiri semata-mata nak mengejar cinta yang kononnya dianggap suci.

"Abang, jawablah." Gesa Syakilla.

"Betul, sayang. Abang tak pernah cakap macam tu kat dia," balas Hazril Irfan bersungguh-sungguh. Perkara yang dah berlalu biarkan berlalu. Dia nak buka buku baharu dengan isterinya.

Syakilla menggamit Hazril Irfan merapatinya. Ditarik tangan Hazril Irfan. Memaksa lelaki itu duduk di sebelahnya. Disembamkan mukanya ke dada bidang suaminya.

"Waktu sayang bersalin nanti abang temankan, boleh? Sayang takutlah sebab baru pertama kali nak bersalin." Syakilla mengangkat mukanya memandang suaminya. Matanya dikerdip-kerdipkan ingin meraih simpati.

Hazril Irfan mengangguk. "Boleh, sayang. Untuk sayang semuanya abang sanggup lakukan. Nanti abang temankan sayang bersalin."

"Thank you, abang."

"Sama-sama, sayang."

UBAT batuk diteguk sehingga habis. Mariam terjelepok jatuh di hadapan kabinet dapur. Kaki ditarik merapat ke dada. Tangisannya pecah. Pertemuannya dengan Hazril Irfan secara kebetulan tapi, ugutan Hazril Irfan benar-benar menambah luka yang sudah menjadi parut.

"Awak janji yang awak cuma sayangkan saya. Kenapa kasih sayang awak beralih arah? Mana janji-janji awak tu?" Mariam merintih.

"Susah untuk saya lupakan awak, Hazril. Sampai hati kau, Killa. Kau sanggup buat aku macam ni," rintihnya lagi.

Perlahan-lahan dia bangun. Diayun langkahnya ke bilik tidur. Diletakkan kepalanya ke atas bantal. Sekali lagi air matanya terhambur keluar.

HADIFF dan Yusman saling berpandangan. Masing-masing sibuk berebut tempat di sebelah gadis jelita yang sedang menjamah air batu campur. Si gadis hanya tersenyum kecil memandang dua orang jejaka yang ingin memilikinya itu.

Seminggu masa yang diambil untuk membuat keputusan. Selama seminggu itu juga dia berjaya menyelami dua hati. Namun, hanya seorang sahaja yang bakal menjadi pilihannya.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now