Bab 65

36.1K 704 56
                                    

"DOKTOR cakap tak ada apa-apa berlaku kat baby. Sayang baring diam-diam je," ujar Hazril Irfan sebaik saja Syakilla mencelikkan mata. Kedudukan selimut dibetulkan sedikit.

Syakilla memandang suaminya sekilas sebelum dia memalingkan muka. Untuk apa Hazril Irfan ada di sini? Bukankah Hazril Irfan mencintai sahabatnya?

"Kau pergilah balik Kuala Lumpur. Dah berapa lama ni kau stay kat kampung aku. Mariam perlukan kau," ujar Syakilla. Dingin.

"Kenapa pula dia perlukan abang?" soal Hazril Irfan. Dahinya berkerut. Syakilla yang tengah mengandungkan anaknya bukannya Mariam.

Syakilla diam membisu. Matanya melotot memandang empat orang manusia yang menghampiri katilnya. Mata Syakilla statik memandang lelaki yang sedang berdiri di sebelah Pak Hassan.

Yusman mengatur langkah mendekati adiknya. Tangan Syakilla digenggam kemas. Terbit rasa bersalah di dalam hatinya kerana terikut nafsu amarah syaitan.

"Abang minta maaf. Abang tak sengaja tertolak adik," ujar Yusman. Lembut.

Syakilla memalingkan wajah ke kiri. Dia mendengus. Dia pandang ke kiri, dia terpaksa menghadap wajah suaminya. Dia pandang ke kanan, dia terpaksa menghadap wajah abangnya pula. Keputusan diambil. Dia memandang ke atas.

"Dengar tak ni?" soal Yusman.

"Abang mana sayang kat anak saudara abang. Sebab tu abang boleh tolak adik macam tadi," ujar Syakilla berjauh hati.

"Ya, abang mengaku abang salah. Siapa cakap abang tak sayang kat budak ni. Dia anak saudara abang jugak." Yusman memujuk. Dilekapkan telapak tangannya di atas perut Syakilla.

Syakilla membisu. Ditahan perasaannya supaya air mata tidak mengalir ke pipi. Dia tidak suka menangis. Dia mahu jadi seperti dahulu. Syakilla yang kental, Syakilla yang yang kuat dan Syakilla yang berani.

"Abang janji lepas ini abang tak buat lagi." Yusman bersuara apabila adiknya masih membisu.

"Man, sudahlah tu. Biar adik kamu tu berehat malam ni kat hospital. Perasaan dia masih tak stabil lagi," pujuk Pak Hassan.

"Yalah." Yusman akur. Genggaman tangan dirungkaikan. Terdengkot-dengkot kakinya melangkah merapati Pak Hassan. 

Mak Timah mengusap lembut tangan Syakilla. Memberikan semangat supaya anak perempuannya kuat mengharungi dugaan hidup.

"Mak maafkan apa yang Killa dah buat. Jangan ulang kesilapan lama. Killa beruntung dapat Hazril yang sudi maafkan silap Killa. Kalau terkena kat lelaki lain, belum tentu Killa hidup lagi sekarang. Mak, abah, Abang Yusman dan Hadiff balik dulu. Doktor cakap esok Killa boleh pulang. Malam ni suami kamu akan jaga kamu," tutur Mak Timah.

"Angkut dia sekali bawa balik. Killa tak nak tengok muka dia," ujar Syakilla. Lurus jari telunjuknya menuding Hazril Irfan.

"Syakilla!" Suara Pak Hassan naik seoktaf. Sudah buat salah pun masih mahu biadab dengan suami.

Hazril Irfan tersenyum kelat. Dihulurkan tangannya kepada Pak Hassan dan yang lain. Langkah mereka semua dihantar melalui sorotan mata.

"Kau pekak ke? Aku suruh blah, kan?" Bantal dibaling tepat ke muka suaminya.

"Biadab sangat dah kenapa?" Marah Hazril Irfan. Bantal diletak kasar ke bawah kepala isterinya.

"Tak payah nak berlakon yang kau kisah sangat pasal aku. Stoplah... Tak payah berlakon lagi."

"Ada nampak ke abang berlakon sekarang?" Hazril Irfan mempamerkan mimik muka sememehnya di hadapan Syakilla.

Syakilla mendengus kasar. Manalah dia tahu. Lakonan suaminya nampak real. Buktinya, Hazril Irfan berjaya berlakon mencintai dirinya padahal semuanya palsu belaka.

"Kalau anak ni gugur mesti kau seronok, kan? Yalah, tak perlulah kau risau lagi. Bolehlah kau berfoya-foya dengan kekasih hati kau, kan?" Syakilla tersenyum sinis.

"Stop it, Kella..."

"Why? Pergilah kejar Mariam kau. Buat apa duduk sini? Bukan kau cakap dalam hati kau cuma ada dia sahaja ke?" Semakin galak Syakilla memanaskan hati suaminya.

Hazril Irfan tidak membalas. Tirai ditarik. Dia tidak selesa tidur sambil dipandang dek orang ramai yang turut berada di dalam wad yang sama.

"Kau dengar ke tidak?" Bengang terus Syakilla dibuatnya. Hazril Irfan sengaja mengabaikan kata-katanya.

"Sebut nama Mariam sekali lagi, di sini juga abang tuntut hak abang." Hazril Irfan menggertak. Ah, peduli apa dia. Syakilla isterinya.

Syakilla terus mengiring membelakangi suaminya. Sakitnya hati kena ugut begitu. Dah tentu dia yang salah, aku yang kena semula, gerutunya dalam hati.

Hazril Irfan menaikkan kedua-dua belah kakinya ke atas katil manakala tubuhnya masih berada di kerusi. Lagaknya persis majikan besar. Iphone dikeluarkan. Mesej yang dihantar oleh Mariam dibaca.

Hazril, tolonglah maafkan saya. Saya sanggup lakukan apa-apa sahaja asalkan awak sudi maafkan saya. - Mariam.

No, Mariam... Lupakan saya sebab saya dah bahagia dengan Kella. Sejahat-jahat saya pun saya takkan buat benda terkutuk di belakang orang yang saya sayang. Sorry, saya tak boleh bahagiakan awak. Carilah lelaki lain yang lebih layak untuk awak. - Hazril Irfan.


Hazril Irfan mendengus perlahan. Pelupuk mata diurut. Rungsing memikirkan masalahnya bersama Mariam. Dia tidak mahu memanjangkan masalah lagi. Dia mahu menjauhkan diri sekali gus melupakan perempuan itu dan membuang Mariam jauh daripada hidupnya.

"Tepi sikit. Sakit badanlah baring kat kerusi," ujar Hazril Irfan sekali gus menghimpit tubuh isterinya.

"Kau dah kenapa? Katil ni kecil, kan? Kalau sakit badan, pergilah tidur kat rumah." Syakilla membentak.

"Muat je kalau masing-masing tidur mengiring. Tak payah bagi alasan," jawab Hazril Irfan bersahaja. 

Dibaringkan tubuhnya di sebelah Syakilla. Dipaksa Syakilla agar tidur menghadapnya. Bibir basahnya singgah lama di kulit dahi isterinya. Dikucup bertalu-talu dahi licin itu. Meluahkan rasa sayangnya yang semakin bercambah untuk Syakilla.

"Selamat malam," ucapnya. Pelukan semakin dieratkan lagi.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now