HAZRIL IRFAN menguak pintu bilik kerjanya. Kelihatan satu kotak berwarna ungu sederhana kecil berada di atas mejanya. Kotak itu diambil. Ikatan reben dibuka. Terdapat satu keping surat lusuh bersama sekeping gambar. Berdegup kencang jantung dibuatnya.
Gambar Syakilla bersama seorang lelaki yang boleh tahan paras rupanya sedang duduk minum air. Kemudian, dibuka pula lipatan kertas lusuh itu. Isi kandungannya dibaca dengan perasaan yang membara.
Daripada : Syakilla Izzati binti Hassan.
Kepada : Firdaus Muhamad.Hai, assalamualaikum budak kelas sebelah.
Saya tak tahu nak cakap macam mana tapi saya beritahu ajelah, erk? Actually, saya dah lama sukakan awak sejak tingkatan tiga lagi. Tapi, awak macam tak pandang saya. Ha ha ha! Bukan nak malukan diri sendiri tapi apa salahnya perigi cari timba, kan? Saya harap awak tak gelakkan saya lah ya sebab saya beritahu awak tentang perasaan saya ni. Saya tak boleh nak simpan perasaan ni. Awak terima atau tolak saya redha. Kih kih kih! Haih, itu je nak beritahu. Lepas baca harap balas. Bye!
Usai membacanya, kertas lusuh itu dilipat dua. Tersungging senyuman sinis di bibirnya. "Apa motif kau hantar benda ni kat aku?"Firdaus berdiri di satu sudut sambil memegang penyapu. Dia tersenyum sinis sambil memerhatikan tindak-tanduk Hazril Irfan yang sedang menampar meja melalui dinding cermin bilik.
"Puas hati aku..." gumamnya.
DATO' IMRAN memandang Hazril Irfan yang sedang duduk termenung. Perbincangan yang sedang berlaku seperti tidak diendahkan sahaja. Raut wajah Hazril Irfan amat menjelaskan yang dia sedang mengawal rasa bengang di hati. Sebagai seorang ayah, dia dapat membaca reaksi anaknya itu.
"Hazril, kamu kenapa ni?" soal Dato' Imran. Lengan Hazril Irfan disentuh.
"Huh?"
"Papa tanya kamu kenapa? Sejak tadi asyik termenung. Kalau ada masalah, cakap awal-awal. Balik rumah, tenangkan fikiran. Kita ada mesyuarat penting. Janganlah jasad kat sini tapi fikiran melayang tempat lain," leter lelaki tua itu.
"Tak ada apa-apalah, papa. Teruskanlah. Hazril okey." Kedudukannya ditegakkan. Nanti-nanti sajalah dia fikirkan cara untuk membalas dendam kepada Firdaus.
SYAKILLA menghidangkan sup bebola ketam bersama sosej bakar untuk Hazril Irfan. Jam dinding dipandang sekilas. Kemudian, telinganya menangkap bunyi enjin kereta seseorang. Melebar terus senyumannya. Belum sempat dia membuka pintu, gerangan di luar terlebih dahulu membukanya.
"Abang dah balik." Syakilla terus memeluk tubuh suaminya.
"Abang tengah busuk ni." Hazril Irfan cuba melepaskan pelukan daripada Syakilla tetapi tidak berjaya.
"Tak apalah. Busuk-busuk pun tetap sayang. Meh, makan. Sayang dah siapkan sup bebola ketam dengan sosej bakar. Abang suka, kan?"
Hazril Irfan membuntuti langkah isterinya sehingga ke meja makan. Punggung dihempas berdepan dengan wanita itu. Tajam matanya merenung Syakilla yang sibuk menyendukkan sup bebola ketam ke dalam mangkuknya.
"Nah, makanlah. Sayang masak special untuk abang." Syakilla tersenyum.
"Ada letak ubat perangsang tak?" Sengaja Hazril Irfan menyindir.
Syakilla tersentak. Dia terasa hati.
"Tak payah buat muka macam tu. Abang gurau je." Hazril Irfan tersengih.
"Kalau letak pun abang tak kisah. Tak kenyang kat meja makan boleh sambung dalam bilik," sambungnya.
Syakilla menunduk merenung mangkuknya. Hazril Irfan sengaja mengingatkan semula perkara yang sudah berlalu empat bulan yang lepas.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...