BUTANG lif ditekan. Firdaus menolak masuk pembersih hempagas ke dalam perut lif. Dia perlu membersihkan bilik majikan besar. Belum sempat pintu lif tertutup, satu tangan terlebih dahulu menghalang. Terkejut terus dia dibuatnya. Dipandang sekilas Hazril Irfan yang ingin masuk ke dalam lif. Jantungnya tidak dapat berdegup dengan betul tatkala Hazril Irfan berdiri di sebelahnya.
"Isteri Encik Hazril pregnant ke?" soal Firdaus. Dia cuba untuk memberanikan diri.
"Ya, kenapa?" Hazril Irfan memandang lelaki itu bersama kerutan di dahi.
"Berapa bulan?" soal Firdaus lagi.
"Baru sebulan."
Firdaus menggebam bibir. Sudah dua hari dia tidak nampak Syakilla. Ke mana wanita itu menghilang? Jangan bilang yang Hazril Irfan mengurung teman wanitanya itu di rumah.
"Habis tu, isteri encik duduk kat rumah ke?" soal Firdaus inginkan kepastian.
"Ya." Hazril Irfan mengangguk lagi. Dalam hati sudah menyumpah seranah Firdaus kerana sibuk bertanya perihal isterinya.
"Encik yakin ke yang isteri encik tengah mengandungkan anak encik?" Sebelah kening Firdaus terangkat tinggi. Apa salahnya dicucuk sedikit jarum ke dalam rumah tangga Hazril Irfan dan Syakilla. Untung-untung dia dapat memiliki Syakilla.
Hazril Irfan terkejut. Dia memandang Firdaus, tajam. Tiba-tiba mengajukan soalan sensitif. Sesiapa pun akan terperanjat.
"Kau cakap apa ni?" soal Hazril Irfan.
"Saya bukan nak menyibuk, encik. Saya kenal siapa isteri encik tu. Dia bekas kawan sekolah saya. Waktu kat sekolah dulu, ramai lelaki angkut dia. Bagi sepuluh ringgit terus kena angkut," ujar Firdaus bersungguh-sungguh.
"Tak mustahil bila dah jadi isteri encik dia boleh berlaku curang kat belakang encik. Manalah tahu anak tu anak Encik Reza, kan? Baik Encik Hazril periksa betul-betul. Syakilla tu perempuan licik," sambungnya lagi.
Hati Hazril Irfan terbakar. Ditolak Firdaus ke dinding lif. Turun naik nafasnya menahan marah. "Kau nak cakap isteri aku tu ayam kampung ke, sial?!"
"Saya tak tuduh tapi itu realitinya. Saya bukan nak buka aib sendiri tapi saya salah seorang lelaki yang dah pernah sentuh luar dan dalam dia." Firdaus tetap mempamerkan wajah tenang walaupun dia sudah cuak melihat reaksi Hazril Irfan.
"Kau ingat aku tak kenal kau siapa, Firdaus Muhamad? Kau yang menggatal hantar mesej kat isteri aku, kan?" Hazril Irfan tersenyum sinis.
Firdaus terkedu. Dia ingin menjerat lelaki itu tetapi dia pula yang terjerat.
"For your information, dia masih dara masa aku sentuh dia. Sedih life kau. Mesti tak ada perempuan nak sampai nak usik isteri orang," Hazril Irfan tersenyum sinis. Sebaik saja pintu lif terbuka, dia terus beredar.
Buku lima dikepal kuat. Firdaus mendengus kasar apabila taktik pertama untuk memporak-perandakan hubungan pasangan suami isteri itu tidak berjaya. Dia perlu berfikir dengan lebih dalam lagi agar rancangannya berhasil. Syakilla harus menjadi miliknya.
REZA membelek-belek buku yang berjudul cara-cara untuk move on daripada pasangan kekasih. Harga yang tertampal di kulit buku tersebut dipandang sekilas. Tak adalah mahal mana. Buku itu terus dipeluk ke dada. Langkah diatur ke kaunter.
"Aduh..."
Reza menoleh ke belakang. Kelihatan seorang perempuan bertudung litup sedang terduduk di lantai sambil mengurut pergelangan kakinya.
"Eh, cik okey?" soal Reza yang turut bertinggung.
"Saya okey. Cuma terseliuh sikit," jawab wanita itu seraya mengangkat wajah. Dia terkejut.
"Awak!" Reza tergamam. Wanita itu ikut dia pulang ke Kuala Lumpurkah?
"Eh, awak buat apa kat kedai buku ni?" soal Kamalin Mastura. Perlahan-lahan dia berdiri. Tidak sangka pula mereka berdua ditakdirkan untuk berjumpa lagi.
"Saya beli buku. Jap, awak buat apa kat sini? Awak follow saya balik KL?" soal Reza tak puas hati.
Kamalin Mastura tercengang. Gila apa aku nak ikut dia balik Kuala Lumpur? Perasan betul mamat ni. Gerutu hatinya.
"Saya pun nak beli buku dan saya tak follow awak pun, Encik Reza. Rumah ibu dengan ayah saya memang kat Kuala Lumpur. Saya balik sini seminggu sebab anak-anak saya rindu kat nenek dan atuk mereka," jelasnya.
"Yalah tu... Cakap ajelah yang awak memang sengaja follow saya. Awak suka saya, ya?" Reza mula serkap jarang.
"Awak dah terlebih perasan ni. Saya tak minat dengan lelaki yang lebih muda daripada saya. Sorry?" Kamalin Mastura mencerlung lelaki itu.
Reza mencebik. Niat ingin membantu dikuburkan begitu sahaja. Malas dia hendak melayan wanita yang menjengkelkan itu. Tambahan pula, dia bukan kenal sangat siapa Kamalin Mastura.
"Pandai-pandailah jalan sendiri ya, Puan Kamalin. I got to go," ujar Reza sebelum menjauhi Kamalin Mastura.
Kamalin Mastura melongo. Kejam betul dia. Bukan nak tolong. Bisik hati kecilnya. Terhincut-hincut dia berjalan ke rak yang menempatkan novel-novel Melayu. Lantai pun satu hal. Licin!
HAZRIL IRFAN mencampak kot hitamnya ke atas sofa. Kata-kata Firdaus pagi tadi masih segar di dalam ingatan. Hatinya masih terasa panas. Kalau ikutkan hati, ingin saja dia singkirkan Firdaus dari syarikat bapanya.
Tapi...
Dia tidak mahu bertindak seperti budak kecil. Jika dia berbuat sedemikian, nampak sangatlah dia pengecut. Lebih baik berhadapan sahaja dengan lelaki itu.
"Eh, abang dah balik?" Syakilla terkocoh-kocoh mendapatkan suaminya. Tangan Hazril Irfan dikucup.
"Tak suka ke abang balik?" tanya Hazril Irfan sekadar menduga.
"Mana ada tak suka. Abang tinggalkan sayang dua minit pun sayang dah rindu. Abang masuk toilet pun sayang dah rindu," ujar Syakilla.
Hazril Irfan mencebik. Over betul jawapan isterinya itu. Geli-geleman dia mendengarnya.
"Rindu sayang tak?" soal Syakilla. Pinggang Hazril Irfan dipeluk agak kuat.
"Rindu," jawab Hazril Irfan, senada.
"Rindu banyak ke rindu sikit?"
"Tak terkira."
Syakilla mengukir senyuman lebar. Pandai pun suaminya memilih jawapan. Disembamkan mukanya ke dada bidang Hazril Irfan. Haruman maskulin Hazril Irfan dihidu dalam-dalam.
"Manja semacam ni mesti nak sesuatu, kan?" tebak Hazril Irfan. Faham sangat dah dengan kelakuan isterinya.
"Macam tahu-tahu je." Syakilla tersengih lagi.
"Nak apa?" Hazril Irfan memaut lembut kedua-dua belah bahu isterinya. Dipandang wajah isterinya tanpa berkelip.
"Sayang teringin nak makan chicken chop dengan spaghetti chicken carbonara," jelas Syakilla.
Hazril Irfan mengangguk. Jam tangan dikerling sekilas.
"Nak ikut ke?" soalnya.
"Tak naklah. Sayang duduk rumah. Abang belikan," balas Syakilla.
"Yalah, abang keluar dulu. Nak apa-apa lagi tak selain dua makanan tu?"
Syakilla menggeleng. Langkah suaminya dihantar sehingga ke muka pintu. Sebaik saja Hazril Irfan memboloskan tubuh ke dalam perut kereta Porsche, terus Syakilla menutup pintu.
Sementara menunggu kepulangan suaminya, Syakilla menghempas punggung di sofa sambil membelek-belek akaun Facebook.
Tiba-tiba, terkeluar satu notifikasi di mana pihak Facebook menyambut ulang tahun persahabatan antara Mariam bersama Hazril Irfan. Notifikasi itu sengaja disematkan oleh Mariam. Jawapannya, Syakilla turut menerima notifikasi tersebut.
Darahnya menderau. Dia berasa marah. Dia mahu dapatkan kepastian mengapa Mariam menyematkan notifikasi tersebut dan berkongsi semula di akaun Facebook miliknya. Perempuan itu masih belum move on? Telefon dicengkam kuat.
Hatinya sakit!
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...