Bab 44

25.9K 625 45
                                    

HAZRIL IRFAN menghenyak tubuh di sebelah Syakilla. Diperhatikan saja Suakilla yang sibuk berswafoto dengan telefon baharu. Sebelah lengannya menjadi bantal di kepalanya. Matanya dipejamkan.

"Abang, meh sini." Syakilla menarik lengan suaminya supaya mendekat.

"Kenapa?" soal Hazril Irfan. Mata yang dah terpejam tadi celik semula ketika terasa sentuhan tangan Syakilla di lengannya.

"Jom, ambil gambar." Syakilla menyerahkan telefonnya kepada Hazril Irfan.

Hazril Irfan menggeleng tidak mahu.

"Ala, jomlah." Syakilla merengek. Laman Instagramnya sudah berhabuk kerana tiada gambar baharu.

"Abang penatlah, sayang."

"Ala, sekejap je. Please?"

Hazril Irfan akur. Didekatkan kepalanya dengan kepala Syakilla. Lengannya naik melingkar dada isterinya.

"Tak nak style ni. Dah biasa." Syakilla menepis lembut tangan suaminya.

"Habis tu?" soal Hazril Irfan.

"Abang ciumlah perut sayang. Lepas tu, snaplah gambar. Dalam sini, kan ada anak abang," terang Syakilla.

Hazril Irfan akur. Dilekapkan dua ulas bibirnya ke atas perut Syakilla. Sebelah tangan memegang kamera. Beberapa keping gambar diambil.

"Okey, dah." Hazril Irfan menyerahkan semula telefon pintar itu kepada empunyanya.

"Belum lagi. Nak satu lagi tapi style lain." Pinta Syakilla lagi.

"Style apa pulak kali ni? Style anjing mengawan?" Sindir Hazril Irfan. Matanya dijulingkan ke atas.

Pap!

Syakilla menampar lengan suaminya. Suka hati saja nak cakap begitu. Malu dia dibuatnya.

"Kiss sini..." Syakilla menyentuh bibirnya.

"Tak payahlah. Nanti sayang share kat mana-mana pulak."

"Ala, cepatlah."

"Tak nak."

"Cepatlah, abang."

Hazril Irfan menggeleng tidak mahu.

"Kalau dengan Rez..."

Mati terus ayat Syakilla apabila bibir Hazril Irfan melekap di bibirnya. Tangan suaminya pula merayau-rayau di pinggangnya.

Syakilla melepaskan tautan bibir mereka berdua. Tangan Hazril Irfan yang ingin mengusap pahanya ditepis.

"Cium ajelah. Tangan tu duduk diam-diam," omelnya. Beberapa keping gambar diambil. Dia tersenyum lebar.

Hazril Irfan mencebik.

"Terima kasih, abang." Syakilla mengucup sekilas batang hidung suaminya.

Laman Instagram dibuka. Beberapa keping gambar yang diambil sebentar tadi dimasukkan ke dalam Instagramnya. Syakilla tersengih sewaktu menaip 'keterangan' di bawah gambar-gambar itu.

@syakilla_hazril : Momma and dadda to be, soon! Special night with my beloved husband. #onemonthpreggy

Beberapa minit kemudian, gambar itu mula dibanjiri dengan komen yang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Kebanyakan komen itu datang daripada bekas rakan sekolahnya dahulu.

Syakilla tersenyum kemudian membalas satu persatu komen yang ditinggalkan oleh mereka. Sehinggalah, jari-jemarinya berhenti menaip setelah membaca satu komen.

@mariam191 : Tahniah. Aku harap anak yang bakal lahir tu tak ikut perangai mak dia.

Terbakar terus hati Syakilla dibuatnya. Dia tidak tahu apa motif Mariam berkata sedemikian. Akaun baharu sahabatnya itu disekat. Komen yang diberikan oleh Mariam dipadam.

"Tidur, sayang." Hazril Irfan merampas telefon isterinya. Sakit hati pulak dia melihat Syakilla asyik menghadap telefon.

"Abang ni... Sayang baru nak reply komen orang-orang yang ucapkan tahniah kat kita berdua." Syakilla merengek.

"Esok-esoklah balas. Sekarang, tidur. Dah malam."

"Ala, sayang tak mengantuk lagi."

"Then, biar abang buat sayang mengantuk." Hazril Irfan terus menindih tubuh kecil isterinya. Leher jinjang Syakilla dikucup bertalu-talu.

Syakilla terkekeh-kekeh kerana geli menerima kucupan itu. Dilingkarkan tangannya ke leher Hazril Irfan. Dilekapkan bibirnya ke bibir suaminya.

"Nak sayang malam ni, boleh?" soal Hazril Irfan dengan suara huskynya.

"Ambil lah," balas Syakilla bersahaja.

Hazril Irfan tersenyum lebar. Walaupun Syakilla sedang mengandung tetapi nakal wanita itu tetap tidak berubah. Syakilla suka menyeksa batinnya.

"May I?" soal Hazril Irfan.

"I'm yours."

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now