Bab 63

33.5K 707 61
                                    

REZA memberanikan diri untuk menyentuh tangan Kamalin Mastura. Tidak lama lagi mereka akan bertunang memandangkan keluarga masing-masing sudah bersetuju. Anak-anak kepada wanita itu pun menyukainya. Senanglah dia selepas nikah nanti. Tak payahlah nak bersusah payah ambil hati si anak tiri.

"Dulu saya pernah benci dekat ayah saya," ujar Reza ingin membuka kisah lama. Sekadar berkongsi cerita.

"Sebab apa?" soal Kamalin Mastura. Genggaman tangan semakin dieratkan. Mereka beriringan menghirup udara tepi pantai.

"Sebab ayah kahwin lagi satu tapi tak beritahu kat arwah emak saya. Masa tu saya fikir semua emak tiri jahat," jawabnya.

Kamalin Mastura tidak membalas. Dia ingin menjadi pendengar setia lelaki itu. Kedudukan tudung yang ditampar angin dibetul-betulkan sedikit.

"Saya sakit hati sangat. Yalah, anak mana yang suka ada dua emak, kan? Bila mak saya meninggal dunia saya terus lari pergi Kuala Lumpur. Saya duduk dengan adik emak saya. Lepas tu, mak cik saya pulak meninggal dunia sebab overdose dadah. Saya terus stay Kuala Lumpur. Sambung belajar kat sana ambil jurusan accounting and management. Di sana saya kenal dengan kawan saya, Hazril Irfan. Dia banyak tolong saya. Tapi itulah, hubungan kami sekarang tak elok sebab perempuan

"Ayah selalu call and pujuk saya supaya maafkan dia dan terima ibu tiri saya tu. Saya lembut hati tengok layanan ibu tiri saya sama macam arwah mak saya. Lagipun, saya tak boleh benci ayah saya lama-lama. Dia ayah kandung saya. Semakin lama saya semakin faham kat satu situasi di mana kita tak boleh judge seseorang tu tak baik kalau kita tak kenal dia. Bila saya semakin kenal dengan ibu tiri saya tu, saya semakin selesa. Lama-lama saya boleh terima dia sebagai pengganti arwah mak saya. Now, dia dah macam ibu kandung saya sendiri. Tempat saya mengadu, tempat saya bermanja. Bagi awak, saya jahat tak?" Reza menjatuhkan pandangannya ke raut wajah jelita itu.

Kamalin Mastura tersenyum saja mendengar lelaki itu bercerita. Dia sendiri tak boleh mentafsir sama ada Reza salah ataupun tidak. Jika dia berada di tempat Reza pun, dia akan ambil masa untuk menyesuaikan diri dalam situasi baharu.

"Awak tak jahat cuma nakal agaknya." Kamalin Mastura tergelak kecil.

"Yakah? Nakal macam mana tu?" Reza tersengih gatal.

Kamalin Mastura membisu. Dia mengerti apa yang cuba dimaksudkan oleh bakal tunangnya itu. Kepala digelengkan.

"Jomlah, kita balik. Esok awak nak drive ke KL. Nanti tak cukup rehat pulak. Saya kasihankan awak. Sanggup datang sini jumpa saya," dalih Kamalin Mastura.

"Hmm, okey." Reza mengangguk.

MAK Jah berlari anak ke rumah Mak Timah. Payung yang berada di tangan ditutup kasar. Berombak kencang dadanya menahan marah. Kelihatan motosikal cabuk yang ditunggang oleh Hadiff masih tiada di hadapan rumah. Dia melirik sekilas memandang kereta mewah yang terparkir.

"Timah! Timah! Kau keluar sekarang!" jerit Mak Jah. Macam nak keluar anak tekak dibuatnya.

"Timah! Keluar!" jeritnya lagi.

Pak Hassan terus membuka pintu sebaik saja mendengar suara seseorang sedang menjerit memanggil-manggil nama isterinya.

"Ada apa kau datang ni, Jah?" soal Pak Hassan. Yusman dan Mak Timah turut berdiri di sebelahnya.

"Kau ingat aku nak datang rumah buruk ni ke kalau anak saudara kau tak buat hal!" tengking Mak Jah.

Syakilla terkocoh-kocoh ke muka pintu. Tangan disilangkan ke dada. Ah, orang tua ini lagi. Gerutu hatinya. Tidak lama kemudian, suaminya pula sibuk menyelit.

"Apa anak saudara aku buat?" soal Mak Timah. Bingung. Rasanya dia cuma suruh Hadiff keluar membeli lengkuas.

"Anak saudara kau tu gatal. Dia pergi raba punggung aku," adu Mak Jah.

Mak Timah dan Pak Hassan saling berpandangan sesama sendiri. Mustahil Hadiff berkelakuan seperti itu.

"Kau biar betul, Jah?" soal Mak Timah.

"Kau ada nampak muka aku ni macam tengah menipu ke?!" Herdik Mak Jah.

Hadiff melajukan motosikal sebaik saja dia melihat Mak Jah sedang menyerang ibu saudaranya. Dia terus brek secara mengejut. Enjin motosikal dimatikan.

"Dah balik pun."

Hadiff merapati Pak Hassan. Dia berdiri betul-betul di sebelah Pak Hassan. Keningnya saling bertaut memandang Mak Jah dan Pak Hassan silih berganti.

"Kenapa ni, pak su?" soalnya.

"Mak Jah cakap kamu raba punggung dia. Betul ke?" soal Pak Hassan.

Hadiff tercengang. "Bila masa pulak?"

"Kau jangan nak buat-buat tak tahu. Tadi bukan main seronok kau raba punggung aku. Mak dengan ayah kau tak ajar adab ke apa?" Marah wanita tua bersanggul tinggi itu.

"Eh, mak cik. Tak payahlah nak libatkan mak ayah orang!" Suara Syakilla melengking tinggi. Sakit hatinya melihat wanita tua tidak sedar diri itu memarahi sepupu kesayangannya.

"Kau diam perempuan sundal!"

Pak Hassan terkejut mendengar anak perempuannya digelar sebegitu. Dia melangkah setapak mendekati Mak Jah. Kemudian, dipandang pula wajah anak saudaranya.

"Oh, ini pasal kat kedai runcit tadi lah? Cerita dia macam ni, pak su. Hadiff nak ambil lengkuas. Lepas tu, Mak Jah ni orang dah suruh dia ke tepi dia tak nak. Hadiff pun rempuh ajelah. Sebab lengkuas tu dah dipindahkan tempat kat tempat yang agak sempit. Pak su tengoklah badan Mak Jah ni. Besar, kan? Tangan Hadiff tak sengaja tersentuh punggung dia sebab dah berhimpit-himpit macam tu. Bontot dia tu besar sangat," jelas Hadiff berjela-jela.

"Betul, Jah?" soal Pak Hassan.

Mak Jah diam tidak berkutik.

"Betul, Jah?" sekali lagi Pak Hassan menyoal Mak Jah yang tiba-tiba diam.

"Mak Jah ingat saya berselera ke tengok Mak Jah? Cita rasa saya awek cina. Setakat Mak Jah ni buat jadi bibik bolehlah." Tambah Hadiff.

Mak Jah mendengus kasar. Payung dibuka. Tanpa salam atau apa, dia terus berlalu pergi. Tergelek-gelek punggung besar itu mengikut rentak pergerakannya.

"Nah, mak su. Lengkuas yang mak su minta." Hadiff menyerahkan bungkusan itu kepada Mak Timah.

"Sesuai betul gelaran wartawan kampung tu untuk dia. Benda kecil pun nak kecoh," gumam Yusman. 

Syakilla mengatur langkah mendekati Hadiff. Pandangan tajam Hazril Irfan tidak dihiraukan langsung. Didekatkan sedikit bibirnya ke telinga sepupunya. 

"Lembut tak bontot dia?" soal Syakilla sebelum menghamburkan gelak mewah.

"Bodoh!" Kepala Syakilla ditunjal. Hadiff turut tergelak sama.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now