Bab 50

32.6K 602 69
                                    

KAMALIN Mastura memandang kosong skrin telefonnya yang dah gelap. Dari tadi dia tunggu bakal suami pilihan bapanya itu mesej. Setengah jam juga dia menunggu tapi, satu mesej pun tak masuk.

Malas nak menunggu lagi, diletakkan telefon pintarnya ke atas meja. Baru nak angkat punggung, telefonnya berbunyi. Skrin telefon yang tadinya gelap mula memaparkan notifikasi WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali.

Salam yang diberikan oleh pemilik nombor itu membuatkan jantung Kamalin Mastura berdebar-debar. Walau bagaimanapun, diberanikan juga dirinya menyahut salam tersebut. Ligat jari-jemarinya menari-nari di atas dada keypad.

Si pemilik nombor mula menyoal namanya. Kamalin Mastura hanya memberitahu nama timangannya sahaja, iaitu Lin. Tak payahlah over sangat nak bagi nama penuh. Kalau tak jadi nanti buat malu aje!

Tidak mahu tinggal diam, disoal pula nama pemilik nombor telefon yang tidak dikenali itu. Bibir dikebam. Butang send ditekan.

Nama saya Reza. - Unknown.


Tercampak terus telefon di tangan Kamalin Mastura. Jantungnya mengepam laju. Nama yang sungguh familiar. Sabar, Kamalin, sabar. Ramai lagi nama Reza dalam dunia ni bukannya mamat tu sorang aje ada nama Reza, desis hati kecilnya. Telefonnya dipegang semula.

Nafas berat dihela. "Kenapa hati aku rasa tak tenang, ya?"

Tidak mahu melayan perasaan lagi, Kamalin Mastura terus menghantar emoji 'okey' sebagai penutup chattingnya.


USIA perkahwinan di antara Hazril Irfan dan Syakilla telah pun mencecah lapan bulan. Kandungan Syakilla juga tidak lama lagi akan masuk enam bulan. Perut Syakilla kelihatan comel sahaja.

Sejak dari peristiwa di mana Firdaus menyentuh isterinya, Hazril Irfan terus menjadi seorang yang 'over protective'. Ke mana Syakilla pergi mesti dia akan ambil tahu. Bukan setakat itu sahaja, setiap gerak-geri Syakilla akan dikawal.

"Hah, nak pergi mana?" soalnya sebaik saja Syakilla berdiri.

"Dapur," jawab Syakilla.

Hazril Irfan diam. Dihantar langkah isterinya melalui sorotan mata. Iphone dicapai. Laman Instagram dibelek-belek. Akaun Syakilla dicari. Gambar yang baru sahaja dimuat naik oleh isterinya ditatap. Bahagian komen ditekan.

@rashid.khan : You're so pretty. Give me your phone number, please?

hazrilirfan.gg replied : She is my wife. Motherfucker! Don't ask her number.

Hazril Irfan terus menutup Iphonenya. Sakit hati. Geram dengan sikap segelintir kaumnya yang suka mengusik isteri orang sedangkan masih ramai lagi wanita single di luar sana.

Langkah diatur ke dapur. Kelihatan Syakilla sedang seronok menjamah kek cheese leleh yang dibelinya semalam. Tajam matanya merenung wajah toya isterinya.

"Kenapa tak block Rashid Khan tu?" soalnya, menahan geram. Terkena tempat dia, bukan main mengamuk sakan lagi puan isteri.

"Ah, sudah. Rashid Khan mana pulak?" Tunak mata Syakilla menatap ke dalam mata Hazril Irfan. Pelik-pelik ajelah suaminya ni.

"Tak tahu atau buat-buat tak tahu?"

"Terkena tempat abang semua nak disekat. Sayang tak apa pulak," sambung Hazril Irfan dengan hati yang dah mendongkol geram.

Syakilla menjulingkan matanya ke atas. Kek disimpan semula ke dalam peti sejuk. Dia terus menghempas punggung di meja makan. Perut yang membuncit ke hadapan itu diusap dengan penuh kasih. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi bayi ini bakal lahir menatap dunia.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now