Bab 60

40.5K 706 80
                                    

HAZRIL IRFAN mengekori langkah Syakilla dari belakang. Selepas meluahkan perasaan di Dataran Tanjung Emas, sempatlah dia bawa Syakilla pusing-pusing di sekitar bandar Muar. Walapun Syakilla tak suka tetapi dia tak ambil kisah lagsung. Asalkan dia dapat meluangkan masa bersama-sama dengan Syakilla pun dia dah bahagia.

Dengan lagak sopannya dilabuhkan punggungnya di sebelah Yusman. Takkanlah nak buat muka sememeh di depan keluarga isterinya. Kenalah maniskan muka sikit.

"Pergi mana tadi?" soal Pak Hassan kepada menantunya.

"Oh, jalan-jalan sekejap. Sambil-sambil tu bincang pasal masalah kami," balas Hazril Irfan. Kaki disilangkan persis majikan besar.

Syakilla mencerlung suaminya. Boleh pula Hazril Irfan duduk santai persis bos-bos besar setelah mengheretnya ke sana ke sini. Pergelangan tangannya pun dah naik lebam kerana dicengkam dengan terlalu kuat.

"Oh, yalah. Habis tu, macam mana? Dah selesai ke belum masalah rumah tangga kamu berdua tu?" soal Pak Hassan. Kalau boleh dia nak anak menantunya berbaik-baik semula. Tak cantiklah kalau disebabkan hal kecil pun nak bergaduh.

"Belum selesai dan tak akan selesai!" Syakilla memintas laju.

"Tak baik layan suami macam tu. Lumrah rumah tangga bergoyah. Kamu berdua kena bijak selesaikan masalah. Takkan disebabkan ayam golek nak masam muka dengan suami?" tegur Pak Hassan yang lebih memihak kepada menantunya.

Melongo terus Syakilla dibuatnya. Bukan pasal ayam golek, abah. Dia curang dengan Killa. Dia tipu! Dia tak ikhlas sayangkan anak abah! Malangnya... Kata-kata itu hanya mampu terluah di dalam hatinya sahaja.

Hadiff dan Yusman hanya jadi pemerhati. Sikit pun mereka tak masuk campur di dalam masalah rumah tangga pasangan suami isteri itu.

"Habis tu, macam mana sekarang?" Yusman mencelah. Kali ini barulah dijalankan tanggungjawabnya sebagai seorang abang.

"Saya akan duduk di sini sampai Kella sendiri yang nak balik ke rumah saya," jawab Hazril Irfan dengan penuh yakin.

Aku tak nak dan tak akan balik rumah kau lagi. Kau dah kecewakan aku. Syakilla membentak di dalam hati.

"Kamu ni biar betul, Hazril?" soal Mak Timah seakan-akan tidak percaya.

"Ya, betul. Kenapa, mak?"

"Rumah kami ni tak mewah macam rumah kamu. Makanan kat sini pun tak sesedap makanan kat rumah kamu. Sudi ke kamu nak duduk sini?"

"Tempat seorang isteri, kan di sisi suami?" Tenang Hazril Irfan membalas. Wajah Syakilla dipandang. Matanya dikenyitkan. Menggoda!

Panas hati Syakilla apabila suaminya membuat keputusan begitu. Nampak gayanya hari-hari dia akan makan hati berulamkan jantung gamaknya. Niatnya ingin menjauhkan diri demi mencari ketenangan hati. Namun, semuanya musnah apabila Hazril Irfan hadir ingin membawanya pergi.

"Rumah aku ni macam reban ayam. Kau tak layak duduk sini. Kau sesuai duduk kat rumah macam istana," sindir Syakilla.

"Killa!"

"Tak apa, abah. Hazril tak ambil hati pun." Disentuh paha Pak Hassan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil.

Syakilla menghentak-hentakkan kakinya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Semakin lama dia memandang Hazril Irfan, semakin sakitlah hatinya nanti. Abah pun sama. Sibuk sangat bela menantu hantu dia tu!

Dua jam duduk berbual-bual di ruang tamu, Hazril Irfan minta diri untuk masuk tidur. Tangan Pak Hassan dan Mak Timah dikucup. Sempat dikerling Hadiff yang sedang mengunyah rempeyek. Tidak akan dibenarkan lagi Hadiff rapat-rapat dengan Syakilla. 

Pintu bilik dikuak. Kelihatan Syakilla sedang duduk bersandar di kepala katil bujang. Tersungging senyuman di bibirnya.

"Kau nak apa masuk bilik aku?" soal Syakilla sebaik saja matanya tajam menikam anak mata suaminya. Telefon di tangan diletakkan ke tepi.

"Nak tidur," jawab Hazril Irfan.

"Siapa yang bagi permission dekat kau untuk masuk dalam bilik aku?" soal Syakilla lagi.

"Abah yang suruh. Ada masalah?" Dengan lagak angkuhnya Hazril Irfan menyilangkan tangannya ke dada.

"Kau tidur kat bawah. Jangan naik atas katil. Aku tak nak tidur satu katil dengan kau," ujar Syakilla. Sebiji bantal dicampak tepat terkena dada suaminya.

Hazril Irfan mencebik. Eh, memang taklah dia nak dengar cakap Syakilla. Dia tu suami. Dia boleh buat apa sahaja yang dia mahukan.

"Jangan harap!"

Membuntang mata Syakilla apabila tubuh tegap Hazril Irfan menghimpit tubuhnya di atas katil. Berkali-kali dia cuba menolak badan suaminya tapi, kudratnya sebagai seorang wanita tak setanding kudrat lelaki.

"Sanalah! Kau ni tak faham bahasa ke aku cakap aku tak nak tidur sekatil dengan kau!" Herdik Syakilla. Nada suaranya dikawal sedikit. Gusar kalau-kalau Mak Timah dan Pak Hassan dengar.

Hazril Irfan memekakkan telinganya. Dipusingkan tubuhnya menghadap Syakilla. Terpaksalah dia mengiringkan tubuh untuk memastikan katil itu mampu menampung dua beban.

"Sanalah..."

"Tidur ajelah berdua. Badan sayang bukan besar pun. Muat tidur berdua," balas Hazril Irfan bersahaja.

"Tak payah nak bersayang-sayang dengan aku. Jijik! Pergilah bersayang-sayang dengan Mariam kau sana!" Herdik Syakilla lagi.

"Buat apa nak bersayang-sayang dengan perempuan lain kalau dah ada bini depan mata, kan?" Pipi Syakilla dikucup pantas.

"Apa kau buat!" Syakilla mula naik hantu. Pipinya yang menjadi tempat bibir Hazril Irfan mendarat dikesat-kesat menggunakan selimut. Najis!

"Cium pipi sayang." Hazril Irfan tersengih.

"Kau boleh buat macam tak ada apa berlaku antara kita, erk? Kau sedar tak apa yang kau dah buat?" Tajam mata Syakilla merenung suaminya.

Hazril Irfan mengangguk. Kelopak mata ditutup rapat. Malas mahu mendengar bebelan tidak berfaedah isterinya.

"Kau dah hancurkan hati aku. Kau cakap kau nak balas cinta aku tapi kau pura-pura selama ni. Then, kau boleh buat tak tahu dengan benda tu semua? Aku bukan anak patung, Hazril!" 

"Abang tak cakap pun sayang tu anak patung. Manusia buat silap. Maafkan abang sudahlah. Bukan rugi pun. Lainlah kalau abang dah buat benda terkutuk tu dengan Mariam. Abang tak ada buat apa-apa pun," balas Hazril Irfan.

"Kau cakap senanglah. Bukan kau yang rasa sakit tu tapi, aku yang rasa."

"Siapa suruh sayang ingat. Forgive and forget. Simple!"

Terbakar terus hati Syakilla dibuatnya. Memaafkan dan melupakan? Mudah sungguh suaminya bercakap. Sehingga kini pun dia masih rasa sakit lagi. Kesan yang ditinggalkan oleh Hazril Irfan terlalu dalam.

"Macam mana kalau aku yang curang belakang kau? Boleh ke aku cakap macam tu?" Syakilla menduga.

Hazril Irfan membisu. Bantal Syakilla dicapai dan ditarik ke dalam pelukannya. Dibiarkan Syakilla terkumat-kamit seorang diri. Esok lusa nanti okeylah isterinya tu.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now