BUNYI paluan kompang semakin menghangatkan lagi majlis persandingan pasangan mempelai yang kelihatan sungguh sejoli. Busana merah yang dikenakan pada tubuh menampakkan pengantin wanita kelihatan anggun berseri. Ditambah pula dengan tema pelamin yang kelihatan menggoda. Tema merah putih diambil sempena majlis persandingan pasangan itu.
"Tahniah. Kahwin juga kau akhirnya," usik Hazril Irfan kemudian tangan sahabatnya disalam.
"Terima kasih. Next, your turn." Reza tersengih. Ditarik Hazril Irfan naik ke atas pelamin.
"Kella, naiklah sekali." Reza memanggil.
Syakilla akur. Dia berdiri di sebelah Kamalin Mastura yang kelihatan anggun berseri. Sebelah tangannya mengkendong Affan Mikdam manakala sebelah tangan lagi bersalaman dengan Kamalin Mastura.
"Jay, ambil gambar. Banyak sikit," arah Reza kepada jurugambar yang ditempah khas untuk majlis pernikahan dan persandingannya.
Lelaki yang digelar sebagai Jay itu mula beraksi. Sekejap berdiri, sekejap meninggung untuk mengambil gambar yang menghasilkan kualiti yang menarik. Sekilas, matanya melirik memandang Syakilla. Kening nipis itu saling berkerut.
"Padan muka kau. Lain kali buat bising lagi," ujar lelaki yang memakai cermin mata bulat di dalam kelas itu. Puas hatinya dapat menulis nama gadis bermulut kepoh itu.
"Kau buat bising tak apa pulak? Geng-geng kau buat bising kau tak tulis nama pun," bentak si gadis tanda tidak puas hati.
"Biarlah. Aku ketua kelas. Kau bukan ada apa-apa jawatan pun." Si lelaki menjawab dengan sungguh angkuh.
"Syakilla, kan?" soal Jay setelah menyelesaikan tugasnya. Dia menapak mendekati Syakilla yang kelihatan sungguh anggun. Syakilla tak selekeh lagi seperti zaman sekolahnya dulu.
Syakilla membetulkan sedikit kedudukan kebaya moden berwarna hijau daun pisang yang tersarung di tubuhnya. Lama matanya memandang Jay seolah-olah cuba mengingat sesuatu.
Hazril Irfan panas hati. Bahkan di majlis persandingan sahabatnya sendiri pun masih ada lelaki gatal yang mahu merampas isteri orang. Dia terus berdiri di sebelah Syakilla. Tajam matanya merenung jurugambar itu.
"Kau tak ingat aku ke?" soal Jay.
"You siapa?" soal Syakilla pula.
"Ahmad Jaya Aliff? Kenal? Ketua kelas yang selalu tulis nama kau lepas tu bagi kat cikgu. Ingat tak?" Bersungguh-sungguh Jay memperkenalkan diri. Hazril Irfan dibuat tidak wujud.
Syakilla diam sejenak sebelum mulutnya melopong. Wah, hidup lagi rupanya ketua kelasnya yang berat sebelah ini.
"Ingat...Ingat..." Syakilla terus tergelak.
"Wah, kau nampak berbeza sangat. Raut wajah kau daripada zaman sekolah tak ada berubah sangat tapi kau nampak cerah sikit lepas tu kulit muka kau dah bersih. Mesti Daus ternganga sebab tinggalkan kau," ujar Jay bersahaja.
"Well, manusia berubah dan cinta pun boleh mengubah manusia," jawab Syakilla sambil tersenyum manis.
"Baby comel ni, siapa? Adik kau, erk?" Kali ini tangan Jay naik menyentuh pipi tembam anak kecil yang dikendong oleh Syakilla.
Bila-bila masa saja gas petroleum boleh meletup. Hazril Irfan terus merangkul pinggang isterinya. Kuat. Dia nampak wajah Jay agak berubah. Ah, peduli apa dia. Siapa suruh menggatal dengan hak miliknya.
"Err, kenalkan. Hazril Irfan. Suami aku." Syakilla terkulat-kulat. Tahulah dia suaminya tengah tahan marah.
"Eh, serius ke?" Jay terkejut.
"Ya. Kenapa?"
"Fuh, dah cantik dapat orang kaya terus. Gila ah. Salute dengan kau!" Jay tergelak tetapi dihulurkan juga tangannya kepada Hazril Irfan.
Syakilla tersenyum kecil. Nampak sangat Jay tidak tahu berkaitan gambar viralnya bersama Hazril Irfan.
"Ini pulak anak aku. Anak sulung kami. Nama dia Affan Mikdam." Syakilla bersuara lagi.
"Dah ada anak pulak tu. Wah, salutelah dengan kau. Tahniah, Syakilla. Tak jemput aku pun." Jay tersengih.
"Nanti datanglah majlis sanding kami. Jadi photographer. Aku bayar dua kali ganda. Macam mana?" Hazril Irfan mencelah. Perkataan photographer dikuatkan sedikit.
"Bila tu?" soal Jay tidak sabar.
"Dua bulan lagi." Hazril Irfan menjawab dengan lebih pantas.
Syakilla membisu.
"Oh, yalah. Apa-apa nanti roger. Aku pergi dulu. Nak selesaikan kerja," pamit Jay.
Syakilla mengangguk. Sebaik saja langkah Jay menjauh, lengannya terus ditarik oleh Hazril Irfan menuju ke tempat yang agak lapang dan tidak sesak dek tetamu yang hadir.
"Siapa lelaki tu?" soal Hazril Irfan. Wajahnya keras tanpa sebarang senyuman.
"Kawan sekolah," balas Syakilla.
"Boleh tak kalau tak payah gedik-gedik nak layan lelaki lain? Abang tak suka tahu tak." Bentak Hazril Irfan.
"Habis tu, dah orang tegur takkan sayang nak buat don't know? Nanti orang cakap sombong pulak," bidas Syakilla.
"Buat tak tahu sudahlah. Hesy! Tak ada moodlah macam ni." Hazril Irfan terus mangayun langkahnya ke meja makan. Dibiarkan Syakilla seorang diri di belakangnya.
Syakilla terdiam. Satu keluhan dilepaskan. Langkah suaminya diekori. Di majlis persandingan orang pun Hazril Irfan masih lagi nak buat perangai. Diletakkan Affan Mikdam ke atas riba Hazril Irfan.
"Abang duduklah. Biar sayang ambilkan makanan sekejap." Lembut Syakilla menuturkan ayatnya.
Hazril Irfan tidak membalas. Wajahnya tegang. Tangan kecil anak lelakinya digenggam lembut.
"Janganlah buat perangai kat majlis orang. Okey, sayang minta maaf." Syakilla berbisik di tepi telinga suaminya.
"Minta maaf tapi melayan jugak," gumam Hazril Irfan.
"Lepas ni tak layan dah. Janji." Jari kelingking suaminya ditaut.
Hazril Irfan masih lagi meneruskan rajuknya. Raut wajah paling ketat dipamerkan. Tidak diendahkan langsung satu dua mulut yang sedang mengumpat tentangnya bersama Syakilla.
"Malam ni malam Jumaat. Tak nak malam Jumaat ke? Merajuklah sampai esok." Syakilla mula mengugut. Dia tahu suaminya memang lemah kalau dikaitkan perihal 'malam Jumaat'.
Dasar lelaki!
Hazril Irfan terbatuk kecil. Sebaris senyuman terukir di dua ulas bibirnya. "Mana ada abang merajuk. Nampak ni abang senyum?"
"Kan bagus macam tu. Benda kecil pun nak merajuk. Mikdam pun tak mengada-ada macam bapak dia," gerutu Syakilla.
Hazril Irfan mencebik. Langkah Syakilla yang semakin menjauh dihantar melalui sorotan mata. Diletakkan jari telunjuknya ke atas telapak tangan anaknya. Affan Mikdam terus menggenggam kemas jari telunjuknya.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...