Bab 55

34.5K 680 150
                                    

SYAKILLA berpimpin tangan dengan suaminya yang hanya berpakaian casual. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kedai yang menjual barang-barang kemas.

Kalau ikutkan hati, dia tak mahu pun membeli kerana dia tidak berapa gemar memakai barang-barang seperti itu tapi, Hazril Irfan seboleh-bolehnya mendesak. Kalau orang dah baik hati nak belanja, dia pun terbuka hati untuk menerima.

"Pilihlah sayang nak gelang mana satu," Hazril Irfan menarik lengan isterinya supaya mendekat.

"Kenapa tiba-tiba nak belikan sayang gelang pulak? Sayang tak suka pakai barang kemas sangat. Nanti kena ragut," ujar Syakilla kurang senang. Dia tidak suka. Rimas!

"Haih! Banyak bunyi pulak. Abang yang bayar, kan? Pilih ajelah." Hazril Irfan mendengus geram. Orang dah baik hati nak belanja pun Syakilla tak nak terima lagi.

"Sayang ajak abang shopping barang baby bukan beli benda alah ni." Syakilla membindas. Wajahnya masam mencuka menahan marah.

Hazril Irfan tidak menghiraukan rengeken itu. Dia kembali memandang ke hadapan. Gelang emas yang menarik perhatiannya dipilih. Tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Sesuai jika dipakai oleh Syakilla.

"Saya nak gelang ni satu." Hazril Irfan menyerahkan gelang emas yang dipilih kepada gadis berbangsa Cina yang sedang menunggunya memilih gelang emas.

Setelah selesai membeli, ditarik pula lengan Syakilla ke kedai yang menjual kelengkapan bayi. Entahlah, isterinya terlalu taksub. Agaknya kalau borong satu kedai pun Syakilla tidak puas hati lagi.

MARIAM memberhentikan keretanya di hadapan rumah agam kepunyaan Dato' Imran. Tujuannya datang ke situ untuk melawat ibu dan bapa mentua tidak jadinya. Dia rindu hendak berceloteh dengan Datin Bahiyyah. Kedudukan tudung dibetulkan sedikit.

Setelah memastikan wajahnya bersih tanpa sebarang kotoran, lekas Mariam mengatur langkah. Loceng ditekan. Tidak lama kemudian, seorang perempuan separuh abad keluar dari rumah. Pintu pagar terbuka dengan sendirinya.

"Eh, Mariam. Dah balik ke? Bila balik?" soal Datin Bahiyyah. Terkejut melihat kehadiran bakal menantu tak jadinya tu. Ditarik tubuh Mariam ke dalam pelukannya.

"Dah tiga hari, mama. Mama dengan papa sihat tak ni?" Pelukan Datin Bahiyyah dirungkaikan. Dengan cuaca yang masih panas terik mereka berpelukan, dia agak rimas.

"Alhamdulillah, mama sihat. Papa sihat. Dia keluar kejap jumpa kawan. Marilah, masuk. Dah lama mama tak jumpa kamu," ujar Datin Bahiyyah. Beramah mesra.

Mariam mengangguk. Langkah perempuan tua itu diekori dari belakang sambil membimbit satu bungkusan makanan. Punggung dihempas ke sofa. Senyuman tidak lekang di bibirnya.

"Nah, Yam ada buatkan puding roti untuk mama dengan papa. Mesti papa dengan papa rindu nak makan puding roti ni, kan?"

"Terima kasih, Mariam." Datin Bahiyyah tersenyum kecil. Rasa bersalah menyelinap di dalam hatinya. Huluran itu disambut mesra.

"Pasal Hazril dengan kamu..."

"Tak apa, mama. Mungkin memang jodoh Hazril dengan orang lain. Saya reda. Saya datang sini sebab nak melawat mama dengan papa. Rindu nak berceloteh," balas Mariam. Dalam hatinya pula dah meletop menahan rasa sakit hati.

"Yalah..." Datin Bahiyyah menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Mariam dah move on.

HAZRIL IRFAN mengucup belakang telapak tangan Mariam. Mereka saling berpandangan. Rasa gembira menyelinap di dalam hati masing-masing. Suasana tenang damai semakin menambahkan rasa romantik di antara mereka berdua. Sengaja dia memilih restoran yang agak mahal untuk berdua-duaan bersama teman wanitanya.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now