Bab 57

34.3K 683 64
                                    

MAK TIMAH menarik anak perempuannya ke dalam pelukan. Sudah berkali-kali dia bertanya apa yang sedang berlaku tapi Syakilla enggan menjawab soalannya. Belakang tubuh Syakilla diusap-usap untuk meredakan tangisan anaknya itu.

"Terima kasih sebab sudi hantar adik saya pulang," ujar Yusman kepada Reza.

"Sama-sama, bang. Benda kecil. Kalau tak ada apa-apa lagi saya nak minta diri dulu," pamit Reza sambil tersenyum.

"Eh, tak nak berehat dulu ke kat rumah pak cik? Kamu mesti penat kan hantar Killa balik sini?" Pak Hassan mencelah.

Reza menggeleng. Dia tidak selesa berlama-lamaan di rumah orang yang tidak dikenali. Dia mengenali Syakilla tetapi bukan keluarga Syakilla.

"Takkanlah nak terus balik Kuala Lumpur? Takkan tak penat langsung?" soal Yusman pula.

"Taklah... Saya singgah rumah ayah saya di Negeri Sembilan. Esok saya balik KL," jawab Reza. Lembut. Dihulurkan tangannya kepada Yusman dan Pak Hassan.

Yusman mengangguk. Terdengkot-dengkot kakinya mengiringi langkah Reza sehingga ke muka pintu. "Terima kasih sekali lagi."

"Sama-sama," jawab Reza.

Pak Hassan dan Hadiff turut berdiri di sebelah Yusman. Dihantar langkah Reza ke keretanya. Sebaik saja kereta Reza menderum laju meninggalkan kawasan perumahan Pak Hassan, Hadiff terus menerpa ke arah sepupu kesayangannya itu. 

"Wei, kau kenapa menangis? Ceritalah kat kami semua. Mana suami kau?" soalnya yang dah mula menyibuk.

"Suami kau kemalangan, erk?" tebak Hadiff. Apa lagi yang boleh dia teka selain suami Syakilla terlibat dalam kemalangan. Dah tu, tekaan tu aje yang logik nak disamakan dengan keadaan Syakilla yang tengah menangis sekarang ni.

Pap!

Hadiff mendesir kesakitan apabila Yusman menampar bahunya. Menjegil mata Yusman memandangnya.

Mak Timah merapati anaknya semula. Bahu Syakilla diusap-usap lembut. Wajah pucat lesi Syakilla membimbangkan hati tuanya. "Killa pergi masuk bilik. Rehat. Bila dah reda nanti cerita kat kami apa yang jadi."

"Ya, sayang. Pergi berehat. Anak abah tengah mengandung, kan? Tak elok tertekan macam ni. Tak baik untuk kesihatan bayi." Usul Pak Hassan pula.

Syakilla menyeka air matanya. Dia melangkah longlai ke bilik tidur. Sekali lagi, air matanya terhambur.

"Apa agaknya yang berlaku..." gumam Mak Timah.

"Mak nak Man call Hazril cakap bini dia kat sini? Yalah, boleh bincang?" Cadang Yusman. Tipulah kalau dia cakap dia tak risaukan Syakilla. Sejahat-jahat Syakilla pun, wanita itu masih lagi adik kandungnya.

"Call lah." Arah Pak Hassan.

Yusman terus mengeluarkan telefonnya. Nombor Hazril Irfan dicari di senarai kenalan. Laju ibu jarinya menekan butang call. Telefonnya dilekapkan ke telinga.

BEBELAN Datin Bahiyyah termati sebaik saja telefon Hazril Irfan menjerit-jerit minta diangkat. Hatinya masih panas kerana Hazril Irfan sanggup curang sedangkan menantunya tu sedang mengandung. Isteri dah lari baru sibuk nak minta tolong cari.

"Abang Kella," beritahu Hazril Irfan sambil memandang wajah mama dan papanya silih berganti.

"Dah tu? Angkatlah!" Herdik Dato' Imran.

"Kalau kena marah macam mana?"

"Apa bodoh sangat soalan kamu ni? Jawablah panggilan tu. Manalah tahu dia ada nak cakap benda penting," balas Dato' Imran.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now