Bab 68

35.8K 725 46
                                    

YUSMAN mengangkat barang-barang dapur yang dibeli kemudian dimasukkan ke dalam perut kereta Kancil miliknya. Mahu harapkan Hadiff? Jahanam lagi motosikal bapanya sekejap lagi. Terdengkot-dengkot kakinya beralih ke bahagian pemandu. Peluh yang merenik di dahi diseka menggunakan telapak tangan.

"Assalamualaikum."

Yusman menoleh. "Waalaikumsalam," 

"Awak orang sini ke?" soal gadis itu.

"Ya. Kenapa?" Yusman menganggukkan kepalanya. Berkerut dahinya memandang gadis yang tidak dikenali itu.

"Saja tanya. Saya pun baru pindah sini juga. Dalam empat hari macam tu."

"Oh, nama siapa?"

"Shaikhah. Panggil Ika."

"Eh, Melayu?"

"Mualaf."

Mulut Yusman membentuk bulat sedikit. Kepalanya terangguk-angguk persis burung belatuk. Perasaannya agak lain macam selepas bertemu pandang dengan gadis yang baru dikenali.

KUIH lapis disuakan ke dalam mulut. Walaupun makanan berada di depan mata tapi, fikirannya menerawang jauh memikirkan sesuatu. Entah macam manalah dia boleh tergoda dengan Hazril Irfan semalam.

Kella, apa kau dah buat ni? Kau sepatutnya teruskan perang dingin kau dengan dia bukannya bagi dia sentuh kau, gumamnya dalam hati. Dahi ditampar perlahan.

"Anak kamu tu nanti letak nama biar yang baik-baik. Mak tengok orang zaman sekarang suka letak nama anak yang pelik-pelik," ujar Mak Timah sekadar memecahkan suasana sepi di meja makan.

"Ya, betul sangat. Macam nama abang. Hazril Irfan. Nama Irfan yang membawa maksud kebijaksanaan, kesyukuran dan berpengetahuan." Hazril Irfan mendabik dada. Wajah isterinya dipandang penuh minat.

"Oh, yakah? Ingatkan membawa maksud sebagai kaki perempuan," sindir Syakilla.

Hazril Irfan mula panas hati. Paling pantang kalau ada orang yang mempermainkan namanya. Dah sedap-sedap mama dan papanya pilihkan nama, boleh pula Syakilla suka-suka mengubah maksud namanya.

"Killa, apa cakap macam tu. Tak baik," tegur Mak Timah. Bingung. Sampai bila agaknya anak menantunya ingin bertelagah.

"At least nama abang ada juga maksud daripada nama sayang tak ada maksud apa-apa. Dahlah nama buruk," bisik Hazril Irfan di tepi telinga isterinya.

"Mak, tengok dia ni!" Syakilla menjerit. Sakit hati mendengar ayat Hazril Irfan. Namanya pun sedap juga, tau! 

Mak Timah menggelengkan kepalanya. Malas melayan anak menantunya. Paha ayam dimasukkan ke dalam kuali sebaik saja minyak dah panas.

MARIAM membuka aplikasi WhatsApp sebaik saja dia menerima pesanan daripada Eusoff. Nafas lega ditarik. Setelah bertahun-tahun dia menunggu, akhirnya lelaki tua itu nak juga melepaskannya.

Dia tidak membalas ataupun bertanya sebab mengapa dia dibebaskan. Cukuplah dia berasa gembira kerana dia akan hidup aman damai selepas ini.

"Selepas ni, aku tak perlu takut lagi nak menjalani hidup seperti biasa. Thanks God!" Mariam menjulang tinggi tangannya mengucap terima kasih kepada Yang Maha Esa.

Kaki diatur menuju ke dapur. Ayam mentah bersama salad dikeluarkan dari dalam peti sejuk. Dia mahu meraikan kebebasannya.

Selepas ini, dia tidak mahu bersua muka atau bertemu dengan Eusoff itu lagi. Rumah ini, rumah ini diberikan sepenuhnya buat dirinya.

HAZRIL IRFAN menghenyak punggung di birai katil. Nombor seseorang didail. Tidak lama kemudian, panggilannya dijawab oleh pihak di sebelah sana. Dia berdeham. Dijengah sedikit kepalanya keluar bilik. Manalah tahu Syakilla tengah curi-curi dengar perbualannya.

Bahaya!

"Hello, Sam." Dia menyapa.

"Sam, aku nak kau tolong aku. Tolong settlekan pasal pertukaran nama rumah aku. Nama Mariam tu tukar kepada nama isteri aku. Kalau ada apa-apa dokumen yang penting, kau datang Muar jumpa aku. Nanti aku share location," ujar Hazril Irfan berjela-jela.

"Okey, Encik Hazril. Nanti saya settlekan," jawab pihak di sebelah sana.

"Terima kasih, Sam." Hazril Irfan lekas mematikan panggilannya. Charger ditekan masuk ke dalam plak. Usai mengecas iPhone miliknya, dia terus melangkah ke ruang tamu.

"Cantik gila cakap kau! Aku rasa itulah jodoh aku." Bersungguh-sungguh Hadiff menceritakan kepada sepupunya tentang gadis mualaf yang ditemui beberapa hari yang lepas.

"Kau semuanya cantik. Mak Jah pun kau cakap cantik," gumam Syakilla.

"Haish! Aku seriuslah." Hadiff memegang pipi Syakilla kemudian kepala Syakilla digoyang-goyangkan.

Membulat mata Hazril Irfan melihat adegan itu. Fikirannya jadi tidak waras. Lekas dia meluru ke arah Hadiff kemudian kolar baju Hadiff dicekak.

"Apa masalah kau, setan!" jerkahnya.

Terkejut Syakilla melihat amukan suaminya. Mujur hanya ada mereka bertiga di rumah memandangkan ibu dan ayahnya pergi ke bandar mengikut abangnya.

"Hazril, lepaskan sepupu aku!" Syakilla memegang lengan suaminya. Ditarik-tarik tangan Hazril Irfan agar melepaskan kolar baju Hadiff.

"Aku tanya, apa masalah kau!" jerkah Hazril Irfan lagi. Cemburu semakin membakar hatinya.

"Apa benda kau ni? Datang-datang nak pukul orang pulak. Kau nak jadi gangster ke apa?!" Herdik Hadiff. Tangan Hazril Irfan ditepis kasar.

"Hazril, sudahlah!"

"Apa? Sayang sukalah dia sentuh-sentuh sayang, kan? Abang kat dalam bilik sorang-sorang tapi sayang kat sini layan jantan lain. Sayang ingat abang ni tunggul?" Kemarahan Hazril Irfan beralih kepada Syakilla pula. Suami mana yang tak sakit hati bila tengok isterinya disentuh oleh lelaki lain.

"Tak relakslah kau ni. Kami ni sepupu saja pun," gerutu Hadiff.

"Pergi mampuslah dengan sepupu kau orang berdua. Dia bini aku!" jerkah Hazril Irfan. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.

"Dari awal aku datang sini sampai sekarang aku perhati kau ni. Kau terdesak sangat ke sampai isteri orang pun kau nak try? Kalau terdesak sangat, pergi langgan pelacur sana!" jerkah Hazril Irfan lagi.

Pang!

Terdiam terus Hazril Irfan tatkala telapak tangan Syakilla naik melekap wajahnya. Dadanya berombak kencang. Tajam matanya merenung isterinya.

"Aku lebih kenal Hadiff berbanding kau. Kami memang rapat sejak kecil. Kau tak ada hak nak cakap macam tu kat dia!" tengking Syakilla.

"Oh, sebab lebih kenal tu boleh sentuh sana sentuh sini. Macam tu? Sayang tak tahu hukum? Dia sepupu. Haram!"

"Kau tak payah acah baik nak cakap pasal hukum dengan aku. Masa kau pegang Mariam, peluk Mariam, ada kau fikir pasal hukum? Ada?" bidas Syakilla, lancang.

"Mariam! Mariam! Mariam! Itu ajelah point kau, kan?" Tajam mata Hazril Irfan menikam ke dalam mata Syakilla. Salahkah dia nak cemburu? Dia ada hak untuk cemburu!

Hadiff serba salah. Disebabkan dia pasangan suami isteri itu bertekak. Sepatutnya dia perlu menjaga kelakuannya itu.

"Dah memang betul, kan?" Syakilla menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.

"Dahlah!" Hazril Irfan terus mengatur langkah ke bilik tidur. Pintu bilik dihempas kuat. Syakilla masih nak meletakkan semua kesalahan ke atas bahunya padahal dia dah minta maaf pun.

"Killa, aku..." Hadiff mengeluh.

"Tak apa, dia memang macam tu." Syakilla tersenyum kelat.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now