PAK HASSAN memandang sekilas anak perempuannya yang duduk menjamah mi goreng. Keningnya berkerut kerana tidak nampak kelibat menantunya. Biasanya Hazril Irfan turut serta makan malam bersama-sama mereka semua.
"Suami kamu mana?" soalnya.
"Dalam bilik," jawab Syakilla acuh tak acuh. Jari telunjuk mengait tangkai cawan. Birai cawan didekatkan ke bibirnya.
"Kenapa tak panggil makan sekali?"
"Kalau dia lapar, pandai-pandai dia lah keluar sendiri."
Pak Hassan mendengus kasar. Tak berkenan betul dia dengan perangai anak perempuannya yang satu ni. Keras sangat kepala tu sampai tak boleh mendengar kata.
"Kalau kamu asyik layan suami macam ni, sampai bila nak berbaik? Ingat, dia tu suami. Syurga kamu kat bawah telapak kaki dia. Kalau dia tak reda, bahaya hidup kamu nanti. Kalau belum bersedia nak jadi isteri tak payah kahwin," leter Pak Hassan.
"Dia yang mulakan dulu!" Bentak Syakilla. Oh, isteri kena tunduk ajelah walaupun suami aniaya perasaannya? Sedih betul kitaran hidup seorang isteri.
"Kalau dua-dua tak nak mengalah, sampai kiamat pun tak habis. Sudah, berhenti makan. Panggil Hazril makan!" Tegas Pak Hassan.
Syakilla menghentak-hentakkan kaki tanda protes. Persis gergasi dia berjalan menuju ke bilik tidurnya. Pintu dikuak kasar. Kelihatan Hazril Irfan sedang baring mengiring membelakangi pintu.
"Kau tak nak keluar makan? Abah panggil tu. Aku malaslah nak dengar orang tua tu membebel," ujar Syakilla. Bahu Hazril Irfan dikuis-uis.
"Tak payah kacau oranglah. Pergilah layan suami baru kau sana." Hazril Irfan terus mengiring ke kanan. Tajam matanya merenung wajah selamba isterinya. Nampak sangat tak ikhlas pujuk tu.
"Merajuk?" soal Syakilla bersahaja.
Dilabuhkan punggungnya di birai katil. Haish! Lemahlah dia kalau Hazril Irfan buat perangai macam budak-budak macam ni.
"Aku minta maaf, okey? Aku tahu aku sepatutnya jaga batas pergaulan aku sebagai isteri kau. Aku minta maaf sebab tampar kau. Sekarang, kita makan." Syakilla cuba menarik lengan Hazril Irfan tapi, Hazril Irfan sengaja mengeraskan badannya.
"Hazril..."
"Hazril Irfan bin Imran!"
Hazril Irfan menyimpan senyum. Sedari tadi dia menunggu isterinya datang pujuk. Akhirnya, wanita itu memujuknya juga. Ego dijulang tinggi. Dia pula mahu merajuk memandangkan Syakilla masih enggan memaafkannya.
"Abang..." Mendayu-dayu suara Syakilla memanggil. Tubuh dibongkokkan sedikit. Ditiup telinga suaminya. Dada Hazril Irfan dibelai-belai.
"Pergilah layan Hadiff. Biar abang mati kelaparan dalam bilik ni." Hazril Irfan menepis tangan Syakilla yang masih membelai dadanya. .
"Aduh, dah nak jadi bapak budak. Tak macholah merajuk macam ni." Syakilla berdecit.
Hazril Irfan mengambil bantal isterinya kemudian muka ditekap dengan bantal. Senyumannya terus melebar.
"Hazril... Sudah-sudahlah merajuk tu. Abah membebel, tahu tak? Jomlah, makan." Syakilla mengeluh lagi.
"Biar abang mati kelaparan. Sayang, kan tak sayang abang, tak cinta abang. Pergilah teman Hadiff makan," ujar Hazril Irfan di bawah bantal. Suaranya agak tak jelas.
Syakilla panas hati. Limit kesabarannya dah sampai tahap maksima. Dicubit sekuat-kuat hatinya lengan Hazril Irfan sehingga suaminya menjerit kesakitan.
"Siapa cakap aku tak cinta kau? Kerana aku cinta kau lah aku buat macam ni!" hamburnya dengan suara yang tinggi.
"Kalau betul cintakan abang, jangan marah abang lagi. Lepas tu, lusa ikut abang balik KL. Kalau tak, abang tak nak makan. Biar abang mati kelaparan. Sayang sukalah kan tengok abang mati. Nanti bolehlah sayang kahwin dengan Hadiff," balas Hazril Irfan. Sambil menyelam minum airlah katakan.
"Ugut ke ni?" soal Syakilla.
"Yes!" balas Hazril Irfan.
"Okay, fine! Aku ikut. Sekarang kita makan." Syakilla mengalah. Kalau dilayan nanti makin menjadi-jadi pula perangai mengada-ada suaminya tu. Dah nak jadi ayah pun perangai tak semenggah lagi.
"Betul ni?"
"Yeeee..." Syakilla menjulingkan matanya ke atas. Menyampah!
Hazril Irfan lekas duduk. Tubuh Syakilla ditarik ke dalam pelukannya. Pipi Syakilla dikucup bertalu-talu. Sebelah tangan mengusap perut isterinya yang membuncit. Dia sudah mula sayangkan anak itu. Sama seperti dia sudah mula sayangkan isterinya.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...