Bab 70

42K 697 34
                                    

SYAKILLA bersalaman dengan Mak Timah dan Pak Hassan. Kemudian, beralih pula kepada Yusman. Dia dah memaafkan kesilapan abangnya memandangkan air yang dicincang takkan putus. Sejahat mana pun Yusman tetap abang kandungnya.

Hadiff mengukirkan senyuman kepada Syakilla. Kalau ikutkan dia nak saja bersalaman dengan Syakilla tapi, memikirkan ada Hazril Irfan terus dikuburkan hasratnya yang satu itu.

"Jaga diri kat sana. Dengar cakap suami. Jangan asyik nak bercakaran," pesan Mak Timah.

"Baik, mak." Syakilla tersenyum manis.

"Jaga anak abah baik-baik. Kalau Killa buat salah, tegur dia. Didik dia baik-baik," pesan Pak Hassan kepada menantunya.

"Insya-Allah, abah." Hazril Irfan mengangguk. Tidak akan diulangi lagi kesilapan lamanya selepas ini. Dia berjanji akan mendidik dan melindungi Syakilla sebaiknya.

Syakilla terlebih dahulu memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta mewah milik Hazril Irfan. Diperhatikan saja tingkah suaminya yang sedang memasukkan beg pakaian mereka ke dalam bonet kereta. Pandangannya dialihkan daripada memandang cermin sisi. Bibirnya mengukirkan senyuman.

Hazril Irfan membuka pintu kereta kemudian ditutup semula. Kunci kereta dicucuk ke tempatnya. Enjin kereta dipanaskan seketika sebelum pedal minyak ditekan.

Beberapa jam memandu, akhirnya mereka tiba di destinasi yang nak dituju. Diparkirkan kereta mewahnya di hadapan rumah agam milik Dato' Imran. Dikerling sekilas Syakilla yang dah terlena.

"Kau ni tak adalah cantik sangat tapi, aku tetap tergoda dengan kau," gumamnya. Rambut Syakilla dielus-elus lembut.

"Kita dah sampai?" soal Syakilla. Terpisat-pisat dia mencelikkan mata. Tangan Hazril Irfan yang sedang mengelus rambutnya ditepis lembut.

"Ya, kita dah sampai. Kita tidur rumah papa hari ni. Mama rindu sangat kat sayang dengan cucu dia ni," balas Hazril Irfan. Telapak tangannya dilekapkan ke perut Syakilla. 

"Mesti mama marah sebab aku tinggalkan kau, kan?" Syakilla mula tidak senang duduk. Macam-macam ayat nista mula menampar mindanya.

"Taklah, sayang. Mama tak marah pun. Abang yang kena marah sebab sakitkan sayang," beritahu Hazril Irfan bersahaja.

"Oh..."

"Jomlah, masuk. Mama dengan papa dah tunggu di dalam. Mereka happy sangat dapat tahu sayang balik hari ni." Hazril Irfan terus membukakan pintu kereta untuk isterinya yang tercinta.

Syakilla mengangguk. Langkah Hazril Irfan diekori dari belakang. Kuat tangannya mencengkam belakang baju suaminya. Wajahnya pun dah tersebek-sebek macam nak menangis sebaik saja matanya tertancap kepada Dato' Imran dan Datin Bahiyyah yang sedang duduk tegak di atas sofa sambil memandang ke arahnya.

Melihat Syakilla yang takut-takut, Datin Bahiyyah terlebih dahulu menjalankan peranannya. Diayun langkahnya merapati Hazril Irfan. Lengan Syakilla ditarik lembut. Tubuh Syakilla dipeluk kejap.

"Ya Allah! Dah balik pun menantu mama. Jenuh mama dengan papa tunggu Hazril ni pujuk kamu. Kella sihat? Cucu mama macam mana? Sihat tak?" Pipi Syakilla dikucup bertalu-talu manakala telapak tangannya naik menyentuh perut bulat menantunya.

"Alhamdulillah, sihat. Baby pun sihat," jawab Syakilla. Tangan Datin Bahiyyah dikucup lama kemudian beralih pula ke tangan Dato' Imran.

"Alhamdulillahlah kalau macam tu. Jomlah, kita pergi ruang makan. Mama dah masakkan makanan yang sedap-sedap untuk Kella. Kita makan sama-sama, ya?" Pelawa Datin Bahiyyah. Bahu menantunya dirangkul kemas. Mereka beriringan ke ruang makan.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now