"PAK SU!"
Hadiff selaku anak saudara kesayangan Pak Hassan berlari anak mendekati bapa saudaranya. Sejak kedua ibu bapanya berpisah, hidup Hadiff terumbang-ambing.
Ibunya sudah menikah lain manakala bapanya pula meringkuk di dalam penjara disebabkan mengedar dadah. Pak Hassan dan Mak Timahlah yang menjadi tempat untuk dia bermanja dan mendapatkan kasih sayang.
Pak Hassan yang leka memotong kayu untuk dijadikan pangkin, terus mendongak lelaki katik yang memanggilnya itu. Senyuman tuanya mekar menghiasi bibir. Dah balik pun anak saudara kesayangannya ni.
"Dah balik pun budak bertuah ni. Pak su ingatkan bila dah kerja kat Seremban terus tak ingat nak balik," sindir Pak Hassan. Ditarik tubuh Hadiff ke dalam pelukan.
"Bukan tak nak balik tapi, Hadiff sibuk sikit. Yalah, nama pun kerja. Tapi hari ni Hadiff balik dan ambil cuti tiga bulan tanpa gaji. Rindu sangat kat pak su, mak su, Abang Yusman dengan budak kecil tu." Hadiff tersengih.
"Baguslah kalau macam tu. Mak su dengan Abang Yusman ada di dalam. Killa pulak dah kahwin," beritahu Pak Hassan.
Hadiff terkejut. Perempuan yang selalu menarik rambutnya ketika dia kalah bermain congkak kini sudah mendirikan rumah tangga? Dengan siapa? Kenapa dia tidak tahu langsung perihal itu?
"Eh, pak su dengan mak su tak beritahu kat Hadiff pun? Abang Yusman pun senyap. Killa pun tak beritahu apa-apa. Sampai hati tak beritahu kat Hadiff." Hadiff menarik muncung sedepa. Terasa hati kerana tidak dijemput pada hari bahagia sepupu kesayangannya.
"Bukan tak nak beritahu cuma tak tahu nak cakap macam mana. Panjang ceritanya, Diff. Apa yang penting sekarang sepupu kamu tu dah kahwin dengan anak pemilik Syarikat D'Popcornz. Sampai sekarang dia tak balik jenguk pak su dengan mak su. Katanya, waktu berpantang nanti nak berpantang di sini," ujar Pak Hassan. Terbit rasa rindunya kepada Syakilla yang jauh nun sana.
"Hadiff tahu pasal gambar yang tersebar tu tapi, tak tahulah pulak lelaki tu pilih untuk kahwin dengan Killa," ujar Hadif. Tiba-tiba.
Pak Hassan tersenyum kecil. Disuruh Hadiff duduk dengannya di tangga rumah. "Alhamdulillahlah sebab Hazril nak bertanggungjawab. Mana pak su nak letak muka kalau mereka tak kahwin? Hadiff pun faham mulut orang kampung macam mana, kan?"
"Faham sangat, pak su. Habis tu, masa kahwin tu mesti grand, kan? Yalah, dia kahwin dengan anak orang kaya." Mata Hadiff bersinar-sinar. Tergambar di dalam benaknya Syakilla mengenakan pakaian duyung.
Pak Hassan menggeleng, menafikan. "Nikah biasa sahaja. Lepas tiga bulan nikah katanya nak bersanding tapi tak jadi sebab Killa mengandung. Pihak kat sebelah sana minta tunda. Katanya selepas Killa bersalin baru sanding."
"Aik, macam tu pulak? Orang lain boleh je bersanding walaupun tengah mengandung?" Hadiff bertanya lagi.
"Entah. Pihak sebelah sana minta begitu, pak su ikut ajelah. Yalah, majlis sanding tu nanti pihak sebelah sana yang uruskan. Pak su dengan mak su datang jenguk je," jelas Pak Hassan.
Hadiff mengangguk faham. Jauh di sudut hati, dia berasa gembira kerana sepupunya itu sudah berkahwin. Dia selalu mendoakan agar Syakilla dan Yusman bahagia.
"Abang Yusman pulak dah ada awek baru belum?" soal Hadiff sambil tersengih sehingga menampakkan barisan gigi arnabnya.
"Belum lagi. Kamu carikanlah," seloroh Pak Hassan.
"Boleh sangat!"
"Haih, ada-ada saja kamu ni. Jomlah, masuk. Kebetulan mak su ada masak asam pedas ayam hari ni." Pelawa Pak Hassan seraya berdiri.
"Wah, sedap tu!" Hadiff terkinja-kinja. Dia rindu ingin merasa masakan ibu saudara kesayangannya.
EUSOFF tersenyum sinis sebaik saja Mariam menyatakan hasrat ingin pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan anak saudaranya. Dia tidak mahu menyimpan Mariam lama-lama. Dia sudah muak.
Beberapa bulan hidup berdua dengan Mariam di Singapura, sungguh membosankan. Tambahan pula, tiada apa lagi yang diharapkan.
"I rasa dah sampai masanya I kick you. Sebelum ni I pernah cakap kan, sampai I sendiri yang buang you. Now, I buang you. Tapi, kalau I nak pakai you nanti I call. Kalau you mengelak, siap!" Eusoff bersiul-siul senang.
"I dah buat macam-macam untuk you. I dah gadai body I untuk semua kawan-kawan you semata-mata business you yang haram tu! Jangan ganggu hidup I lagi!" Herdik Mariam, berani.
"I akan lepaskan you secara adil sekiranya you pulangkan semula duit dan harta I. Selagi you tak pulangkan, selagi tu you milik I tak kiralah waktu tu you dah menikah dengan Hazril sekalipun. Faham?" Kepala Mariam ditunjal-tunjal. Diperlakukan Mariam persis patung tiada perasaan.
Mariam menangis tersedu-sedu. Tidak tenang terus dia hendak pulang ke Malaysia minggu hadapan. Lelaki tua itu bersetuju untuk melepaskannya tapi, pada masa yang sama dia masih lagi terikat dengan hutang yang dicipta oleh Eusoff.
Tidak mungkin dia hendak berlaku curang di belakang Hazril Irfan. Tidak mungkin dia hendak melayan Eusoff apabila dia sudah bersatu semula dengan teman lelakinya itu.
"You memang tak ada hati perut, kan? You tak kesian ke kat I? You tak kesian ke kat anak saudara you?!" Suara Mariam melengking tinggi memarahi Eusoff.
"Buat apa I nak kesian kat you all berdua? Tell me... You tu dah kotor pun. Bukan I seorang yang dah rasa tubuh you tapi, kawan-kawan I pun dah rasa tubuh you. Tak payah acah sucilah!" Herdik Eusoff, lantang. Kedua-dua belah tangannya diselukkan ke dalam saku seluar.
Sakit hati Mariam mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut lelaki tua itu. Kalau ikutkan hati, dah lama dilanggar Eusoff menggunakan lori tahi.
"I izinkan you pulang ke Malaysia tapi bersyarat dan you mesti patuh."
"Apa syaratnya?" soal Mariam, menahan geram di dalam hatinya.
"Bila I perlukan you untuk berkhidmat, you mesti datang kepada I. Jangan sesekali mungkir janji ataupun cabar I sebab I boleh hancurkan angan-angan you dalam sekelip mata sahaja," ujar Eusoff dengan lagak angkuhnya.
Mengangguk tidak, menggeleng juga tidak. Terkejip-kejip mata Mariam memandang wajah si tua yang tidak berhati perut itu. Setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi pipi.
YOU ARE READING
KERANAKU CINTA KAU [C]
RomanceSYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam hatinya semakin membuak-buak. Pada masa yang sama, dia turut menyimpan perasaan kepada teman lelaki s...