Bab 40

30.8K 580 46
                                    

MARIAM tersedar dari lena yang cukup panjang setelah berasa ada gerakan di sebelah kirinya. Terpisat-pisat dia mencelikkan mata. Jantungnya berdegup kencang. Sekilas dia memandang ke kanan kemudian ke kiri pula. Tubuhnya menggeletar hebat.

"Ap...Apa yang dah berlaku?" Dilihat dua orang lelaki tua yang sedang tidur di kiri dan kanan tubuhnya. Dia bingkas duduk dari berbaring. Lutut ditarik merapat ke dada.

Berkali-kali Mariam cuba mengingat kembali kejadian apa yang telah membawa dua orang lelaki tua itu menidurinya.

"You tunggu I kat bilik ni. Jangan nak lari pulak. Ingat, aib you ada pada I." Eusoff menggertak. Ditolak tubuh Mariam masuk ke dalam bilik hotel yang telah ditempah.

"You nak pergi mana?" soal Mariam. Tangan Eusoff dipegang kuat. Takkanlah Eusoff nak tinggalkan dia sorang-sorang di bilik hotel yang terlalu asing baginya?

"I nak beli barang sekejap. Alah, you duduk diam sudahlah. Jangan kunci pintu." Eusoff menarik semula tangannya yang dipegang oleh Mariam. Diatur langkahnya meninggalkan Mariam.

Mariam menghantar langkah Eusoff melalui ekor mata. Terus dihenyak punggungnya di birai katil. Baju tak cukup kain yang tersarung di tubuhnya buatkan dia berasa tidak selesa. Ditarik-tarik pakaian itu menutup pahanya yang terdedah.

"Hai, sayang."

Dua orang lelaki tua yang lengkap bersut biru dan hitam melangkah masuk ke dalam bilik hotel Mariam menggunakan kad akses. Tersungging senyuman di bibir kedua-duanya.

Mariam yang terkejut kerana dihadiri oleh dua orang lelaki tua, terus bangun dari duduknya. Tangannya menggeletar hebat.

"You berdua ni siapa?" soalnya, gugup.

"Partner you malam ni." Jawab salah seorang daripada lelaki tua itu.

"Ap...Apa maksud you?" Mariam menggigil ketakutan.

Dua orang lelaki tua itu mendekati Mariam selepas menutup pintu. Mereka tersenyum menyeringai.

"Deal business. Eusoff bagi I dengan kawan I sentuh sugar baby dia yang comel ni." Dagu Mariam dicuit manja.

Mariam menggeleng. Dia mengengsot ke belakang. Telefonnya dicapai lalu nombor Eusoff didail. Berkali-kali dia mencuba tapi, rejected!

Kali kelapan dia mencuba, akhirnya panggilannya diangkat oleh lelaki tua itu. Terus dijerkah Eusoff semahu-mahunya.

"Apa semua ni, Eusoff? You nak jadikan I pelacur?!"

Eusoff tergelak sinis. "Macamlah tak biasa. Dulu bukan you bagi ke budak-budak mentah dalam kelab malam tu sentuh you? Kalaulah anak saudara I tahu pasal ni..."

"Itu kisah silam I. You tak patut ungkit. I bukan perempuan murah. You yang ambil kesucian I!" Mariam menengking.

"Stop it, Mariam. You akan nampak lebih murah kalau you berlagak suci. I lebih kenal you siapa, sayang. Now, I nak you layan dua orang business partner I. Kalau you degil, gambar-gambar you I akan hantar pada Hazril. Jangan cabar I." Eusoff lantas mematikan panggilan.

Mariam semakin teresak-esak. Diangkat wajahnya memandang dua orang lelaki tua yang dah tidak sabar ingin meratah tubuhnya.

Disembamkan mukanya di antara kedua-dua belah lututnya. Terhinggut-hinggut bahunya diiringi dengan tangisan.

"Sampai bila aku nak jadi tawanan lelaki tua tu? Aku nak bahagia." Mariam merintih. Bibirnya terketar-ketar. Pakaiannya yang bersepah di atas lantai dikutip satu per satu.

HAZRIL IRFAN memegang kotak sederhana besar berwarna merah. Di dalam kotak itu terdapat sehelai dress labuh berwarna biru bersama seutas rantai berbentuk hati.

Sepatutnya, kotak ini dia serahkan kepada Mariam selepas mereka bertunang. Malangnya, takdir memisahkan mereka berdua.

"Saya rindu sangat kat awak, Mariam. Kenapa awak tinggalkan saya," rintihnya.

"Abang..." Syakilla melangkah masuk ke dalam bilik tidur suaminya.

"Ya?" sahut Hazril Irfan. Kotak itu diletakkan ke tepi kirinya.

Syakilla yang terpandang akan kotak tersebut terus mengajukan soalan kepada Hazril Irfan. Hatinya dah berbunga-bunga. Manalah tahu Hazril Irfan membelikannya hadiah ke apa.

"Kotak apa tu?"

"Suka dress?" soal Hazril Irfan.

"Suka. Semua yang abang bagi sayang suka." Syakilla tersenyum lebar.

"Okey, ambillah. Cuba pakai. Muat ke tak." Hazril Irfan mengeluarkan dress labuh itu dari dalam kotak kemudian diberikan kepada isterinya.

"Cantiknya." Syakilla memuji.

Hazril Irfan tersenyum kelat. Dari dibiarkan baju itu terperap lama dalam kotak, lebih baik disedekahkan saja kepada Syakilla.

"Kejap... Kella nak cuba." Syakilla mengorak langkah ke dalam kamar mandi. Dipadankan dress labuh itu ke tubuhnya. Kelihatan agak ketat di bahagian dada hadapan.

Kain dress itu ditarik-tarik sedikit. Dia tersenyum lebar. Pandai suaminya pilihkan dress untuknya. Cantik sekali. Tombol pintu kamar mandi dipulas. Tegak tubuhnya berdiri di depan Hazril Irfan.

"Cantik." Hazril Irfan memuji.

"Bila abang beli hadiah ni? Sayang tak tahu pun?" Syakilla melabuhkan punggungnya di riba Hazril Irfan. Leher suaminya dirangkul kemas.

"Dua hari lepas," balas Hazril Irfan bersahaja. Syakilla takkan hidu pun penipuannya itu.

"Oh, cantiklah. Pandai abang pilih. Cuma ketat sikit je. Tapi, masih muat," ujar Syakilla, girang.

"Suka tak?"

"Suka. Suka sangat!"

Hazril Irfan mengeluarkan pula seutas rantai berloket hati. Dipakaikan rantai itu ke leher isterinya. Semakin bertambah lebar senyuman Syakilla.

"Thanks, husband." Syakilla memeluk kuat tubuh suaminya.

FIRDAUS mencucuk-cucuk geram jemput-jemput yang dibuat oleh sahabat baiknya itu. Adegan intim yang berlaku beberapa hari lepas betul-betul mencarik hatinya. Berani sungguh Syakilla memeluk Hazril Irfan di hadapan matanya.

"Tak payahlah nak dikejar si Syakilla tu lagi. Aku yang kerja kat situ pun dia buat tak kenal apatah lagi kau. Sebelum dia kahwin dengan anak bos, dia bercinta dengan kawan aku. Nama dia Reza. Hari-hari berkepit dengan kawan aku. Apa yang dia nak mesti kawan aku bagi tapi, anak bos juga yang dia umpan." Hazim membuka mulut. Jemput-jemput dicicahkan ke dalam sambal kicap.

"Perangai dia dah berubah. Dulu dia sopan. Aku tak sangka dia berubah macam ni." Firdaus menggelengkan kepalanya.

"Normallah, bro. Manusia boleh berubah sekelip mata. Kau pun satu. Apesal tak kejar Mariam?"

Firdaus mendengus. Dia sudah tidak ada hati dengan Mariam. Sikap Mariam yang terlalu cemburu buta membuatkan dia berasa rimas. Akhirnya, selepas mendapat keputusan SPM dia terus memutuskan hubungannya bersama Mariam.

"Lupakanlah hasrat kau. Syakilla dah jadi isteri orang pun. Suami dia tu pulak bakal tunang Mariam tapi, bila gambar tak senonoh Syakilla dengan Hazril tersebar, terus Hazril dengan Mariam putus hubungan," sambung Hazim lagi.

"Aku pernah lepaskan dia. Sekarang, dia dah cantik. Aku yakin aku boleh dapatkan dia semula," ujar Firdaus bersungguh-sungguh.

"Why not kau cari perempuan yang setaraf dengan kau?" cadang Hazim.

"Memang taklah! Nanti bangun pagi muka macam tepung gomak. Walaupun aku ni tak handsome macam dulu tapi aku nak perempuan yang good looking. Kau faham, kan? Lelaki suka benda yang cantik-cantik," terang Firdaus.

Hazim mencebik.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now