Bab 43

26.8K 623 21
                                    

"AWAK tersenyum-senyum ni kenapa, Mah?" soal Pak Hassan. Pelik melihat isterinya yang berkelakuan seperti orang tak siuman. Kuih lapis yang berada di atas meja dicapai kemudian disuakan ke dalam mulut.

Yusman dan Mak Timah saling berpandangan. Mereka sedang berasa bahagia kerana tidak lama lagi seseorang akan menceriakan hari-hari mereka berdua.

"Man, kenapa?" Pak Hassan memandang anak sulungnya pula.

"Tak ada apa, abah. Tadi adik call. Adik cakap dia dah mengandung satu bulan. Happy tak?" ujar Yusman bersungguh-sungguh.

"Betul ke ni?" Mata Pak Hassan bersinar-sinar. Tak lama lagi dia bakal menjadi atuk.

Yusman mengangguk.

"Ya Allah, alhamdulillah." Pak Hassan tersenyum lebar.

"Killa cakap untuk anak sulung ni nanti dia nak berpantang kat sini. "Mak Timah mencelah.

"Abang tak kisah. Lagi abang suka." Pak Hassan tersenyum memandang isterinya.

Yusman turut tersenyum. Dia tumpang gembira. Jauh di sudut hati, dia ingin mempunyai anak dan isteri. Malangnya, wanita mana yang mahukan lelaki cacat sepertinya? Perlahan-lahan, senyumannya pudar.

DATIN BAHIYYAH menarik lengan Dato' Imran. Diheret lelaki tua itu masuk ke dalam kedai yang menjual kelengkapan untuk bayi. Dia mahu borong satu kedai. Setelah menerima berita gembira itu semalam, hari ini juga dia memaksa Dato' Imran menemankannya membeli barang-barang untuk cucu yang bakal dilahirkan kelak.

"Ya Allah! Menantu kita baru mengandung satu bulan. Awak over sangat dah kenapa?" omel Dato' Imran.

"Eh, mestilah. Cucu sulung yang akan dilahirkan tu. Mestilah saya kena happy," jawab Datin Bahiyyah. Pakaian bayi lelaki dibelek-belek kemudian pakaian bayi perempuan pula.

"Disebabkan tak tahu lagi jantina baby, saya nak beli sepuluh baju lelaki dengan sepuluh baju perempuan. Kalau cucu sulung kita ni perempuan, baju lelaki ni boleh simpan untuk cucu akan datang." Datin Bahiyyah tersengih.

"Hmm, ikut awaklah. Asalkan awak bahagia sudahlah, Yah." Dato' Imran menjulingkan matanya ke atas.

HAZRIL IRFAN membawa isterinya masuk ke dalam restoran. Kebetulan, Reza turut berada di sana. Bengang terus dia dibuatnya. Tajam matanya merenung Syakilla.

Adakah Syakilla sengaja ingin menipunya? Yalah, manalah tahu isterinya itu sengaja ingin bertemu dengan Reza kemudian menipu kononnya ingin mengisi perut di restoran ini.

"Wow, bekas kekasih." Hazril Irfan tersenyum sinis. Buku lima dikepal kuat.

"Abang jangan salah faham. Sayang tak tahu pun dia ada kat sini. Restoran ni memang tempat favourite sayang," terang Syakilla. Dia tidak mahu suaminya fikir bukan-bukan.

"Kita makan tempat lain." Lengan Syakilla direntap kuat. Seketika dia terlupa bahawa isterinya sedang mengandung.

"Kella!"

Laungan seseorang menghentikan tindakan Hazril Irfan. Lengan Syakilla dilepaskan. Membuak-buak rasa marahnya kini apabila Reza melangkah mendekati isterinya.

"Buat apa kat sini?" soal Reza persis orang bodoh.

"Err, makan." Syakilla membalas, kekok.

"Dah lama tak jumpa. Dekat tiga bulan lebih juga, kan?" Reza melorek senyuman kecil. Wajah Syakilla dipandang redup.

Syakilla tidak berani menjawab. Dia gusar sekiranya Hazril Irfan mengamuk jika dia melayan lelaki lain. Tambah-tambah lagi, dia sedang mengandung.

"You nampak cantik sangat sekarang cuma berisi sikit. You mengandung, ya?"

"Ya, I pregnant. Dah satu bulan."

"Oh, tahniah." Reza mematikan senyumannya. Wajah ketat Hazril Irfan dilirik sekilas.

"I nak balik dah. I doakan you bahagia. Tolong doakan I supaya I boleh lupakan you," ujar Reza sebelum keluar dari restoran itu.

Syakilla diam tidak berkutik. Terbit rasa kasihan di hatinya buat lelaki itu. I doakan you jumpa dengan perempuan yang jauh lebih baik daripada I, Reza. Bisik hati kecilnya.

"Seronok lepas rindu?" soal Hazril Irfan. Turun naik nafasnya mengawal kemarahan.

"Apa abang ni? Jangan cemburu sangat lah. Hati sayang untuk abang seorang je," balas Syakilla. Lembut.

"Abang tak suka!"

Malu terus Syakilla apabila orang ramai memandang mereka berdua. Ditarik tangan suaminya. Dipaksa lelaki itu duduk. Nafas ditarik kemudian dihembus perlahan.

"Nak cemburu tu boleh tapi jangan lebih-lebih. Cemburu sikit-sikit sudahlah," ujar Syakilla yang cuba meredakan kemarahan suaminya.

"Eh, suka hatilah. Sayang tu isteri abang. Hak abang. Mestilah abang cemburu bila ada lelaki lain sibuk nak potong line. Bukan setakat Reza, lelaki gemuk kat office tu pun sama. Menyampah!" Luah Hazril Irfan bersungguh-sungguh.

"Bukan abang tak suka ayam kampung ke?" Syakilla mengusik.

Bertambah bengang Hazril Irfan selepas mendengar soalan itu. Syakilla sengaja menaikkan api kemarahannya. Disabarkan juga hatinya daripada melenting.

"Sayang jangan nak sakitkan hati abang, boleh? Jangan sampai tak keluar bilik abang kerjakan sayang nanti." Hazril Irfan mula mengugut.

"Mana boleh. Sayang tengah pregnant."

"Siapa cakap tak boleh?" Duga Hazril Irfan. Jangan haraplah dia mahu berpuasa selama sembilan bulan.

Syakilla terdiam. Malas menjawab soalan suaminya itu. Buku menu dicapai kemudian dibelek-belek.

"Sayang nak sup bebola ketam dengan milo ais," pintanya.

"Lagi? Nak apa lagi sayang?" sindir Hazril Irfan. Sejak isterinya mengandung, Syakilla kuat makan.

"Itu sahaja. Terima kasih." Syakilla tersengih lebar.

Hazril Irfan mengangkat tangan untuk memanggil lelaki muda yang sedang bertepuk tampar bersama seorang wanita.

"Ya, bang? Nak makan apa?" soal lelaki itu. Malu-malu. Sibuk bergurau dengan teman wanita sehingga terlepas pandang ada pelanggan.

"Sup bebola ketam dengan milo ais satu. Lepas tu, nasi goreng cina dengan teh ais satu."

"Lagi, bang?"

"Itu sahaja."

Wajah Syakilla berubah riak. Tajam matanya merenung ke dalam mata Hazril Irfan. "Kenapa order nasi goreng cina?"

"Aik, kenapa?"

"Nasi goreng cina tu makanan kegemaran Mariam. Sayang tak suka. Abang pergi tukar. Sayang tak kira!" Nada suara Syakilla berubah dingin.

Hazril Irfan tercengang. "Think positive, boleh? Tekak abang nak makan nasi goreng cina. Salah ke?"

"Salah! Apa-apa yang berkaitan dengan Mariam memang salah. Dosa besar! Pergi tukar! Kalau tak sayang kejar Reza." Syakilla mengugut sambil berpeluk tubuh.

Hazril Irfan mendengus kasar. Dia lekas berdiri untuk menukar pesanan. Dalam hati sudah menyumpah seranah isterinya itu. Geram! Dia betul-betul geram sekarang ini.

KERANAKU CINTA KAU [C]Where stories live. Discover now