0 3

1.1K 107 16
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Zu dan Mel memapah Camelia balik ke bilik mereka. 

Tubuh Camelia dibaringkan ke katil. Mel terduduk lalu mengeluh penat.

"Baru sikit, dah penat. Apa bendalah kau ni Mel," kutuk Zu.

"Kau... Diam," ujar Mel perlahan. Dia terus merangkak naik ke katilnya lalu melelapkan mata.

"Woi woi, perjumpaan tak habis lagilah," kata Zu.

"Macam tak biasa ponteng," ujar Mel perlahan. Lama kelamaan dia terlelap

Zu mengeluh. Baru dia hendak membuka telekung miliknya, pintu dikuak daripada luar.

"Dah habis ke?" tanya Zu kepada Lexa yang sedang menyusun kasut.

"Oh, dah. Dia lepaskan awal," ujar Lexa malas.

"Ni, nak buka mask dia ke tak?" tanya Zu.

Lexa terdiam sejenak. Dia memandang Camelia yang sedang terbaring itu.

"Tak payahlah, mesti ada sebab dia selalu pakai mask," kata Lexa. Zu mengiyakan.

"Huargh ngantuknya!" Zu menggeliat. Baru sahaja dia hendak berlayar ke alam mimpi, Warah memukulnya dengan buku teks miliknya.

"Woi! Kau kena stay up malam ni, result kau waktu kuiz haritu teruk sangat!" kata Warah tegas.

"Alaaa malaslah. A- pun kira teruk ke?" tanya Zu mamai.

"Siapa yang meraung kat kitorang sampai tengah malam semata-mata Sejarah dia dapat A-? Jawab kat aku sekarang?!" tanya Warah geram.

"Eh? Orang macamtu pun ada eh? Siapa tu?" tanya Zu pelik.

"Kaulah bangang!" kata Lexa, penat mendengar pergaduhah mulut dua manusia itu.

"Eh haahlah! Ha jom study!" Zu menarik tangan Warah ke bilik bacaan.

"Zu, Warah. Warden harini cik Mawar," tegur Lily.

"Weh kita study dalam bilik je! Aku taknak kena marah!" kata Warah.

"Ish yelah,"


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AsterWhere stories live. Discover now