4 2

827 90 17
                                    

Ivy dan Camelia melangkah beriringan ke blok sukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ivy dan Camelia melangkah beriringan ke blok sukan.

Hari itu merupakan hari terakhir friendly match, lawan mereka ialah Arelia Highschool.

"Ivy, I risaulah kalau sekolah kita kalah lagi, dah lah deret kalah dengan Frenz and Lilac," luah Camelia. Langkah Ivy terhenti. Wajah Camelia dipandang pelik.

"Kenapa? I cakap macam tu pun salah ke?" tanya Camelia pelik. Belakang tangan Ivy dibawa merapati dahi Camelia. Camelia segera menepis tangan Ivy.

"You dah kenapa?" tanya Camelia.

"Aku? Aku yang patut tanya kau kenapa tau! Kau demam ke? Ke tanda-tanda awal kau dah nak gila? Sejak bila kau ambil kisah pasal benda lain ni?" tanya Ivy kalut.

"Hish, I cakap je pun. You tak kisah ke kalau team sekolah ni kalah?" tanya Camelia. Ivy sekadar mengangkat bahu.

"Aku lagi happy kalau sekolah kita kalah. Suka sangat dengki dengan orang. Biar jadi pengajaran untuk dorang, suka hati je nak hukum orang," kata Ivy selamba. Giginya berlaga, geram mengingatkan sahabat lamanya.

"Kalau tangan dengan kaki tu patah, mesti semua bakat kau pun hilang kan?"

"Jangan!"

"Maaf, tulang tangan dia patah, tulang kaki dia retak dan lebam. Mungkin sebelum terjatuh, kakinya terseliuh,"

"Lia tak dapat nak main basket, tak dapat melukis, Lia dah tak guna!"

"Kau tak layak main, rasakan!"

Dia saksi perit payah yang dilalui sahabatnya untuk mengecapi kejayaan, namun sesenang belajar ABC sahaja, mereka semua menghancurkan segalanya.

"Hey! Ivy! You dengar tak?!" Camelia melambai di hadapan wajah Ivy, menariknya keluar dari lamunan kisah silam.

"Ha dengar-dengar, jom," tangan Camelia ditarik.

Mereka masuk ke gelanggang. Kelihatan pemain bola keranjang sedang berlatih sesama sendiri.

"Kau nak tahu tak Camelia," Ivy menjedakan ayatnya.

"Apa dia?" tanya Camelia.

"Aku tak pernah harapkan sekolah kita menang lawan Arelia," kata Ivy sambil matanya ligat memerhatikan corak permainan Boys.

"Kenapa pulak?" tanya Camelia pelik.

"Sebab Arelia suka main tipu, suka sabotaj player lain," jawab Ivy. Camelia mengangguk faham.

"Haa, lagi satu kan. Aku pernah dengar yang--"

"You lock yourself in the bathroom
Lying on the floor when I breakthrough
I pull you in to feel your heartbeat
Can you hear me screaming please don't leave me~"

Ivy mengerling ke arah skrin telefonnya. Terpapar panggilan daripada unknown.

"Jap weh, aku angkat call jap tau," kata Ivy. Camelia mengangguk membenarkan.

AsterWhere stories live. Discover now