3 5

944 103 9
                                    

Seorang wanita melangkah masuk ke bangunan syarikat yang berdiri gah sejak 7 tahun lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seorang wanita melangkah masuk ke bangunan syarikat yang berdiri gah sejak 7 tahun lalu. 

"Saya nak jumpa dengan CEO awak," ujar wanita itu kepada pekerja di situ.

"Tuan Mikhael ada kat dalam biliknya. Nak saya maklumkan pada dia kedatangan doktor ke?" sambut pekerja itu ramah.

"Hurm, cakap kat dia, doktor Arisya nak jumpa dia kat bilik biasa," ujar wanita itu.

"Baik doktor," 

Wanita itu melangkah ke salah satu lif. Butang nombor 25 ditekan. Sebuah bilik dituju. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk termenung, menunggu kedatangannya.

"Mikhael!" sergahnya.

"Hish kau ni kan Arisya! Tak pernah berubah!" marah Mikhael. Doktor Arisya tergelak.

"Of course ah, aku tahu aku cantik macam dulu kan?" kata doktor Arisya tersengih.

"Suraya lagi cantik," ejek Mikhael.

"Dan suami aku lagi handsome, tak macam kau. Aku peliklah, macam mana Suraya boleh terdetik nak suka kat kau. Muka macam longkang pecah," balas doktor Arisya. Mikhael mencebik. Dia meniru gaya doktor Arisya membebel.

"Kau ni kan!" wanita itu mengacah mahu memukul Mikhael dengan beg tangannya.

"Asal kau datang sini?" tanya Mikhael.

"Alaa, nak jumpa skandal sendiri pun tak boleh ke?" katanya tersengih. Mikhael mengeluarkan telefonnya.

"Ha cakaplah macam tu, aku report kat suami kau baru tahu," ugut Mikhael. Doktor Arisya tergelak.

"Hahahaha, gurau je weh. Macam tak biasa," gelaknya. 

Mikhael tersenyum lemah, menatap skrin telefonnya yang bercahaya. 

Doktor Arisya menjengah sedikit kepalanya, melihat apa yang dipandang Mikhael. 

"Camelia kan?" tanya doktor Arisya. Mikhael mengangguk.

"Ni waktu umur dia genap 10 tahun. Waktu dia merengek nak kek untuk birthday dia," cerita Mikhael. Doktor Arisya hanya memasang telinga walaupun dia sudah mengetahui apa yang ingin disampaikan Mikhael.

"Aku tak sangka, waktu ni, kali terakhir aku sambut hari jadi dia. Harini, umur dia genap 17 tahun, aku tak dapat jumpa dia," luah Mikhael.

Doktor Arisya sekadar diam mendengar. Seketika, wajahnya berubah serius.

"Kenapa Camelia masuk Angsana Highschool?" tanya doktor Arisya serius. Riak wajah Mikhael berubah kelat. Rambut hadapannya diraup.

"Aku tak tau, Diana yang minta dia sekolah situ," ujar Mikhael kesal.

"Habistu? Kau fikir ubat tu berkesan lah kalau dia jumpa memori lama dia kat situ? Kau kena ingat! Anak aku, anak kau, kawan-kawan dorang, semua ada kaitan dengan memori dia! Semua tu kawan dia masa sekolah rendah! Kawan rapat dia!" kata doktor Arisya tegas.

AsterWhere stories live. Discover now