5 4

803 104 28
                                    

"I mimpi pasal tiga orang kawan," ujar Camelia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I mimpi pasal tiga orang kawan," ujar Camelia. Dia cuba mengingat semula mimpinya semalam.

"Mula-mula ada sorang perempuan ni, suka sangat hidup seorang diri. Dia tak pernah terfikir nak ada kawan. Apa yang ada dalam kepala otak dia cuma keluarga dia. Then satu hari tu, ada sorang perempuan tu nak kawan dengan dia. Banyak cara yang dia buat, sampai perempuan tadi tu fedup then jadi kawan perempuan tu. Emm, tak silap aku perempuan yang tak suka berkawan tu nama dia As, perempuan yang nak berkawan dengan dia tu nama Isya," terang Camelia. Ivy tersentak. Cerita itu sepertinya cerita awal perkenalannya dengan Camelia. Lagipula Isya itu nama yang digunakannya dahulu.

"Lepastu?" Ivy menongkat dagu, memberi sepenuh perhatian kepada cerita Camelia.

"Nak dekat berapa tahun dorang berkawan, ada seorang perempuan kena buli. Hmm, ha! Nama perempuan tu pulak Insyi! I pun terkejut nama Insyi ada dalam mimpi I, tapi tak kisahlah. Insyi kena buli, lepastu budak nama As selamatkan dia. Sejak daripada tu Insyi pun cuba nak berkawan dengan dia. Macam biasa, mestilah si As tu taknak. Tapi sebab malas nak mengelak lagi, As pun setuju.

Tapi perempuan yang namanya Isya tak suka dengan Insyi. Tak silap I Isya ni pun jenis tak suka berkawan, cuma As je orang yang dia berminat nak jadikan kawan. Dalam mimpi I tu, Isya sampai menangis lepastu merajuk sebab... Ha, sebab masa dorang nak jalan-jalan, As terajak Insyi sekali. Cengeng jugak eh Isya tu," komen Camelia. Kepalanya mengangguk menyetujui perakuan mulutnya.

"Hey hey mana ada cengeng! Cuma masatu tak sedap hati tau dengan si Insyi tu! Rasa macam ada aura jahat tau!" terluah kata-kata itu dari bibir Ivy.

"Eh, you ni dah kenapa Ivy?" tanya Camelia pelik. Ivy menggaru tengkuknya.

"Eh eh, hehehee. Kan, cengeng kan Isya tu. Gediknya, pasal tu pun nak menangis," Ivy akuinya dengan keterpaksaan. Camelia mengangguk menyokong. Ivy merengus dalam diam. 

'Tak pasal-pasal aku kena mengaku gedik. Ish mulut ni kan. Diam-diam sudah ah, gi luah tu kenapa?' rungut Ivy dalam hati.

"Lama-lama tu, ada budak perempuan baru masuk sekolah tu. Tak silaplah, orang panggil dia Hana," kata Camelia. Ivy tergamam. 

'Aku tak ingat pulak kalau ada budak baru dulu. Hmm,'  Ivy berfikir sendiri.

"Lepastu, Insyi pun tak rapat dengan As dan Isya. Dia lagi rapat dengan Hana. Sekejap je, si Insyi terus berubah. Kasar, langsung tak ambil kisah hal orang lain, ma--"

"Lebih kurang kau je," pintas Ivy, sengaja. Tidak mahu mendengar lagi. Dia ingat apa yang terjadi seterusnya.

"Hmm, boleh dikira lah kot. Entah," Camelia mengangkat bahu.

"Lepastu, mimpi tu tak jelas sangat. Tapi ha! Ada satu situasi ni je jelas!" kata Camelia sepertinya sedikit gembira. Kening Ivy terangkat sebelah.

"Apa dia?" tanya Ivy malas.

"As pakai baju lusuh, dengan kepala berbalut. Rasanya baru keluar hospital. Lepastu dia kena sepak, kena caci maki dengan orang ramai. Rasanya masa tu dia cari duit untuk makan. Lepastu entah dari mana si Insyi datang, tarik tangan As pergi satu bangunan terbiar. Insyi bagi duit tabung dia kat As, suruh As beli makanan guna duit tu. Lepastu Insyi sempat pesan kat dia--"

AsterWhere stories live. Discover now