2 5

936 102 19
                                    

Hujung minggu kali ini, pelajar dibenarkan outing sehingga jam 6 petang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hujung minggu kali ini, pelajar dibenarkan outing sehingga jam 6 petang.

Manakala bagi ahli 4-12 aspuri, kesemuanya ambil keputusan untuk stay sahaja di bilik kerana demam akibat peristiwa diganggu semalam. Mereka baring di katil masing-masing. Mel tertidur dengan cool fever di dahinya. Warah tidak pula membaca buku seperti kebiasaannya. Lexa mengunyah makanan lokernya seperti biasa, Zu tertidur kepenatan melayan karenah Mel, manakala Lily ralit mengoyakkan kertas. Camelia pula sekadar merenung ke luar tingkap.

Teringat akan ubatnya yang sudah lama tidak nampak bayang-bayangnya, terus sahaja dia membuka lokernya. Digeledah setiap sudut yang ada demi mencari keberadaan tiga botol ubatnya.

"Akak cari apa?" tanya Lily.

"Nampak tak ubat akak?" tanya Camelia cemas. Tangannya masih ligat mencari.

"Tak ada lah pulak. Hilang ke?" tanya Lily lagi. Camelia sekadar mengangguk.

"Jom kitorang tolong cari," kata Warah sambil menarik lengan Lexa.

"Hei nak tolong kau tolong sorang je lah!" bentak Lexa.

"Jangan sibuk menambah berat badan je. Nanti sakit telinga kitorang dengar kau memekak berat naik setengah kilo," kata Warah geram. Lexa merengus. Mereka membantu Camelia mencari ubatnya.

Sejam mencari, pencariannya mereka langsung tidak membuahkan hasil. Camelia mengeluh risau. 

Macam mana dia nak bertahan tanpa ubat tu? Camelia mengetuk kepalanya, memaksa otaknya untuk mengingati semula keberadaan akhir ubat itu.

"Ha! Gelanggang!" semua terkejut mendengar jeritan tiba-tiba Camelia.

"Kenapa?" tanya Lexa.

"Last ubat tu ada kat gelanggang," ujar Camelia.

"Petang ni kita cari, okay?" cadang Warah. Semua menyetujui cadangannya.

Camelia bersandar di birai katil. Air mineral diteguk bagi menghilangkan haus.

"Camelia sakit apa sebenarnya?" tanya Lexa pelik. Mereka selalu melihat Camelia makan ubat setiap malam dan pagi, ataupun ketika wajahnya berkerut menahan sakit. Sudahlah itu, ada dua pil dari setiap tiga botol ubat yang akan ditelannya. 

Sebelum ini malas hendak bertanya, tapi bila nampak Camelia cemas semacam bila kehilangan ubatnya, ada baiknya mereka bertanya. Takut jikalau ada apa-apa perkara buruk terjadi, mereka sudah bersedia.

Camelia tersentak. Bibirnya digigit resah.

"Kalau akak nak bagitahu, bagitahu je kitorang. Kitorang akan simpan rahsia. Tapi kalau akak rasa tak selesa, tak apa. Jangan bagitahu," nasihat Lily. Dia juga masih belum mengetahui penyakit yang dihidapi Camelia.

Camelia mengeluh perlahan. 

"Okaylah, I bagitahu... I sebenarnya sa--"

Tok tok tok!

AsterWhere stories live. Discover now