0 1

1.4K 124 23
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hari terakhir persekolahan

"Camelia!" panggil seorang gadis yang berlari mendekati sahabat yang bertopeng

"Kenapa Ivy?" tanya Camelia. Gadis tadi, Ivy tercungap-cungap mengambil nafas.

"Aku nak bagitahu kau something ni," kata Ivy.

"What? You nak bagitahu I apa?" tanya Camelia. Air mineralnya dihulurkan kepada Ivy. Ivy meneguk rakus air tersebut.

"Jom duduk dulu. Aku nak makan," ajak Ivy.

"Nope, kalau you nak umpan I ajak pergi makan mahal-mahal pastu you yang bayar, no. I tahu sangat taktik you tu," tolak Camelia.

"Tak! Kali ni aku yang nak makan. Don't worry, aku tak akan belikan atau belanja kau apa-apa. Aku lapar, tak sarapan lagi," kata Ivy.

"Hmm, okay. Jom,"

KANTIN

"You nak cakap apa?" tanya Camelia sambil memerhatikan Ivy makan masakan tukang masaknya. Sedikit pun tidak terliur.

"Aku nak minta maaf tau," ujar Ivy yang sudah menutup bekalnya.

"Why?" tanya Camelia.

"Tahun depan aku kena pindah," kata Ivy dengan nada sedih.

Camelia terkejut namun cepat-cepat ditutup rasa terkejutnya.

"Oh okay, you pindah jelah. Apa kena mengena dengan I?" kata Camelia, seolah-olah tidak terkesan dengan berita yang baru diterimanya.

Ivy sedar silapnya. Salah dia, berjanji untuk terus bersama, namun dia yang meninggalkannya.

"Camelia. Look. Aku tak sengaja. Kalau boleh aku pun tak nak pindah. But I must. Aku tersepit dengan perjanjian. Aku terpaksa. Aku tak nak tinggalkan kau. Aku tau aku salah. Aku faham kalau kau nak marah aku, tapi please, aku--" terdiam Ivy apabila Camelia memandang ke arahnya sambil mengangkat tangan kanannya, mengisyaratkan supaya Ivy berhenti bersuara.

"Look, it's okay. You dah janji dengan ayah you kan. So tunaikan janji tu. Alah, ada masa kita boleh jumpa lagi. Bukannya you nak mati pun," kata Camelia menyampah. Bergenang air mata Ivy.

"Aku minta maaf tau. Aku minta maaf. Maafkan aku," rayu Ivy. Camelia mengeluh sebelum menarik Ivy ke dalam pelukannya.

"Dah, I tak terasa pun. Jangan menangis. Cengeng," kutuk Camelia tanpa segan silu.

"Memandangkan kau maafkan aku, aku nak bagitahu satu rahsia," kata Ivy yang sudah mengesat air matanya.

"Apa dia?" Kening Camelia terangkat.

"Sebenarnya aku cari maklumat kau sebelum ni. Bila aku tau kau sekolah sini, terus aku pindah sini," kata Ivy dengan suara perlahan kerana takut dimarahi.

AsterWhere stories live. Discover now