Sedang mereka berbual sesama sendiri setelah waktu light-off, Naim perasan ada lampu merah kecil yang berkelip-kelip dari atas loker miliknya. Namun dia hanya membiarkan sahaja, memikirkan perkara itu mungkin tidak penting.
"Lepas tu kan, hantu Jess tu serang pembuli dia sampai meninggal dunia. Tamat," ujar Qayyim menamatkan ceritanya. Hafiz yang bersembunyi di balik Qawwam akhirnya menonjolkan dirinya.
"Dah habis kan? So aku tidur dulu," kata Hafiz. Ketika dia menoleh ke katilnya, dia menjerit ketakutan.
"Kau kenapa ni?" tanya Ridh pelik kepada Hafiz yang sedang bersembunyi di belakangnya.
"Ada hantu sebelah katil aku!" kata Hafiz ketakutan.
Kalau perkataan bold means situasi dekat 4-12 aspuri tau.
"Mel! Janganlah main buka tutup hologram tu!" tegur Warah. Mel tergelak besar.
"Macam best je tau suis ni! Addicted nak buka tutup!" kata Mel ceria.
"Perempuan bergelar Mel memang akal pendek eh?" perli Zu. Mel tergelak lagi.
Mereka serentak menoleh.
"Mana ada," kata Qin.
"Ha?" Hafiz cuba melihat semula.
"Habis tu apa benda tu?!" marah Hafiz sambil menyorok kembali.
Mereka menoleh semula.
"Mana ada, kau ni Hafiz," kata Aqlan cuba meyakinkan Hafiz.
"Mel, baik kau stop main buka tutup suis tu. Kalau tak aku yang control," ugut Lexa.
"Hish, yelah yelah," Mel mencebik. Dia hanya membiarkannya terpasang.
"Penipu! Cuba korang tengok balik!" arah Hafiz yang masih menggigil ketakutan.
Sekali lagi mereka menoleh semula.
"Argh!" masing-masing menjerit ketakutan.
Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berlumuran dengan darah memegang sebuah anak patung yang terpisah dari badannya.
Mereka semua menutup mata mereka dengan bantal masing-masing.
"Aku rasa dah tak ada dah kot," kata Naim.
"Kita buka sama-sama eh?" ajak Qawwam.
"Satu..."
"Dua..."
"Tiga!"
Mereka semua membuka mata tanpa dikejutkan dengan sebarang kelibat, kecuali Hafiz.
"ARGH!" jerit Hafiz sekuatnya sebelum jatuh pengsan.
Manakan tidak, buka sahaja mata dikejutkan dengan kelibat lain, betul-betul di hadapan mata.
"Zu! Jangan tukar-tukar hologram display tu boleh tak?!" marah Lexa.
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...