Namanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya.
°
Pertembungannya dengan pa...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Naim termenung di atas katilnya. Mahu siapkan kerja sekolah, semuanya sudah disiapkannya. Dia mengerling ke arah Boys yang sedang duduk bersembang di katil Qin dan Aqlan.
Siapa perasan nama Aqlan dah lama tak mention? Well, sebenarnya terlupa watak dia wujud.
"Asal? Dia ada cakap dia nak call kau ke?" tanya Qawwam pelik. Naim sekadar menggeleng.
"Aku tengah tunggu dia marah aku," bisik Naim perlahan. Sebaik sahaja ayat itu terluncur dari bibirnya, telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Terpapar nama Ivy di skrin.
"Aha panjang umur," kata Naim sebelum mengangkat panggilan tersebut.
"Ya sepupu kesayangan. Ada apa call aku ni?" tanya Naim pura-pura tak tahu.
"Apa yang kau plan sebenarnya hah? Kau nak apa?!"
Jelas suara Ivy marah di talian sana. Naim tersenyum senang.
"Kenapa dengan kau ni? Call aku nak marah-marah pulak. Cuba cakap elok-elok," tegur Naim, sengaja memarakkan lagi api kemarahan Ivy.
"Hoi tak guna! Kenapa kau keluarkan arahan supaya program pertukaran pelajar tu dipercepatkan hah?! Dan sekarang ni, kenapa tanpa pengetahuan dan kelulusan aku?! Kau plan apa hah?!"
"Lah, itu ke yang kau marahkan sangat. Kenapa kalau cepatkan program tu sekalipun, ada masalah ke? Lagipun betullah apa yang aku buat tu, kalau tak susahlah nanti nak fokus ke SPM," terang Naim.
"Ha ha ha, memang bagus sangat pun apa yang kau buat tu! Apa kaitan SPM dengan benda ni hah? Dorang masuk sekolah kita, pelajar sekolah kita masuk sekolah dorang, belajar subjek sama je pun! Silibus sama! Benda yang sama! Apa yang susah sangat nya! Lagipun yang terlibat dengan program tu semua secara sukarela, bukannya pihak sekolah paksa dorang join!"
"Haish, cuba bagitahu aku, apa benda yang kau marahkan sangat ni? Selama ni, jarang kau ambil kisah hal pengurusan sekolah. Kenapa tiba-tiba je ni?"
Diam. Langsung tiada suara Ivy di sana.
"Hello? Hoi kau ada kat sana lagi tak?" tanya Naim.
"Kau sengaja kan buat semua ni? Bukan atas sebab SPM kan?"