4 0

895 102 26
                                    

Ivy memandang wajah perempuan yang duduk di sebelah Camelia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ivy memandang wajah perempuan yang duduk di sebelah Camelia.

"Macam kenal lah kau ni," kata Ivy. Dia memandang Ifah atas bawah.

Ifah mengetap bibir, dia tak suka dipandang sebegitu.

"Kau tak ada kerja eh nak scan orang atas bawah?" tanya Ifah jengkel. Bibir Ivy terjungkit sedikit.

"Macam mana kau boleh masuk sekolah lelaki?" tanya Ivy pelik.

Ifah mengeluh.

"Parents aku risau sangat, aku tak ada kawan perempuan. Dulu aku ada sepupu perempuan, bolehlah parents aku percaya aku sekolah kat sekolah biasa. Sebab sepupu aku tu selalu protect aku. Tapi lepas sepupu aku hilang, semua pelajar kat sekolah mula buli aku. End up, abang aku suruh masuk sekolah lelaki. Entah macam mana boleh lepas aku pun tak tau," terang Ifah. Ivy mengangguk faham.

"Nama kau apa?" tanya Ivy lagi.

"Arifah Aqilah. Panggil Ifah. Kau?"

Ivy tersentak.

"Ifah? Adik Wan? Sepupu Rais dengan Lia?" tanya Ivy. Dahi Ifah berkerut.

"Mana kau tahu? Kau stalk aku eh?" Ifah mengundur beberapa langkah sebelum tubuhnya dipeluk Ivy.

"Weh Ifah! Aku rindu gila dengan kau! Kau lupa aku ke? Ni aku lah! Isya!" ujar Ivy teruja.

"Isya? Kawan baik Lia?" tanya Ifah meminta kepastian. Ivy mengangguk laju.

Mereka berpegangan tangan kemudian melompat-lompat.

"Weh rindu gila dengan kau!" sorak Ifah.

"Aku lagi rindu kau!" kata Ivy teruja.

Mereka mula bertukar cerita tentang apa yang jadi selepas bertahun-tahun tidak bersua muka.

Ifah mengerling ke arah Camelia yang sedang memejam mata. Entahkan tidur ataupun tidak.

"Isya," panggil Ifah.

"Ye Fah, kenapa?" sahut Ivy.

"Dia... Lia kan?" tanya Ifah membuatkan Ivy tersentak. 

Ivy cuba menenangkan dirinya terlebih dahulu, sebelum kedua tangan Ifah diraih. 

"Aku cerita kat kau... Tapi, janji dengan aku. Kau jangan nak mengamuk, menangis, meraung tak tentu pasal. Buang sekejap perangai crybaby kau tu," kata Ivy. Wajah Ifah berubah cemberut.

"Semua orang panggil aku crybaby," rungut Ifah. Ivy tergelak kuat.

"Dah kau memang crybaby! Waktu Lia tegur kau jangan jalan sorang-sorang dulu pun kau menangis tak tentu pasal. 'Huwaaaa Ifah takut... Lia marah Ifah!' ha siapa yang meraung macam tu sekali?" ejek Ivy. Ifah mengetap bibir.

"Tu dululah!" bentak Ifah.

"Kau yang dulu tak banyak berbeza pun dengan kau yang sekarang," ujar Ivy. Seketika, wajahnya berubah sayu.

AsterWhere stories live. Discover now