Namanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya.
°
Pertembungannya dengan pa...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Camelia melangkah keluar dari koperasi. Dia mengeluh saat melihat banyak barang yang perlu dibawa ke asrama. Sudahlah jarak blok akademik dengan asrama agak jauh.
"Nak kitorang tolong?" tanya satu suara. Camelia menoleh.
Kelihatan Insyi dan seorang pelajar perempuan di belakangnya.
"Budak bilik 4-12 tu semua bermasalah," kata Insyi.
"Macam mana y'alls boleh berkawan, tapi lain kelas?" tanya Camelia, sekaligus menukar topik.
"Oh, about that, Puteri pernah jadi mentor subjek aku, then kitorang rapat. Sebab tu sampai sekarang kitorang berkawan. Lagipun kitorang roommate," kata Insyi. Camelia mengangguk faham.
"I taknak tau pun," gumamnya perlahan.
Sampai di depan bilik Camelia, Camelia menolak pintu yang tidak bertutup rapat itu dengan kakinya.
"Yow Wa-- Oh Camelia, ingatkan Warah tadi," Zu tersengih tak bersalah. Camelia hiraukan sapaan Zu tadi.
"Tinggalkan barang-barang I kat depan tu," kata Camelia. Insyi dan Puteri menurut. Zu menjeling kedua seniornya itu.
Insyi dan Puteri segera beredar apabila mendapat jelingan Zu.
"Kau kawan dengan dorang ke?" tanya Zu jengkel.
"Hmm? Maksud you?" tanya Camelia pelik. Dia nak kawan dengan dua perempuan macam apa tu? Memang taklah.
"Tu. Orang yang tolong kau angkat barang tu," kata Zu, menjuih bibirnya ke arah pintu yang baru sahaja ditutup Camelia.
"Oh, tak," jawab Camelia sepatah.
"Baguslah, aku taknak parasit macam dorang masuk bilik ni," Zu melangkah masuk ke bilik mandi.
"Kau nak buat apa tu hah Zu?!" tanya Lexa dari atas katil.
"Mandilah! Apa lagi?!" balas Zu dari dalam bilik mandi.