8 0

915 131 89
                                    

Camelia bermain-main dengan rambut Qael

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Camelia bermain-main dengan rambut Qael. Dia tergelak kecil apabila Qael menepis tangannya kerana mengganggu tidurnya.

Jam di dinding menunjukkan pukul 9 pagi. Sengaja dia tidak mahu mengejutkan adiknya itu kerana mahu membiarkan Qael berehat terlebih dahulu.

Jarinya dilarikan di wajah Qael. Kemudian pipi Qael dicucuk pula. Geram sangat, dicubit perlahan pipi lembut Qael itu.

"Mhm? Eh kakak dah bangun? Kenapa tak kejut Qael?" tanya Qael sebaik sahaja wajah kakaknya menyapa pandangannya. Matanya digosok perlahan.

"Ha? Huargh, baru je bangun," Camelia pura-pura menguap, cuba meyakinkan Qael. Padahal dia sudah bangun 3 jam yang lepas.

Ralit melihat adiknya yang nyenyak, hilang terus rasa letihnya.

"Oh, okay. Hari ni Qael nak keluar dengan akak boleh tak?" tanya Qael sambil tangannya bermain-main dengan tangan Camelia.

"Hmm? Nak keluar pergi mana pulak?" tanya Camelia pelik. Adiknya itu ingat ke tidak mereka masih di dalam hospital?

"Jalan-jalan keliling hospital je. Bosanlah duduk diam dalam wad ni," ujar Qael.

"Eh tak bolehlah, Qael kan kena rehat," ujar Camelia melarang.

Qael mengembungkan pipinya tanda protes. Hampir tergelak Camelia melihat wajah tidak puas hati itu.

"Alaa bolehlah,"

"Tak boleh,"

"Boleh jugak,"

"Kenapa kena boleh?"

"Sebab Qael adik kakak,"

"Apa kaitan Qael adik kakak dengan kita keluar?"

"Kaitannya, kakak boleh jaga Qael kalau kakak teman Qael keluar. Lagipun, Qael rasa stress bila duduk dalam wad ni. Tak boleh pergi mana-mana. Stress tu kan tak elok. Kakak nak ke adik kakak ni stress?" Qael menjungkitkan keningnya.

Tawa Camelia terletus. Habis pipi Qael dicubitnya.

"Comelnya adik kakak ni! Okay, Qael stress ya? Kita keluar okay?" tanya Camelia. Qael mengangguk laju. "Okay!"

"Jadi... Kita nak buat apa dulu ni?" tanya Qael. Camelia mengetuk dagunya seolah-olah berfikir.

"Aha! Jom pusing-pusing taman hospital nak?" ajak Camelia.

"Nak!"

"Nak!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AsterWhere stories live. Discover now