7 8

953 125 32
                                    

Seorang kanak-kanak perempuan memandang terkebil-kebil seorang kanak-kanak lelaki dihadapannya yang jauh lebih muda berbandingnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seorang kanak-kanak perempuan memandang terkebil-kebil seorang kanak-kanak lelaki dihadapannya yang jauh lebih muda berbandingnya.

"Kakak?" kanak-kanak lelaki di hadapannya bersuara. Tangannya meraba-raba mencari sesuatu.

Kanak-kanak perempuan itu pula masih terkebil-kebil. Apa yang terjadi pada dirinya? Kenapa dia ada kat sini? Di mana dia ketika ini? Siapa budak lelaki di hadapannya? 

Soalan paling penting...

Siapa diri dia sebenarnya?

Satu memori pun tiada padanya. Dia bagaikan baru dilahirkan ke dunia ini, seperti bayi yang baru belajar merangkak.

"Kakak? Kakak okay ke? Kakak dah sedar ke?" tanya kanak-kanak lelaki tadi. Kanak-kanak perempuan tadi kembali ke realiti. Dia mencapai tangan kanak-kanak lelaki tadi.

"Adik ni siapa? Apa adik buat kat sini?" tanya kanak-kanak perempuan itu terlebih dahulu.

Kanak-kanak lelaki itu bagaikan terkejut, tangan kanak-kanak perempuan itu digenggam kuat. 

"Kakak lupa Qael ke?! Kakak tak ingat Qael ke?!" tanya kanak-kanak lelaki itu laju.

Kanak-kanak perempuan itu sekadar mendiamkan diri. Tangannya dibiarkan dalam genggaman kanak-kanak lelaki itu.

"Kita kenal ke?" tanya kanak-kanak perempuan itu datar. Kanak-kanak lelaki yang menggelarkan dirinya Qael tersentak. Tubuhnya keras kaku, jelas terkejut dengan ayat yang dilontarkan 'kakak' nya.

"Huhu, kakak lupa Qael. Kakak mungkir janji, kakak kata kakak akan sentiasa ingat Qael, sentiasa sayang Qael. Sampai hati kakak," air mata Qael mengalir, menitik ke tangan kanak-kanak perempuan yang berada dalam genggamannya.

Hati kanak-kanak perempuan tadi sedikit tersentuh. Dia memandang polos wajah bersih Qael. 

Tiba-tiba Qael mengesat air matanya. Bibirnya melukis senyuman lebar, senyuman yang penuh dengan keyakinan, disinari cahaya seolah-olah bulan di malam hari.

"Kalau macam tu, giliran Qael pula jaga kakak. Qael akan pastikan kakak ingat semula Qael, supaya kakak sayang Qael macam dulu-dulu!" ujar Qael semangat. Terbias harapan yang tinggi di wajahnya. 

Kanak-kanak perempuan tadi terdiam. Hatinya terjentik dengan satu perasaan yang tidak disangkanya. Seolah-olah dia ingin melindungi kanak-kanak lelaki itu dengan penuh kasih sayang.

Dia mengeluh seketika. Tangannya dibawa menyentuh wajah Qael yang putih bersih itu.

"Qael tak boleh nampak ke?" tanya kanak-kanak perempuan itu. Qael mengangguk.

"Haah, Qael buta sejak kemalangan... urm, dah 3 tahun rasanya," ujar Qael menjangkakan tarikh kemalangannya.

Hatinya tersentuh. 

"Okay, mulai hari ni, akak akan jaga Qael. Akak kumpul duit sampai Qael boleh nampak semula, okay?" kata kanak-kanak perempuan itu. Hatinya sudah jatuh sayang, seolah-olah telah lama mengenali kanak-kanak lelaki di hadapannya itu.

AsterWhere stories live. Discover now