7 0

860 119 54
                                    

Insyi berjalan seperti biasa ke tandas di aras dua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Insyi berjalan seperti biasa ke tandas di aras dua. Kelihatan berduyun-duyun pelajar perempuan berebut-rebut keluar dari tandas.

Insyi berhenti di tepat di hadapan pintu tandas. Tombol pintu sekadar dipegang. Baru sahaja dia hendak memusing tombol itu, kedengaran suara orang ketawa dari dalam tandas.

"Hahahahahahahahah,"

"Kejam duh kau Puteri,"

"Well, of course," kedengaran suara Puteri merangkap 'kawan baiknya' bergema sehingga ke luar sampainya.

Insyi langsung tidak berubah riak. Hanya muka datar ditayangkan. Telinga masih setia mendengar.

"Puteri, aku nak tanya something,"

"Ha apa? Tanya jelah,"

"Insyi apa cerita? Kau still nak kawan dengan dia ke?"

"Hahahahaahahhahaha," gelak Puteri terhambur.

"Kau bodoh ke? Memang taklah! Aku kawan dia waktu mula-mula masuk sekolah ni pun sebab nak populariti je weh! Bayangkanlah weh, dia baru je masuk sekolah terus dah rapat dengan Boys, nama dia mencanak naik kat senior. So aku menumpang lah. Tapi aku rasa aku nak stop kut. Menyusahkanlah perempuan macam dia tu, dahlah bodoh. Dia tak terfikir kot yang dia tu tak layak kawan dengan aku. Lagipun dia kan kaya, apa salahnya aku gunakan dia," jelas nada bangga pada setiap patah perkataan yang dituturkan Puteri.

"Hahahahahahhahaha,"

Insyi hanya diam. Wajahnya sedikit pun tidak berubah riak. Masih beku.

Tombol pintu yang dipegang lama itu dipusing jua. Saat kakinya melangkah masuk ke dalam tandas, automatik Puteri dan dua orang rakan sekelasnya terdiam.

"Eh eh, er-- Hai Insyi!" sapa Puteri. Wajahnya berubah pucat, begitu juga dengan dua orang rakan sekelasnya.

"Hurm," Insyi tidak menyahut, sekadar berhenti di hadapan sinki. Pili air dibuka. Kedua tangannya dibawa menadah air.

"Err-- Kau ada dengar apa-apa ke Insyi?" tanya Puteri.

Insyi tidak memberi sebarang respon, tidak seperti kebiasaannya.

Puteri naik geram. Kalau sekadar di hadapannya, Insyi sikit pun tak nampak macam berkawan dengan dia. Lebih kepada stranger. 

Tapi kalau depan orang ramai, tak tahu kenapa automatik Insyi layan dia mesra seperti kawan rapat.

Sungguh, dia tak faham langsung perangai Insyi! Sebab tu dia tak kisah nak khianat Insyi sekalipun. Apa kena mengena dengan dia kan?

"Kau ada dengar apa-apa ke tak Hani Insyirah?" tanya Puteri sekali lagi, sedikit tidak berpuas hati apabila tidak menerima sebarang respon daripada Insyi.

Pergerakan Insyi terhenti. Dia mengangkat sedikit kepalanya, lalu memandang wajah Puteri dengan tenang tanpa sebarang perasaan melalui cermin di hadapannya.

AsterWhere stories live. Discover now