Camelia melangkah masuk ke sebuah rumah teres berwarna putih kelabu yang sedikit tersorok dari dunia luar. Yup, boleh dikatakan di tengah hutan.
Pelajar Angsana Highschool hanya dibenarkan outing dan balik ke rumah secara bergilir-gilir pada setiap dua minggu. Namun, Camelia tetaplah menjadi Camelia.
Setiap hujung minggu dia akan selinap keluar daripada sekolah dengan mudah dan jayanya. Kadangkala dia ponteng keluar ketika hari persekolahan.
AJKT pengawas dan AJKT asrama pun tidak mampu menahannya walaupun sudah dijaga sekolah itu di setiap sudut.
Well, ini Camelia lah. Setakat ponteng tu, celah kuku jelah. Dah dua bulan dia meneruskan kerjaya memonteng sekolah di Angsana Highschool. Tak pernah tertangkap, kecuali pada hari kedua, di mana dia dituduh mencuri duit masjid. Macam apa je! Baik dia berkerja dari mencuri.
"Cik Camelia?" sapa satu suara. Pantas Camelia menoleh, meletakkan jari telunjuknya ke bibir.
"Ssh," tegur Camelia. Kak Irza menutup mulutnya lalu mengangguk.
"Sediakan bahan untuk masak makanan kegemaran Qael. Macam biasa, hari ni biar I yang masak," kata Camelia. Kak Irza menabik hormat.
"Baik cik,"
Kak Irza berlalu ke dapur manakala Camelia terjingkit-jingkit naik ke bilik Qael, adiknya.
Pintu bilik Qael dibuka perlahan. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki, sedang duduk termenung di atas katil.
Perlahan-lahan Camelia mendekati katil bersaiz Queen itu. Bahu kanak-kanak lelaki itu dipeluk. Dapat Camelia rasakan tubuhnya kejung, terkejut dengan pelukan secara tiba-tiba itu.
Hidung kanak-kanak lelaki itu berfungsi sebaiknya.
"Guerlain Mon Florale, kak Camelia kan?" tanya Qael.
"Wah! Adik akak dah dapat cam akak lah!" puji Camelia sambil menggosok kepala Qael.
"Mestilah! Seminggu lebih tau Qael cuba berlatih bau minyak wangi akak yang akak selalu pakai, semata-mata nak cam akak!" kata Qael ceria.
Camelia tersenyum nipis memandang Qael.
Qael Aryan, adiknya disahkan buta setelah kemalangan yang menimpa mereka 6 tahun lalu. Ketika itu, Camelia dan Qael masing-masing berumur 11 tahun dan 4 tahun. Kini, Qael sudahpun berumur 10 tahun.
Namun, secebis memori berkenaan kemalangan itu langsung tiada di dalam kotak memorinya. Berkali-kali dia cuba mengingati kejadian itu, namun apa yang dia dapat hanyalah sakit kepala, dan mimpi entah apa-apa.
"Jom, akak nak masak ni," ajak Camelia. Muka Qael berubah teruja.
"Akak nak masak makanan kegemaran Qael ke?" tanya Qael.
"Eh, mana tahu ni?" tanya Camelia, acah-acah terkejut. Muka Qael berubah bosan.
"Akak, setiap kali akak datang akak masak benda sama tau. Mestilah Qael hafal," jawab Qael bersahaja.
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...