1 7

925 108 20
                                    

Camelia hadir ke kelas seperti biasa, lewat tiga jam dari waktu yang sepatutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Camelia hadir ke kelas seperti biasa, lewat tiga jam dari waktu yang sepatutnya.

Mana tidaknya, dia terpaksa ponteng sarapan di dewan makan bagi mengelak daripada membuka topengnya di khalayak ramai. Sudahnya, dia makan di bilik sahaja, itupun menunggu ahli biliknya yang lain keluar ke kelas dahulu.

Selepas makan, dia akan menguruskan kerjanya dari asrama terlebih dahulu. Kemudian dia akan mengulang kaji sendirian untuk subjek pada hari itu. Sebab itu dia tidak berapa ambil kisah untuk tidur atau ponteng kelas. Dia lebih gemar belajar bersendirian.

Kerana itu baginya, dia tidak perlukan orang lain dalam hidupnya. Dia boleh menguruskannya sendiri.

"Huargh!" Camelia menguap. Mengantuk kerana tidur terlalu lambat. Tambah lagi guru di hadapannya asyik membebel.

"Apa nak jadi dengan kamu ni? Asyik ponteng kelas je! Ingatkan masuk kelas pertama tu perangai tak elok tu dah berubah! Rupanya sama je!" bebel cikgu itu lagi. 

"Huargh!" Camelia menguap lagi.

"Perhatian kepada Angsana High Basketballer dan manager Camelia, sila pergi ke gelanggang tertutup sekarang. Ulang suara, perhatian kepada Angsana High Basketballer dan manager Camelia, sila pergi ke gelanggang tertutup sekarang. Terima kasih,"

"Tak payahlah mention nama I! Ei semaklah!" meja di hadapannya ditendang.

Semua pelajar berbisik, tidak percaya dengan apa yang didengari mereka.

"Dia manager basket? Biar betul?"

"Entah entah nak rosakkan team basket kita je kan?"

"Mesti dia ada plan tak baik kan?"

"Err, Miss July," Qawwam mengangkat tangan.

"Kamu pergi jelah, bawa sekali Camelia ni pergi," kata Miss July.

"Dorang tak heret I pun I akan pergi lah! Bosan tau tak kelas ni?! Semak je!" amuk Camelia. Dia menggalas beg di bahu kirinya, memandangkan bahu kanannya masih sakit lalu melangkah keluar. Terjengket-jengket dia mengatur langkah.

Hafiz memandang Camelia bengang. Naim menepuk bahu Hafiz supaya bersabar.

"Kami pergi dulu ya Miss July," pamit Boys. Miss July mengangguk.

Mereka menyelusuri koridor yang digunakan Camelia. Sengaja ingin mengekori Camelia.

Di koridor kelas 5 Mirfak, kelihatan Camelia terduduk di hadapan pintu kelas. Cepat-cepat Boys menghampirinya.

Belum sempat Niel ingin menghulurkan bantuan, Insyi terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk menarik Camelia bangun berdiri. 

"Heh," Camelia mendecit. Dia bangun dengan sendiri tanpa bantuan Insyi.

"I don't need your help, loser," ujar Camelia sambil menepuk bajunya yang sedikit kedut. Insyi tersentak.

"At least ada jugak niat dia nak tolong kau. Kalau kau nampak orang jatuh, entah-entah kau sepak je tak orang tu?" sindir Hafiz.

AsterWhere stories live. Discover now