Camelia mengelap wajah Qael yang pucat menggunakan kain lembab dengan cermat. Wajah Qael ditatap penuh kasih.
Tangan Qael dicapai lalu dikucup lembut.
"Maafkan kakak sebab lambat. Kalaulah akak ingat dari awal lagi, kalaulah akak ada untuk Qael hari tu, mesti Qael takkan susah macam ni kan? Maafkan akak, Qael," ucap Camelia kesal. Air matanya jatuh setitis segera dikesat.
Tanpa diduga, nafas Qael menjadi tidak teratur. Terdapat manik-manik peluh di dahinya, dadanya naik turun dengan laju.
"Qael!" Camelia segera memanggil doktor yang bertugas.
Sementara doktor merawat Qael dibantu beberapa orang jururawat, Camelia duduk di ruangan menunggu bersama yang lain.
Air mata Camelia mengalir deras. Ivy terus menarik Camelia ke dalam pelukannya.
"Aku tak sanggup, Ivy... Abang Qayyim tinggalkan aku, ayah aku fitnah aku, mummy aku bencikan aku, Dayyan tinggalkan aku, aku tak nak Qael pergi tinggalkan aku jugak... Aku takut Vy, aku takut..." luah Camelia teresak-esak.
"Menangis je, Lia. Aku ada. Kalau kau takut, aku ada kat sini untuk kau," belakang Camelia ditepuk lembut.
"Aku takut... Kalau apa yang aku bayangkan selama ni akan jadi kenyataan. Aku tak sanggup nak hadap realiti. Aku dah tak ada sesiapa lagi. Qael je yang aku ada... Aku tak nak dia pergi... Aku ni selfish kan? Aku tak nak, aku nak dia teman aku setiap masa... Selfish ke kalau aku minta dia terus hidup sihat untuk aku? Selfish ke kalau aku nak dia sentiasa ada untuk aku?" tangis Camelia lagi.
"Tak. Tak, kau tak selfish. Kau masih ada dia, doa banyak-banyak, in Shaa Allah, dia pun tak sanggup nak tinggalkan kau," pujuk Ivy.
"Jangan lupa, aku dengan Ivy sentiasa ada untuk kau. Camelia Aster, kaulah sahabat kitorang dunia akhirat, tak ada galang gantinya," ucap satu suara. Camelia menoleh ke belakang.
Kelihatan Insyi dengan berpakaian hitam keseluruhannya datang memeluknya.
"Kau masih ada kitorang. Selagi mana kitorang ada, kitorang akan tolong kau yang termampu. Jangan fikir kau hadap semua ni seorang diri. Kitorang ada. Qael ada. Allah pun ada," kata Insyi dengan suara tersekat-sekat.
Perlakuan mereka bertiga diperhati oleh mereka yang lain. Mikhael, Boys, 4-12 aspuri dan sepupu-sepupu Camelia. Mereka semua sudah mengetahui tentang Camelia yang telah pulih ingatannya.
"Keluarga Qael Aryan?" suara doktor mengejutkan mereka semua.
"Macam mana dengan Qael, doktor?" tanya Camelia.
Doktor itu seakan-akan terdiam, tidak tahu bagaimana mahu bicara.
"Doktor, jangan diam je. Dia okay kan doktor?" desak Camelia. Doktor tersebut menghela nafas berat.
"Alhamdulillah. Qael dah sedar. Cuma--"
"Cuma apa doktor?" pintas Camelia.
Yang doktor nya pun satu. Cakap sampai habis boleh tak? Ingat ada butang slow motion ke nak slow-slow bagai.
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...