0 8

984 104 30
                                    

Guru yang sedang mengajar di hadapan dihiraukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Guru yang sedang mengajar di hadapan dihiraukan. Camelia ralit melukis di dalam buku yang baru dibelinya di koperasi pada hari yang lepas. Pelbagai lukisan dihasilkannya, antaranya wajah-wajah yang dilihat di dalam mimpinya. 

8 orang kanak-kanak lelaki membuli seorang kanak-kanak perempuan bernama As, 3 orang kanak-kanak perempuan, seorang daripadanya merupakan kawan baik kepada As. 

Mummy dan daddynya sewaktu muda dahulu turut muncul, berada di hospital dan di rumah, memarahi As seperti As itu pernah membunuh.

Azka, si abang yang panas baran, mendera As dengan membelasah As secukupnya, tidak kira siang atau malam.

Seorang lelaki yang tidak dikenali, digelar abang, menggelar As, Lia, mati dirempuh kereta yang dirasakan sangat dikenalinya.

Qael yang berlumuran darah tersenyum ke arahnya, meluru memeluk dia seeratnya.

Seorang lelaki lingkungan 40-an yang tidak pernah diketahui kewujudannya, menghulurkannya tangan untuk membawanya pergi.

Bayangan-bayangan itulah yang kerap mengganggunya tidur. Membuatkan dia lebih rela berjaga sepanjang malam.

"Camelia," panggil guru yang mengajar subjek Sejarah, cikgu Fahmi. Camelia memandang ke hadapan sekejap, sebelum kembali membuat kerjanya sendiri.

"Camelia Aster!"

"You nak apa? Memekak betullah. Nama sendiri ada, sibuk panggil nama I kenapa?" tanya Camelia menyampah setelah menutup kasar bukunya.

"Kau tak belajar hormat orang ke duh?" tanya seorang pelajar lelaki.

"Tak, I tak belajar. Nak ajarkan I?" sindir Camelia. Lelaki tadi menghentak meja.

"Kau!"

"Apa? Kenapa dengan I? I tak buat salah okay? I tanya cikgu yang kuat memekak tu, yang you sibuk menyampuk kenapa?"

"Kau memang nak kena dengan aku kan!" lelaki itu mengangkat penumbuk itu, ingin menumbuk wajah Camelia.

"Camelia Aster! Danish Hadiff! Cukup!" jerit cikgu Fahmi.

"Heish! Bosanlah kelas you ni! Tak reti mengajar ke? Baik I keluar kelas lah!" Camelia menarik kasar begnya lalu melangkah keluar.

"Camelia Aster! Masuk semula!" arahan cikgu Fahmi dihiraukan.

Dan disebabkan peristiwa di dalam kelas tadilah, dia ditahan di bilik disiplin buat kali kedua.

"Kau tahu tak, sebelum ni. Before kau masuk kelas, kelas tu tak pernah tunjuk perangai macam dorang tu kelas terakhir. Dorang tak pernah biadab dengan cikgu. Tapi bila kau masuk, HANCUR SEMUA!" kata Hafiz. 

"Tak tahu," jawab Camelia sambil membelek kukunya. Rasanya kuku dia dah lama tak rasa darah kan?

"CAMELIA ASTER!" Hafiz menghentak meja geram.

AsterWhere stories live. Discover now