Camelia melangkah masuk ke banglo yang pernah dipanggilnya neraka.
"Hello?" suara Camelia bergema di dalam rumah yang kosong itu.
"Datang jugak eh kau?" tanya satu suara. Camelia menoleh.
"Oh-uh, dah agak dah," keluh Camelia perlahan saat melihat figura abangnya, Azka yang memeluk tubuh sambil bersandar di sofa. Azka berjalan ke arah Camelia.
"Duit," Azka menghulurkan tangannya yang kosong, meminta Camelia duit.
"Tak ada," jawab Camelia ringkas.
"Aku suruh bagi tu bagi jelah!" bentak Azka.
"I kata I tak ada duit, it mean no! Duit gaji hasil you kerja kat syarikat gah tu apa citer? Lesap kat kerja gangster celup you tu?" balas Camelia, walau dia tahu dia akan mendapat hukuman selepas ini.
"Bagi jelah!" Azka merampas beg milik Camelia. Digeledah beg itu, namun satu sen pun tiada di dalamnya.
Camelia tersenyum sinis. Memang taklah ada duit dalan beg tu kalau dia dah simpan dalam poket dan ada yang disedekahkan kepada pemandu grab tadi. Abangnya itu memang bengap. Almaklumlah, tak pernah lulus sekolah.
"Mana duit kau?!" tanya Azka.
"Tak ada. You ingat I ni kerja cop duit? Bank bergerak you? Pergi cari duit sendirilah!" marah Camelia.
"Kau ni kan!"
Terus Camelia dibelasah separuh mati, tanpa henti. Dipukul, ditumbuk, disepak sesuka hati seolah-olah dia itu permainan. Camelia menahan tangisnya.
"Ha tulah! Aku dah cakap, bagi je duit tu! Degil! Acah bodoh!" hambur Azka. Kolar baju kemeja Camelia dicekak sebelum kembali dihempas. Kepala Camelia terhantuk pada meja makan.
Darah mengalir keluar membasahi lantai berjubin itu. Tanpa simpati tubuh Camelia disepak buat kali terakhir sebelum Azka meninggalkan tempat kejadian.
Camelia cuba bertahan. Tangannya sebelah berpaut pada kerusi, manakala sebelah pula memegang perut yang terasa senak disepak berulang kali.
"Dayyan... Mana you?" keluh Camelia. Camelia batuk, mengeluarkan darah yang agak banyak. Dia cuba mengesot, mendekati begnya yang tercampak jauh.
Camelia memejam matanya, menahan rasa sakit yang menjalar ke seluruh tubuhnya.
"Camelia~"
"Matilah kau!"
"Kitorang benci kau, tak jelas lagi ke?!"
"Ada hati nak suka dekat orang pangkat Tengku, sedar diri kau tu miskin!"
"Pelacur jalanan!"
"Hahahaha, patah kaki ke atlet basket?"
"Lia benci ayah! Kau jantan tak guna!"
"Kau bunuh abang aku!"
"Tak ada siapa sayangkan kau,"
Pelbagai bisikan menerjah pendengarannya. Camelia menangis tersedu sedan di situ. Topeng muka dibuka, mencari nafas. Telinganya ditutup.
"Sakit... Dayyan... You kat mana... Ivy... I rindu you," rintih Camelia.
Pintu dikuak seseorang. Jelas di mata Camelia, seorang lelaki melangkah masuk. Langkahnya terhenti, dia memandang Camelia sekejap, sebelum bersiul menyambung langkahnya naik ke tingkat atas. Langsung tidak dikisahkan tentang keadaan Camelia serta darah yang terpercik di merata tempat.
Tubuh Camelia mengerekot di lantai. Mata Camelia mulai kabur. Kepalanya pening, berpusing-pusing, terasa berat.
Pintu dihempas seseorang. Kabur di mata Camelia, seorang lelaki yang berlari menuju ke arahnya.
"Camelia! Bertahan!"
"Dayyan..."
Seorang kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak di sudut bilik yang gelap dan sempit.
"Kau ni memang sial lah! Patutnya kau mati, ikut abang kau tu! Apahal kau hidup lagi hah?!"
"Sakit... Mummy... Tolong Lia,"
"Siapa mummy you hah?! Eh tolonglah, I tak pernah lahirkan anak sial macam you ni,"
"Kita hantar je kerja jadi pelacur. Kita jugak yang untung," ujar seorang lelaki dewasa.
"Hmm, betul jugak tu. Tak adalah menyusahkan menumpang tapi tak buat apa-apa," ujar perempuan itu. Semakin kuat jeritan dan tangisan kanak-kanak tadi. Perempuan dan lelaki dewasa itu meninggalkan bilik gelap itu.
"Bukan Lia yang bunuh abang... Ayah yang bunuh abang... Kenapa mummy tak percayakan Lia?" rengeknya.
"Kau diam boleh tak! Memekak je kerja!" remaja lelaki itu mencekik kanak-kanak perempuan itu. Terkapai-kapai si perempuan itu melepaskan diri.
"Kau memang liat nak mati eh? Dari tahun lepas aku cuba bunuh kau tak pernah menjadi langsung! Ada je halangannya! Kali ni, aku akan pastikan kau mati!" perempuan itu diperlakukan seperti barang.
Tubuhnya disepak banyak kali, sehingga dia terbatuk darah. Mukanya ditumbuk tanpa belas kasihan. Rambutnya dicengkam kuat, kemudiannya dihentak beberapa kali ke bucu meja. Tidak berpuas hati, kaki kerusi kayu dipatahkan lalu dipukul ke kepalanya.
Perempuan itu pengsan dengan kepala yang darahnya membuak-buak keluar.
"Huh, matilah kau kat sini! Tak ada siapa akan kisahkan kau!" ujar remaja lelaki itu. Dia meninggalkan tubuh perempuan itu.
"Camelia!" seorang lelaki dewasa yang lain muncul di muka pintu.
"Maafkan ayah sayang. Ayah salah,"
A piece of Camelia's past.
Vote and comment!
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...