4 8

816 98 26
                                    

Qin mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding cafe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qin mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding cafe. Jam menunjukkan pukul 7.55 malam. Qin mengeluh.

"Perempuan ni kan, suka sangat menyakitkan hati aku," keluh Qin. Dia mengeluh kebosanan.

Ikutkan perancangan hari itu, mereka berdua perlu bertemu seawal 7.30 malam, namun si orang yang dia perlu berjumpa pada hari itu sengaja melewatkan masa. Tengoklah sekarang, lewat 25 minit!

Qin menyeluk poketnya. Niat ingin bermain dengan telefonnya, namun dia terambil telefon milik Camelia yang masih di dalam jagaannya.

Qin membuka telefon tersebut.

"Ui, tak ada password?" 

Qin membuka ruangan mesej. Namun langsung tiada satu pun yang menarik perhatiannya.

Ruangkan contact dibuka.

"Uhm, Ivy, Dayyan, Kak Irza, Kak Awa, Boss Affan. Eh boss? Camelia kerja ke? Hurm pastu Abi, eh? Bukan nombor Tengku Muazzam ke ni? Then mummy, daddy, Azka, ayah. Eh jap? Ayah dengan daddy tu lain-lain orang ke? Uhm, kenapa nombor ayah ni kena block? Aku tolong unblock kan lah," seloroh Qin sendirian. Habis dibuatnya telefon Camelia itu seperti telefonnya sendiri.

"Apahal langsung tak save nombor aku ni. Eh jap, kenapa Camelia tak ada dalam group kelas? Ha meh aku add kan," 

Selesai menggeledah ruangan contact, dia membuka album pula.

"Wow, bersih gila. Takkan tak ada gambar langsung?" gumam Qin. Hanya terdapat satu album sahaja.

"Mémoire?" album itu ditekan. Terdapat gambar-gambar yang serasa dikenalinya. Satu gambar ditekan.

Hampir-hampir sahaja telefon itu terlepas dari tangannya. Gambar itu dipandang sekali lagi.

Kelihatan 8 orang kanak-kanak lelaki dalam jersi masing-masing dan 3 orang kanak-kanak perempuan bertudung serta bertopi. Mereka semua tersenyum bahagia di hadapan kamera sambil menggayakan pelbagai aksi.

Ceria. Satu perkataan itu cukup menggambarkan perasaan masing-masing yang berada di dalam gambar itu. Wajah yang kelihatan berseri-seri, tenang tanpa sebarang masalah.

Mata Qin mula berkaca, namun segera dikelipkan matanya. Wajah-wajah yang ada di dalam gambar itu diusap.

"As..." gumam Qin. Wajah perempuan yang sangat dirinduinya itu ditatap.

"Aku minta maaf," sambungnya.

Dia ingat lagi, gambar itu diambil ketika hari perlawanan persahabatan sewaktu sekolah rendah dahulu. As paling beria nak mengambil gambar bersama, katanya nak simpan sebagai kenangan.


"Alaa korang, jomlah tangkap gambar! Bolehlah buat kenangan!" rengek As.

"Malaslah," jawab Z.

AsterWhere stories live. Discover now