"Terima kasih semua," ucap guru yang sudah selesai mengajar.
"Terima kasih cikgu," sahut warga kelas 5 Atria.
"Ridh, pesan pada Naim suruh dia jumpa saya lepas habis sesi persekolahan nanti," pesan si guru. Ridh mengangguk faham.
Warah terus menolak ke tepi buku teksnya. Camelia yang terlelap di dalam kelas tadi terus dikejutnya.
"Weh, bangun," kejut Warah. Camelia menggosok matanya.
"Hmm?" Camelia menggumam sesuatu, cukup hanya dia sahaja yang dengar.
"Jom, ikut aku," ajak Warah. Camelia terus mengemas mejanya lantas mengikuti langkah Warah.
Warah membawa Camelia ke papan kenyataan sekolah yang dikelola ahli kelab sidang redaksi.
Muka Camelia jelas tertanya-tanya. Apa yang hendak ditunjuk Warah.
Tangan Warah naik menunjuk tiga helai kertas yang tertampal di sudut papan. Membuntang matanya melihat tajuk yang tertera. Camelia terus mengoyak kertas itu daripada papan lalu membacanya.
***
Abang
🔒Messages and calls are end-to-end encrypted. No one outside of this chat, not even WhatsApp, can read or listen to them. Tap to learn more.
Woi, apahal kau tiba-tiba nak pindah sekolah ni?
Saje, pahal?
Takdelah, tiba-tiba je kau nak pindah. Dulu kemain tolak pelawaan orang suruh pindah.
Hehe, budak sekolah tu ramai kayalah. Ambil peluang je.
***
To-do-list untuk gunakan Daniel Danish.
1. Masuk sekolah Angsana Highschool. Of course, kalau tak macam mana nak rapat dengan anak dia
2. Apply jadi manager basketball. Who's care kau tak reti main, janji rapat dengan dia sudah.
3. Pastikan kau kekalkan nada gedik and manja kau tu.
4. Belajar and tunjuk sikit skill basketball kat Niel, salah satu cara efisyen nak rapat dengan pemain.
5. Dah rapat dengan dia, apa lagi? Try lah jadi girlfriend dia.
6. Dah jadi girlfriend dia, gunakan duit dia banyak-banyak. Claim hadiah and semua duit dia! Berlagak sikit dengan member sekelas.
7. Bawa dia jumpa mummy daddy and abang. Bagi dorang jeles aku ada boyfriend kaya! Menunjuk kat dorang.
8. Trick dia untuk tunang and kahwin, paling lambat pun 18 tahun! Nanti ada orang rembat, naya aku nak cari sugar daddy lain.
9. Dia bankrupt apa lagi? Tinggalkan jelah dia tu. Ramai lagi lelaki hensem and kaya kat luar tu.
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...