Namanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya.
°
Pertembungannya dengan pa...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Camelia melangkah masuk ke rumah itu disambut baik oleh Puan Humaira.
"Masuklah Camelia, Hayna dah tunggu kat bilik dia. Tengah sembang dengan abang dia," Puan Humaira menjemputnya masuk.
"Terima kasih ibu,"
"Jumpa dengan Hayna dulu, nanti Ibu bawak air naik atas,"
"Eh tak payah susah-susah lah ibu," tolak Camelia baik. Sedikit sebanyak hatinya terasa sebak.
'Kalaulah mummy layan Lia baik jugak,' getusnya.
"Tak ada susahnya. Dah dah, pergi naik dulu. Nanti ibu naik sekali," kata Puan Humaira. Camelia mendaki tangga ke tingkat dua di mana bilik Hayna terletak.
Tok tok tok.
"Hayna? Boleh akak masuk?" tanya Camelia meminta izin.
"Akak? Masuklah! Abang, akak dah datang!" sahut Hayna dari dalam bilik. Camelia membuka pintu bilik.
"Camelia?"
Camelia mengangkat wajahnya taktala mendengar suara yang dikenalinya.
"Hafiz?"
"Ha akak, ni lah abang Hayna, nama dia Hafiz. Abang, ni akak yang ajar Hayna, nama dia Kak Lia," kata Hayna ceria.
"Akak duduklah sini," Hayna menarik kerusi di sebelahnya. Camelia duduk di situ, manakala Hafiz masih tidak lepas memandang Camelia.
"Eiii, apa abang ni. Janganlah pandang Kak Lia macam tu. Macam nak makan orang je gayanya," tegur Hayna.
Terus Hafiz mengalihkan pandangannya. Camelia mengeluarkan buku notanya.